Tuesday 18 December 2012

Percutian ke Universal Studio, Singapura





Fuyyoo...giler lama ler akak x updated blog akak. Semenjak sebok berbisnes ni, mmg tak menang tangan tapi memandangkan blog akak telah dibaca lebih 17000 org, akak sgt terharu almaklumlah blog akak ni mana di promote pon. Akak ni suka suki je menulis kat blog ni so bila free akak akan cubalah mengongsi pengalaman hidup akak kat blog akak.ni. 
Ok baru2 ni akak dan family akak serta kwn suami akak,  Isa dan isterinya  Su nak ikut akak bercuti . So hotel pertama yg akak search sudah tentu Pulai Spring Resort yg banyak di rekeman oelh kwn2 tapi sygnya bilik dah tiada. Puas akak menelefon byk giler hotel tapi semua kehabisan bilik. Susah hati sgt2 akak...mana nak cari ni padahal dah janji nak organized semua tup2 bilik habis plk dah...susah camtu...
 
Harif,. Nurina dan Aidil di depan swimming pool hotel

 
 

saat menunggu bas dari Singapore RWS utk ke USS

Setelah beberapa hari mencari akhirnya akak terpikat dgn package Mutiara Hotel, JB. Package yg akak ambil ialah satu kepala RM313 dan kanak2 RM168.,,Akak ada 4 org anak, 3 dah besar2 n satu je kecil lagi so RM313 X 5 org plus RM168=RM1768 , package ni di dtgkan bersama satu malam utk bilik hotel. Akak tambah satu malam lagi utk ke Legoland jgk.
So anak akak Hanif dan Haziq tinggal di bilik No 403, manakala akak di bilik 435...punyanya jauh utk berjumpa kerana bilik sudah habis so terpaksalah kami terima. Isa dan Su bilik mereka berdekatan dgn bilik anak mereka. Senanglah berulang alik. Akak  plk terus lepak  kat katil sebelom keluar utk makan malam plk nanti.


Didalam bas menuju ke USS, bersama suami tersyg.

Kami bertolak ke USS pada pukul 9 pagi, kemudian berhenti di imigresen JB, agak cepat memproses ke masukkan kita ke Singapore pastu merentas lautan, kami berhenti plk di imigresen Singapura, pon agak lancar dan cepat. Pukul 11 pagi sampai di USS. Pertama sekali kami bergambar wajib di depan pintu masuk USS. USS dibuka pada pukul 10 pagi hingga 9 malam. Punyalah ramai pengunjung pasti penatlah nak beratur utk menaiki rides di dalamnya..



Bergambar di pintu masuk USS bersama family dan anak Su dan Isa




Anak2 akak beratur utk menaiki Mdagascar  Crate Adventure
Akak,suami dan anak menaiki Madagascar; A crate Adventure

Leih beratur untuk menaiki Enchanted Airway Roller Coaster





 

Harif gembira menaiki Madagascar; A Crate Adventure
 
 
 
Bangunan unik di dlm USS
Pertunjukan Parade yg sgt menarik, paling meriah rasanya
Harif dan Aidil bergambar bersama pirates jadi2an,,,hehehe
 
 
 
harif dan Aidil, kemana2 berdua

Best naik  boat rides ni, kena cuba tau...
Photo of Universal Studios Singapore
Ni yang paling best kat USS...wajib masuk dan  dpt merasakan bagai kita berada didalam kereta.Bagi berada dalam situasi yg sebenar
 
 
 
 
 
Harif bergambar bersama bekas air berkepala T- rex berharga RM60 ,yg disertakan bersama teh limau. Nak bwk ke sekolah katanya...entah ye entah tidak tu
 
 
 
 
 
