Tuesday 26 June 2012

Permaisuri Putera Mahkota tercantik di Dunia- Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah

Kali ni akak nak citer pasal Permaisuri Putera Mahkota yg akak rasa paling cantik di dunia. Selalu tu kalau media di dunia ni akan melabelkan yg  paling cantik2 tu mesti dari keturunan org2 Inggeris(org putih)  atau orang Latin tapi sebenarnya wanita dari negara2 Timur Tengah dan wanita2 berbangsa Melayu pon ramai yg cantik2 belaka malah lebih cantik dari wanita2 yg dilabelkan sebagai wanita tercantik didunia, wanita terseksi didunia dan mcm2 lagilah yg terbaik tentang wanita pasti bangsa merekalah yg terpilih. Kalau tersenarai pon adalah dari Negara China(Zhang Yu Qhi) atau India (Aisywara Rai), itu pon dah nombor 5 dan keatas. Kalau nombor satu sah2le org putih atau Latin contohnya wanita paling seksi di dunia ialah Jennifer Lopez padahal wanita2 negara2 lain pon seksi2 jgk cuma tak menyerlah mcm JLO tu.

Wanita paling seksi di Dunia...ye ker???
Rasanya lebih tenang melihat gambar2  PAIPAS dan gambar Permaisuri Tengku Mahkota Pahang, Tunku Hajjah Azizah  yg akak share kat bawah ni. Keseksian, kecantikan terserlah tanpa perlu mendedahkan tubuh  atau memakai solekan yg tebal2. Akak bangga melihat kecantikan wajah permaisuri2 ini yg sgt santun tetapi terserlah keayuan...alhamdullillah....




PAIPAS40 (Gambar) Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah (PAIPAS)
Contoh bonda penyayang, tidak kekok mengendong anak walau dimana sahaja






PAIPAS13 (Gambar) Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah (PAIPAS)
Ayu bertudung, PAIPAS sgt cantik disamping Putera Mahkota

Kali ni akak plk yg kasi rate utk Permaisuri Putera Mahkota tercantik di dunia yg  sudah tentu jatuh kepada Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Saras (PAIPAS) dan Tunku Puan Muda Pahang ,Tunku Hajjah Azizah Aminah  Maimunah Iskandariah. Permaisuri Putera Mahkota Pahang ni sangat cantik, kalah Kate Middleton tu..hehehhe.(kalau Carmilia Parker Bowles lagi x masuk senarai...hahaha) PAIPAS,Tunku Hajjah Azizah Aminah  Maimunah Iskandariah. Permaisuri Putera Mahkota Pahang  ni cantik luaran dan cantik dalaman. Bayangkan seorang bakal Permaisuri Brunei selalu mengendong anaknya sendiri dan lebih selesa berbaju kurung dan bertudung litup manakala Tunku Hajjah Azizah Aminah  Maimunah Iskandariah. Permaisuri Putera Mahkota Pahang ni pulak tidak pernah kekok memasak dan bergaul dgn rakyat jelata. 
      Sewaktu PAIPAS berkahwin dgn Putera Mahkota usianya baru menjejak 17 tahun (manis 17) namun pabila akak melihat gambar PAIPAS..akak mmg kagum, cantik sungguh wanita muda ini...pasti dia akan menyerlah bila usia makin matang nanti. Namun sebaik baginda memakai hijab makin terserlah keayuannya.
Wajah jelita Tunku Puan Muda Pahang
Permaisuri bersama Putera Mahkota Pahang dan anakanda baginda.
Permaisuri yg tidak kekok memasak untuk rakyat jelata
       

  Di Malaysia permaisuri Putera mahkota yg cantik bertudung malah sangat2 merendah diri...pendekkata cantik luaran dan dalaman ialah  Tengku Puan Pahang,Tunku Hajjah Azizah Aminah  Maimunah Iskandariah. Permaisuri Putera Mahkota Pahang ni sangat pandai memasak dan selalu melibatkan diri dalam kerja2 kebajikan malah baginda pon sgt dekat dihati rakyat seperti suaminya jgk, Putera Mahkota Pahang Tengku Abdullah  Ibni Sultan Haji\ Ahmad Shah.
  
     Ok berbalik pada tajuk asal akak ttg kecantikan PAIPAS ini, akak rasa ramai rakyat Malaysia ingin tahu latar belakang baginda .Mari akak citer sikit ttg latar belakang PAIPASdan latar belakang permaisuri jelita Tunku Hajjah Maimunah n yg akak ambil dari Wikipedia.

    Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah yg dilahirkan di Hospital Pengiran Anak Saleha , Bandar Seri Begawan pada 9hb April 1987. Diberi nama Dayangku Sarah dan merupakan anak ketiga dan anak tunggal perempuan kpd  Pengiran Salleh Abdul Rahaman Pengiran Damit dan isterinya Rinawati Abdullah yg berasal dari Switzerland. Pengiran Anak Saleha bersekolah di St Andrew School dari 1993-1998. Dan kemudian melanjutkan pelajaran di Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan dan menamatkan O level pada tahun 2003. Pada 9hb Mac 2004, sewaktu masih belajar di Maktab ini, baginda berkahwin dgn Putera Mahkota Al Muhtadee Billah di istana Nurul Iman dan dalam upacara gilang gemilang yg di panggil Wedding of The Year atas ke" glemeran" majlis perkahwinan itu. Kemudian pasangan ini dikurniakan 2 cahayamata .

Yang Amat Mulia Tunku Azizah (dilahirkan pada 5 Ogos 1960 (55 tahun)) di Istana Stulang,Johor Bahru dan merupakan puteri kedua kepada pasangan Sultan Iskandar ibni Sultan Ismail bersama isterinya, Che' Puan Kalsom binti Abdullah. Tunku Azizah yang berdarah kacukan Melayu-Inggeris ini mempunyai empat orang adik beradik. kakanda lelakinya kini merupakan Sultan Johor iaitu Sultan Ibrahim Ismail Ibni Sultan Mahmud Iskandar.

Renungan Tajam permaisuri jelita dari Pahang.


Tunku Azizah memulakan pendidikan awal beliau di Sekolah Taman Kanak-kanak Tunku Ampuan Mariam, Johor Bahru. Baginda kemudian meneruskan pendidikan beliau di Sekolah Rendah Perempuan Sultan Ibrahim dan mendapatkan pendidikan menengah beliau di Sekolah Tun Fatimah, kedua-duanya di Johor Bahru. Baginda berkahwin dgn Putera Mahkota Pahang pada tahun 1986 dan dikurniakan 3 putera dan 2 puteri termasuk sepasang kembar lelaki dan perempuan.Tunku Azizah juga terkenal dengan minatnya yang mendalam terhadap bidang masakan dan pernah mengeluarkan buku resipinya sendiri, Air Tangan Tengku Puan Pahang & Masakan Tradisional Pahang. Baginda juga tidak kekok memasak untuk mangsa-mangsa banjir di Pahang .Sesungguhnya baginda adalah permaisuri yg sgt mulia hatinya.Tersentuh hati akak melihat kemuliaan hati permaisuri cantik ini. 
Berbalik pada PAIPAS..selain cantik, PAIPAS jugak merupakan permaisuri yg bijak kerana baginda mempunyai kelulusan ijazah kelas pertama dari Universiti Brunei Darulsalam dalam Bachelor of Arts and Public Policy and Administration. Jugak merupakan top scorer dalam team netball di Universiti. Wah...mmg hebat PAIPAS ni. Semoga ada ramai lagi wanita2 berkedudukan akan menjejaki sikap low profile dan anggun bertudung Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah dan Tunku Hajjah Azizah Aminah  Maimunah Iskandariah....tahniah utk warga Brunei dan tahniah jgk utk warga Malaysia yg mempunyai permaisuri  spt Tunku Hajjah Azizah ni yg mesra rakyat dan selalu melakukan kebajikan utk rakyat jelata.
 Itu aje celoteh akak kali ni...kisah ttg dua wanita hebat yg sgt akak minati selain artis cantik Neelofa yg mmg mejadi kekaguman akak tu(bkn kerna kontroversi tapi kerna kecantikan wajah anugerah Allah utknya)...heheheh. Kat bwh ni ada lagi gambar2 permaisuri Putera Mahkota yg akak beri gelaran paling cantik di dunia.....layannnn



Sedang kusyuk memberi ucapan
Putera mahkota disamping Pengiran Anak isteri Pengiran Sarah bersama Presiden Amerika Syarikat dan isteri.
Sooo sweet


Simplenyer. Suka tgk foto ni
















No comments:

Post a Comment