Monday 11 July 2011

Kakak2 akak.....

Akak ada 2 org kakak, kakshimah dan kakyati. Dua2 ni mmg jauh berbeza sungguh perwatakan mereka, mcm langit ngan bumi. KakShimah mmg  lemah lembut ala2 pompuan melayu terakhir gitu dan kakyati plk...masyaallah, garang mcm singa. Tapi kelbihan kakYati...dlm ramai2 nak Pakhashim, Kakyati dan Dikmiele yg x pernah melawan emak ngan bapak. kalau KakShimah, dia mmg tak melawan mcm akak tapi dia kalau kena marah akan tunjuk protes...iaitu berdiam diri jer. Kalau akak plk, jenis yg kalau x puashati terus aje cakap. takada nak simpan2 dalam hati. Org putih kata"outspoken". Tak kira le emak ke, bapak ke, kakak ke....kalau x puashati terus aje bersuara.
kakak ku yg sulung, Norhashimah. Awet mudakan walau dah 5 series.
Kakshimah bersama bapak mertuanya. kakshimah ni mg disygi semua

KakShimah sekarang dah ada anak 4 manakala kakYati dah ada 2 org anak.KakShimah ni mmg jenis berdikari, keje sejak muda lagi lepas tu baru lanjut pelajaran ke maktab selepas menjadi guru sementara agak lama. Dia jadi teacher sbb dia ni dulu aliran Inggeris.Suami KakShimah,  Roslan jadi inpektor kesihatan kat MPAS.Anak kakShimah ni mmg menjadi rebutan semua emak saudara sbb anak2 kakshimah ni boleh berkawan ngan semua sepupu. Anak akak pon rapat ngan anak2 Kakshimah.
Mamat anak sulng kakshimah, tinggi 6 kaki agaknya!
Anak KakShimah ,Mamat pernah duduk sebulan dgn akak masa bulan puasa. Setiap minggu akak bawak bukak puasa kat Hotel, pastu paksa SiMamat ni makan sbb dah bayar mahal.(kalau mkn sikit rugi ler)...bila balik Jitra, semua terkejut tgk perubahan yg berlaku pada Si Mamat ni....hahaha, Mamat dah gemuk. Masa tu Mamat darjah 6. Kegemukkan siMamat tu berkekalan sampai dia tgktn 5..kesian Mamat. Jangan le dia salahkan ibu saudara dia atas kegemukan yg berlaku terhdpnyer. Dah takdir......



Suami akak dikerumuni anak2 dan anak2 saudara.Nana, Ikhwan, Aiman, Baby ,Haziq dan Dina.
Anak2 Hisham, Zafri. Afnan, Aiman dan Baby bergambar di depan rumah bapak akak.

Anak kakshimah yg lain, si Nana, Ikhwan dan Aiman sangat lasak. KakShimah ni awet muda sebab akak rasa kehidupan dia sgt mudah. Dia sangat suka akan kerjayanya sebagai cikgu di SSAT. Komitmen terhdp kerjayanya mmbuatkan dia terpilih sebagai guru cemerlang 2 tahun lepas. Dia x payah risau utk masak kpd familynya, tak pernah risaukan pelajaran anaknya mcm kita2 ni, x pernah mengongkong anak atau suaminyer.Fuh!! mmg tak heranle dia awet muda. Kita ni mana nak pikir pelajaran anak2, makan pakai suami, nak iron baju dan kemas rumah,menu nak masak hari2...bla bla bla tapi semua tu tak termasuk dlm agenda kakShimah. Yg best tu suami dia pandai masak, anak2 akak esp siFiffy sgt suka makan masakan abgLan ni .AbgLan pakar masak kari kepala ikan, mee udang atau mee kicap. Kalau abgLan ni masak, dgn pinggan2 sekali kami jilat!! 
Gambar sewaktu hariraya baru2 ini  bapak dan emak tersyg, kakyati, akak dan adik akak yg plg cun, Nita,