Roller Coaster paling mengerikan, akak tak naik.. Hanif dan Haziq naik sampai 4 kali. Giler berani
Akak paling ngeri masa naik roller coaster madagascar tu, seram jgk walau tak setinggi roller coaster Battlestar Galctica Human N cyclon. Anak akak berani naik 2 kali Human Roller Coaster n 2 kali Cyclon Roller Coaster. Eeee ngerinya, akak dgnr jeritan or2 muda pon akak ngeri mmg tak naiklah... kalau sakit jantung ke, tekanan darah tak stabil mmg tak digalakkan naik...
Sbenarnya byk sgt permainan2 yg menarik kat dalam USS tapi dalam masa sehari mmg tak cukup so akak rekemen rakan2 akak beli utk tiket 2 hari...baru puashati dpt merasa semua keseronokan.
Kat dlm USS tu, akak tak bwk makanan sbb akak tak tahu boleh bwk makanan, nak cari makanan halal mmg payah so kita makan je ler kat Oasis Spice Cafe, mmg tawakkal je ler... lapar sgt. Makanan kat situ dalam rate RM30-RM50 sepinggan. Anak akak nak air yg berkepala Dinosour, harga SD19.90 tapi kalau convert ke duit kita dalam RM60 . Dia kata dia nak bwk pegi sekolah, entah ye entah tidak sbb skrg ni lsg dia x pegang bekas air tu. Kalau nak janji bkn main...heheheh
 
Sebelom balik, kami di sajikan dgn hiburan yg sgt2 menarik..show parade dgn pertunjukan dan tarian dari filem2 dan kartun2 keluaran Univesal Studio. Hollywood. Pertunjukan ni mmg sgt2 best...jgnlah ketinggalan, seronok melihat gelagat para penari yg menari penuh perasaan utk menarik hati para pengunjung... serious terhibur.
 
 
 
Semua  terhibur sgt2 dgn Show Parade ni..
 
 
 
 
 
 
 
 

Setelah puas enjoy kat USS, masa utk pulang... ini di bus stop USS, Sedang menunggu bas datang utk balik ke JB plk
Tempat solat jgk disediakan didalam USS so jgn lupa bwk telekung ye rakan2 semua. Berhibur2 jgk tapi solat jgn plk dilupakan...hehehe. Setelah seharian didalam USS, kami pulang dgn berbagai citer menarik, Hanif, Haziq dan Harif paling enjoy walau tak semua dpt naik sbb byk sgt, masa terhad.
Ok last sekali nak pesan pd rakan2 semua...kalau nak masuk ke USS bwk makanan sendiri dlm beg, belilah McD ke, KFC ke atau Burger King...susah nak dpt makanan halal kat dalam ni. Akak tak tahu so terpkasalah makan jgk, tapi yg vegeterianler...
Mmg x puas kat USS tu so mmg berhasrat nak pegi lagi dgn anak2 so kwn2 semua, ingat tips yg akak beri..bwk makanan dan minuman, jgn jd mcm akak tau..cari hotel yg beri pakej so takyah nak risau2 transpot lagi dah dan last sekali, cubalah semua rides dlm tu....kecuali  Roller-coaster Battlestar Gallactica, Human N cyclon...takut muntah atau pengsan...hahahahaha
Setakat ini citer akak kali ni, kalau korang teringin nak pegi, survey dulu hotel2nya. Pasni akak nak citer pasal Legoland plk yg akak pegi selepas USS. Jumpa lagi....


 
  • Anak akak dan anak Su bergambar dgn Cleopatra..fuh seksi mengoda....takut budak2 ni....
     Lagi gambar2 di USS utk dilayan...zasss                                                                              
Nurina dan Harif, menaiki kereta yg rasanya paling boring dlm USS
 
Ramainya org.... 
 
 
 
 

Thursday 9 August 2012

Resepi Kari Hijau Thai

Kali ni akak nak kongsikan resepi membuat masakan kegemaran anak akak yg nombor 3, si Haziq
iaitu Kari Ayam Hijau Thai. Masakan ni agak remehle kalau dibandingkan dgn resepi2 yg pernah akak kongsikan dgn pembaca2 skelian. Akak tak begitu suka bekongsi resepi2 yg agak remeh temeh cara masakannya kerana akak tahu para pembaca akan merasa malas utk mencuba jika melihat bahan2 yg di tulis panjang berjela (mcm akakle). Yele kalau takde nak kena gi kedai membeli plk. Tu yg bertambahhhhh lah malasnya. Tak gitu para pembaca sekelian.
Kalau resepi tu nampak mcm tak byk bahan dan mudah aje cara membuatnya pasti ramai yg mahu mencubanya tetapi kalau nampak berderet bahan2nya pasti rasa malas menerpa dihati. Walaupon  kari ayam hijau Thai ni agak renyah utk membuatnya, akak rasa mcm nak share jgk resepinya kerana walau renyah, akak selalu jgk masak atas permintaan Si Haziq. Haziq selalu memuji2 kata sgt sedap so bygkanlah  hati ibu mana yg tahan mendengar permintaan anak utk makan masakn kegemarannya. Maka siibu pon tanpa berlengahlagi sinsing lengan...masuk dapurlah.


Oklah kita mulakan dgn bahan2nya dahulu

7 biji cili hijau
10 biji cili padi (ikut kepedasan yg kita kehendaki)
2 batang serai
6 ulas bawang merah
seinci halia
akar dan batang daun ketumbar
1 sudu kecil jintan putih
1/2  sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil ketumbar

 Semua bahan-bahan dia atas perlu di kisar dahulu


Seekor ayam dipotong 18
4 biji ubi kentang dipotong 4
Minyak utk menumis
setengah kilo pati santan
Segelas air
Daun limau purut
Gula dan garam utk perasa

Cara2nya
Mula2 panaskan minyak. lepas itu masukkan bahan2 yg dikisar. Bila sudah naik minyak, masukkan ayam. Renih seketika, kemudian masukkan pati santan dan segelas air dan ubi kentang tadi. Bila dah nampak sebati, kuah dah nampak cantik masukkan garam dan gula serta  daun limau purut...bila ubi kentang dah empuk ,tutup api dan siap untuk dihidangkan. Kedengaran mcm mudah cuma yg renyah tu bahan2 yg nak dikisar. So kalau rasa mudah je resepi ni, boleh buat selalu lah yer...kalau tak cuba le sekali...hehehe 


Kari Hijau Thai yg akak buatkan utk si Haziq baru2 ini.


.

Friday 27 July 2012

Saat Kehilangan Ayahanda Tercinta kerana Kanser

Bapak dan emak akak . Gambar ni diambil beberapa bulan sebelom arwah meninggal dunia. .Hisham yg bwk bapak ronda2 Tasik Jitra
Ok skrg baru akak ada kekuatan utk sambung cerita sbb post kali ni amat menyedehkan akak utk terus bercerita. Sewaktu arwah bapak jatuh tangga dirumah adik akak ,Hisham tu,  emak akak sempat berlari dan menahan kepala bapak dari terhantuk di lantai. bayangkan betapa kasihnya emak akak kpd arwah bapak sehingga begitu pantas berlari sebaik mendengar jeritan isteri Sham, Seri bila dia ternampk bapak meluncur jatuh dari tangga rumah mereka. Dekmi yg ada bersama bpk,  segera membawak arwah bapak ke hospital besar dan membuat x ray bagi memastikan tiada kecederaan dalaman...dan alhamdullillah...tiada tulang yg patah atau terseliuh cuma bpk merasa sakit2 badan sahaja kerana jatuh dari tempat yg tinggi . Namun akak mmg kagum dgn bpk akak kerana dari muda  lagi bpk sgt menjaga kesihatan dimana waktu arwah berumur lingkungan 40an, arwah adalah pelanggan tetap Pil garlic. Bila Anlene diperkenalkan, bapak dan emak meminum Anlene setiap hari 2-4 gelas sehari sbb tu tulang bapak dan emak agak kuat kalau dibandingkan dgn org seusia mereka.Kemudian bila diperkenalkan dgn Beauty Umairah dan Umar...mak dan arwah bapak makan berkotak2 (tapi xde sebrg kesan spt yg KakTon tu dok bercerita kat WHI TV3.) Namun satu je yg arwah bapak tak boleh nak tinggal iaitu "ROKOK". Arwah bapak merokok dari umur 20 thn dan sehingga setahun sebelom arwah meninggal dunia. Selain kesihatan arwah bapak jgk sgt  minat membaca..sampai penghujung usia, suratkhabar, buku2 sentiasa ditgn. Mmg sgt rajin membaca...bygkan beberapa minggu sebelom meninggal, bpk masih mengajak kami mencari buku2 yg bapak ingini...bayangkan akak ni pon skrg dah agak malas nak membaca mcm dulu2.