Kakyati plk dari tgktn 2 lagi dah terserlah kepakaran memasak dan menjahitnyer. Suami kakyati cikgu di Sek Men di sini. Anak dia cuma dua org iaitu Shakirin(kakyang) dan shakirah(ababy).Kakyati ni surirumah sepenuh masa walau masa sekolah dulu dia agak bijak tetapi demi suami tercinta, dia sanggup korbankan segalanyer utk berbahagia disamping suaminyer....dulu kakYati ni rajin masak tetapi oleh kerna suami kakYati selalu mkn kat luar maka kami (akak dan Nita)sudah boleh menandingi kepakaran memasaknyer.Bukan nak angkat bakul le tapi akak ni kalau masuk master chef sah2 boleh kalahkan CikWan...oppps...jgn silap, bkn chef Wan tau tapi Cik Wan jiran akak.... Kakyati plk skrg ni sgt malas memasak dek kerna tiada sambutan dari anak2 dan suami. Yg bertuahnyer kakYati n kakShimah ni, emak akak kalau masak lebih sure kol suruh dtg mkn.Ish...naper le akak duk jauh dari emak akak, kalau tidak akak dan family dah bertunggu tangga kat umah makbpk akak tu. Time makan je ler, mlm balik rumah...eee...bestnyer kalau boleh buat mcm tu ...jimat duit dapor akak tetapi akak dok jauh sgtler(Allah maha mengetahui:))
Skrg kakYati mengambil tempahan membuat langsir dgn harga yg sangat murah. KakYati ni pandai masak byk2(bab ni kami surrender no) so kalau ada tempahan utk sekolah, dia boleh masakkan.Iuler antara kelebihan kakak2 akak. kekurangan pon byk tapi kalau citer kat blog ni ...mau makan selipar nanti akak(kan akak ckp kakyati tu garang). Ok nanti akak citer about my adik2 plk.

Saturday 9 July 2011

Bapak dan Emak akak


Suami akak, bapak akak, mak akak dan akak berposing masa hari raya baru2 ni.
Bapak akak dah berumur 75 tahun skrg ni namun alhamdullillah. dia masih sihat dan kuat.
Bapak akak ni awet muda sbb dia nmpk mcm baru berumur 60 thn. sebagai bekas Gurubesar, penyelia ptg dan guru di beberapa buah sekolah menyebabkan bapak akak ni sgt kuat berleter kalau kami membuat sesuatu kesalahan. Bapak akak mempunyai ramai kawan baik sbb bagi kami bapak akak sgt pandai berkawan. bapak akak jugak aktif politik dan menjadi pengerusi kampung. Sebagai Pengerusi Kampung sudah banyak jasa yg ditaburkan utk Kg Hijrah iaitu kampung kami.
Jalan tar, Dewan Kg Hijrah, lampu jalan dan sign board nama kgadalah  semua atas usaha bapak akak mendapatkan tajaan dari kenalannya spt Menteri Besar kedah, Tan Sri Osman Arop dan Datuk Johari Baharom iaitu anak murid bpk akak...namun atas sbb sudah 30thn memegang jwtn sbg Pengerusi Kg, kami memintak bapak meletak jwtn dan memberi peluang pada org lain yg lebih muda.
  Kami tahu bapak ikhlas utk melihat kampung kami antara kg terbaik di Jitra. Kami sgt menghargai apa yg bapak sudah lakukan utk kampung Hijrah . Kami adalah diantara penduduk terawal di Kampung Hijrah ini dan nama Kg Hijrah dan nama lorong2 di Kg ini jgk diberi oleh jwtnkuasa Kg yg di pengerusi oleh bapak akak.

Emak akak bersama menantu ksayangannya, Aufa.



Bapak, emak, suami akak dan akak bersama Hanif dan fiffy pada hujung tahun 2000.Dah sebelas tahun berlalu.


Emak akak adalah surirumah sepenuh masa.....emak sgt suka berkebun. Emak adalah contoh isteri yang sgt taat dan mendengar kata suami. Emak membuat semua kerjarumah tanpa bantuan bapak hatta segelas air pon bapak tidak pernah mengambil sendiri. Semua emak yg lakukan dan sampai skrg plk, ubat2an bapak emak yg sediakan. Bpk cuma masukkan dlm mulut jer..hehehehe.
Kita isteri zaman sekarang sesekali kena tgk jgk cara emak2 kita menjaga suami dan mengambil contoh mereka supaya kita sisayangi suami dan perkahwinan kita berkekalan seperti kedua ibubpk kita.
Emak akak ni sgt pandai masak nasi goreng,(tina pon suka nasi goreng emak akak). Sampai skrg masakan emak akak sgt digemari oleh anak2 akak terutama nasi goreng atok. Kalau akak masak nasi goreng pasti anak2 akak tyer "mama tak pandai ke buat nasi goreng mcm atok"....alahai kena korek lagi ilmu emak utk masak nasi goreng sesedap emak akak. Alhamdullillah ...emak akak pon sampai skarang masih sihat dan kuat dan setiap kali kami balik bercuti di kampung, emak akak sgt rajin memasak utk akak dan ank2 akak tapi jgn silap fhm plk..akak pon masak jgk sekali sekala. Adik akak Dikmie , Nita dan Sham sgt suka masakan emak akak. Sham plk kalau nak balik kg mesti suruh emak akak masakkan sambal petai ikan bilis dan pajeri utk dia .Dikmie plk suka nasi goreng dan Nita plk suka sambal ayam emak akak.
Akak tgk bapak dan emak akak sampai skrg, mcm belangkas....ke mana saja berdua. tak pernah berengang. Kasih sayang makin mendalam dan bpk akak tak boleh berjauhan dgn emak. Semoga mereka berdua akan diberi kesihatan yg baik. Insyaallah....amin.

Bapak brsama kakak dan adik2nya, Wa, Bapak, Pakcik Aq.,MakTeh, dan Cu. Kasih syg mreka semua terhadp satu sama lain amat akak kagumi. Harap akak, adik bradik dn sepupu2 akan seutuh kasih syg mereka... 


Kawan karib akak, sambungan

Akak selalu tidur umah Tina ni. Dia ada dua org adik, Ikin dan Ipah. Tina ni selalu bergaduh dengan Ikin tapi dia sangat rapat dgn adik bongsunya Ipah. Ipah ni comel sgt dan tak nakal. Akak pon syg dekat dia tapi yg rimasnyer si Ipah ni suka sgt menempel bila akak tidur umah dia org(akak kerap jgk tidur umah dia org). Si Ipah ni suka mendengar citer2 akak. Kalau akak dtg, dia mesti suruh akak cerita apa2 kat dia. Si Ikin plk mmg selalu bertekak dgn Tina, tapi nenek Tina yg dia org panggil Tah sgt suka menyebelahi Ikin sbb tah sgt syg dekat Si Ikin ni.Tapi Ikin ni sgt pandai buat kek dan kepandaian dia sampai skrg dimana ramai org menempah keknya yg mmg sedap.
Gambar terbaru Ipah dan Ikin.

Keratan akbar tahun 1960. Ratu cantik tuuuu....
Gambar makcik Lon semasa muda bersama 3 org anaknya di Padang Rengas.
PakSyed dan makcik Lon. Gambar masa dolu2. Mmg hensem pakSyed ni, Makcik Lon mmg le kecantikan makcik Lon pon diwarisi oleh anak2nya,
Abah Tina, pak Syed...masyaallah tersgtle baiknyer. Kalau akak pegi umah dia org, Pak Syed mesti nak masak menu mudah dia  iaitu masak tomato campur telur. Sedap tapi  yg penting akak sgt menghargai susah payah PakSyed masak utk akak.Emak Tina, makcik Lon plk pakar memasak(diwarisi oleh anak2nya skrg ni.Makcik Lon ni dulu masa mudapernah jd ratu...ada gmbr keratan akbar akak masukkan. Tapi masakan makcik Lon akak paling xleh lupa ialah rendang dendeng....masakan yg akak masak dan menjadi kegemaran ramai hingga sekarang.
Yg pasti skrg ni family Tina semua dah berjaya, Ikin dan Ipah pon dah ada beberapa org anak. Cepatnya masa berlalu. Namun kenangan Indah di Taman Bahagia tetap terlipat kemas dlm memori akak sbg antara kenangan yg manis utk dikenang.
Akak bersama sahabat karib akak, Tina....comelkan Tina ni. 

Monday 4 July 2011

Kawan baik akak, Tina

Masa tingkatan 3, akak dah sgt2 rapat ngan Tina. Kalau bwk bekal mesti nak share sama2. Tina selalu tu bwk air ais yg dibekukan kemudian dimasukkan dlm bekas yg dibaluti kain yg dibuat sendiri dan akak plk selalu bwk nasi goreng buatan emak akak yg sgt sedap..Tina sgt suka dan skrg ank2 akak paling suka nasi goreng buatan mak akak ni. Simple je tapi sedap sgt. Kalau mak akak masak nasi goreng mesti jdi rebutan. So waktu rehat kita org mknle sama2. kat kelas pon akak dah x sabar nak minum air ais Tina yg kelihatan sungguh mengancam.

Saturday 2 July 2011

Sekolah Menengah Jitra

Sewaktu tingkatan 1 akak bersekolah di Sek.Men,Jitra. Sewaktu masuk ke tgktn 1 akak kena ambil exam dulu sebelom ditempatkan di kelas2 tgktn 1 mengikut kepandaian. Kelas khas dikhskan utk pelajar yg mendapat 5A dan 4A(tak merasale akak)..kiranya pelajar yg bijak2 je kat kelas khas ni.
  Selepas exam, akak, Tina, Firdaus ,Zalina Hemaroon,,Mini(sepupu Zalina),dan kwn2 ditempatkan dikelas 1Perdagangan(1A1) Wah..kira kelas paling pandaile selepas kelas2 khas tu.Kelas perdagangan baru diwujudkan pada thn akak tu so akak n kwn2 kelas 1A1 kiranya perintisle.Akak pergi sekolah naik basikal bersama Ronnie dan Zarina, siap pakai topi tu.
Ronnie rumahnya kat Taman Pasu manakala Zarina atau Ina plk umah kat kuaters berdekatan sekolah.Bapak Ronnie cikgu Mohd Nor mmg kawan bapak akak dan Pak Non dikenali bapak cuma tidak begitu rapat. Ronnie ni agak pemalu dan Ina plk jenis yg kuat ketawa( sama le ngan akak) .Word yg selalu Ina guna yg x boleh akak lupa sampai skrg ialah "celakakera"..hehehe. Rindunya pd kwn2 lama ni....
Gambar tebaru Ronie, cantikkan sahabat lama akak ni.
Zarina Zainol yg tidak berubah wajahnya, gambar terkini

Firdaus dan isterinya Zarina,.pasangan ni sgt sepadan sbb sama2 baikhati dan penyayang. Duih(nama akak panggil dia) ni adalah antara kawan akak yg paling prihatin.