Sedang menunggu tose. Sewaktu sakit bapak sgt suka makan tose, capati dan oats. Makanan yg paling bapak suka pastinya kueteuw!
Arwah bapak akak cuma sekejap aje menggunakan kerusi roda (sewaktu kaki yg luka agak teruk). bila kaki bapak semakin semboh...bapak mula berjalan sendiri dgn agak laju cuma kami x membenarkan bpk memandu. Bahaya....Selama beberapa bulan arwah bapak dapat berjalan dgn sempurna tanpa menggunakan sebarang tongkat,....alhamdullillah.
KakYati pula memainkan peranan sebagai nurse kerana setiap hari dia akan berulang alik beberapa kali dtg kerumah bapak utk mencuci luka mengambil tekanan darah dan tahap gula dalam darah.Selain KakYati, Dekmi jgk akan mengambil tahap gula dalam darah bila dia pulang bercuti. Cuma mereka berdua yg dpt lakukan keje ni sbb anak lain agak penakut. Namun akak puji sikap kakyati   yg sgt setia dtg mencuci luka2 kaki bpk hingga  luka dikaki bpk semboh dgn sempurna. Bygkan kaki yg nak dipotong spt tiada tanda2 pernah luka.   Bapak pon jarang mengeluh sakit cuma bpk sgt suka  mengajak kami anak2 utk  membawanya kehospital dgn berbagai alasan. KakShimahlah anak yg paling setia menemani bapak ke hospital setiap kali diajak.KakShimah jgk adalah anak yg sgt pmurah, setiap masa dtg ke rumah bpk dgn membeli bermcm2 juadah utk semua yg ada di rumah bpk. (semoga Allah murahkan rezeki org2 yg baik mcm Kakshimah ni)
  Akak  pon masa balik menjenguk bapak adalah jgk membawak bpk ke hospital Jitra. Antara anak2 bapak yg paling bapak suka jika pulang menjenguk ialah adik perempuan bongsu akak, Si Nita. Nita ni mmg manja.... dia sgt suka mencium bapak. Bila dgr Nita nak balik bpk mesti kata....."kalau dia balik tu asyik nak cium bpk jer"...so   kita org semua  baru tahu bapak suka anak2 mencium atau memeluk beliau seperti yg Nita lakukan