Akak bersama kawan baik akak ,Tina dan Niza
No Entry..hehehe perasan ramai peminat. Ni akak ngan Tina.
Masa ni akak berkwn baik ngan Niza dan Tina.Kwn yg akak suka sgt bergaduh tentunyer si Firdaus atau akak panggil dia Duih..dia ni mmg kepoh kat kelas. Tapi hati dia baik sbb tu dia selalu membela kwn2 yg lain esp Niza yg berada dikelas 1A2. Kwn baik akak masa ni tina, Zarina dan Niza ler.
Akak bersama kwn lama masa kat SSAT, Suehana yg masih cantik bergaya dan kwn masa kat SMJ, Dr Norliza yg masih maintain cunn..
Sir Naza yg menten hensem
Akak dan Tina menjadi Pengawas Pusat Sumber, Masa ni kami berdua agak nakal, asyik ponteng kelas jer dgn alasan ada tugas di Pusat Sumber.Tapi cikgu yg paling akak ingat ialah cikgu Norehan(dia sgt lemah lembut) dan pernah nyanyikan lagu Gaya Zakri," Sendiri" kat akak dan kwn2,Cikgu wahab(ajar perdgngn),Cikgu Radzi Jusoh, teacher Rohana Sharif Din(pakaian berfesyen2), Sir Nazaruddin(cikgu paling kacak, mahal tang senyuman sbb ada lesung pipit) arwah Cikgu Mohd Mydin(suka usik akak sbb dia jiran akak) dan uztaz ...apaye namanyer.nanti kalau ingat akak masukkan ler.
Gambar terkini KakDillah dan suaminya, Bg Mahadi. Mereka ni bercinta sejak tgktn 5 lagi. Mmg setia betul cinta dia org ni. Bg Mahdi ni jgk abg angkat kwn akak, Masni.
Masa ni akak ada abg angkat nama BadrulHisham, Dia ni jadi ketua rumah Venus. Kiranya antara pelajar paling kacakle. Dia ni dah ada makwe, cun giler le makwe dia nama kakRosnah. Pelajar pagi yg agak terkenal masa ni ialah KakDillah yg  amat sinonim ngan rambut Lady Diana. 
Masa tgktn 2, abg angkat akak selain Badrul ni ialah Shohaimi Pandi, pelajar tgktn 6 yg sgt hensem.(mcm bagusje akak ni, abg angkat semua nak ensem2 je) Kakak sulung akak minat ngan abg angkat akak yg ni(Abg Mie)ni tapi akak masa sekolah xde cintan cintun. kalau abg angkat mmg betul2 anggap abg anggap, xde nak koner kiri kanan ler. Hish...x kuasale nak bercinta2 monyet ni. Bdk2 lagi. (baikkan akak ni)
Gambar terkini Abang Shid. Gelak sentiasa.
Abg Norashid Din sewaktu mendapat PHD. Dah dpt gelaran Dr abg Shid ni!
 Masa akak tgkn 4, akak jadi bendahari Pusat Sumber, Tina jd setiausaha. Kita mmg kerap ke Pusat Sumber. Masa ni cikgu Pusat Sumber namanyer Cikgu Roslee (selalu pakai seluar kaki kembang..boleh masuk 3 org tau), pembantunyer ialah Abg Shid. kami sgt baik ngan Abg Shid ni sbb Abg Shid ni sgt baik dan betul bendul. Kami(akak dan Tina) selalu mengusik abg Shid  suruh cari pasangan sbb dia bujang lagi. Dia selalu tu gelak2 jer. 
Masa tingkatan 5, akak jadi Naib Pengerusi Pusat Sumber, Abg Norashid Din jadi Pemngerusi(akak kalah satu undi je...frust betul) manakala mybest fren Tina jadi bendahari...kami lagi kerap ponteng kelas masa ni walau nak SPM, malas betul tapi ada cikgu yg sgt pandai mengajar spt arwah cikgu Md Isa dan cikgu Yahya Tahrim. kalau dia org mengajar dan kita bagi tumpuan mmg sah2 skor punyer. takyah dok baca2 buku. Cikgu Md Isa mmg sgt2 rajin. Masa SPM  antara subjek yg akak dpt A, sejarah dan perdagangan ler.