Bapak dan emak tetap romantik berpinpim tangan sewaktu  keluar makan dimana bpk sudah semakin sehat dan kaki pon semakin semboh.
Anak lelaki yg paling bapak sayangi, Hisham plk jika balik menjenguk bapak plk rajin membawak bapak meronda2 sbb Hisham tahu bpk sgt jemu terperap dirumah sbb semasa sehat bapak dan emak sgt rajin keluar makan2 di luar dan meronda2 ke Alor Setar . Bpk jgk sgt aktif berpersatuan so bpk rajin menghadiri mesyuarat jadi masa di rumah sgt kurang. Bapak jugak adalah pengerusi @ ketua Kampung Hijrah sejak 30 tahun dulu sehinggalah bapak melepaskan jawatan atas desakan emak kerna kesian melihat tanggungjawab yg bapak pikul terlalu besar.....Selama 22 thn bersara, emak dan arwah bpk mcm belangkas...kemana2 berdua even nak pegi beli suratkhabar pon mesti ajak emak. Begitulah kasih sayang mereka berdua yg anak2 bapak mahu contohi...kasih sayang sampai akhir hayat.
Pabila emak melihat bapak semakin sehat, emak berniat mahu membuat kenduri kesyukuran. Sewaktu majlis kenduri tu bapak kelihatan amat ceria  Sewaktu majlis tu  ada seorg sahabat bpk mengesyorkan sejenis ubat kumur yg dihasilkan oleh USM utk di minum.... kononnya boleh baikkan kanser. Oleh kerana paksaan darinya yg tak henti2 mengikut akak, akak terpaksa mengorder ubat kumur tu. Dia jgk  menyuruh akak order sedozen, nasib baik akak order 3 botol je. 2 hari kemudian sahbatnya dtg menghantar ubat , memberitahu yg sudah beberapa org yg minum dan berkesan. Kami cuma mendengar dan nasib baik bpk tak minum, akak menyuruh emak akak  yg jd ulser dlm mulut supaya kumur dgn ubat tu 3 kali sehari dan  pembaca nak tahu apa yg berlaku....dalam mulut emak akak habis jd ulser dan emak akak tak dpt makan selama 3 hari dan di masukkan ke wad utk dimasukkan air, Fuh...bahaya betul ubat2 yg tiada kesahihan ni...



Kenduri kesyukuran sebulan sebelom bapak meninggal dunia.Waktu majlis ni bapak kelihatan  sgt gembira melayan para tetamu.

Takkala kami menelefon, pasti bapaklah yg mengangkat telefon dan berbual2 dgn kami dahulu sebelom di pastkan kat emak dan kdg2 arwah bapak berleter ttg emak yg sangat suka membuat kerja luar seperti menyapu halaman rumah dan menyiram pokok2. Emak mmg sgt berminat berkebun dan membuat keje2 diluar rumah. manakala arwah bapak plk suka emak sentiasa bersamanya, berbual2 dan menemaninya.Emm...tiba2 teringat plk akak sewaktu sakit bapak sgt suka makan oat bersama susu Anlene, capati, tosai, kueteuw dan sgt menjaga masa untuk memakan ubat.


Bpk dan fiify sewaktu bapak mula2 dimasukkan di Hospital Sultanah Bahiyah
Akak balik kali terakhir dan dpt bertemu arwah bapak  kala nak menunjukkan kereta  baru yg akak belikan utk anak sulung akak pada bapak (2 minggu sebelom bpk meninggal)....Dapatlah jgk akak membawa bapak ke hospital  menaiki kereta baru itu....lega jgk hati akak.  Anak akak si Fiffy sgt sayangkan atukwannya ini sbb bpk akak pon sgt sygkan Fiffy yg merupakan cucu sulung keluarga kami. . Arwah bpk memanggil Fiffy dgn gelaran cucu tokwan yg paling cantik, paling pandai, bintang filem le, fiffy boleh jd artislah dan mcm2 kata pujian utk Fiffy (yg menyukakan hati Fiffy) Arwah bpk mmg suka menyukakan hati org, menolong org esp anak2 sedara dan kalau mahu menolong org bpk sanggup merendah hujan panas. Bila bpk berjaya menolong seseorg, hati bpk akan senang. Samada org itu ingat atau tidak....bapak x kesah, yg penting Allah tahu nawaitu bapak..Tapi kdg2 kami plk naik geram tgk kebaikan bpk...yelah menolong org susah payah, dahlah x dikenang malah kdg2 lsg x menjenguk bapak yg sdg sakit. Alahai...tapi itulah sewaktu beberapa bulan bpk sakit...rumah kami x putus2 dikunjungi sedara mara dan rakan taulan. Kami pon kagum...ramai mengingati bpk rupa2nya. Dan pengunjung yg paling setia ialah  adik arwah bapak, Pakcik Aq dan isterinya makcikma  serta anaknya Linda dan suaminya Zaidi. Mereka ini mmg selalu mengunjungi bpk dgn membawak bermcm2 juadah.Walaupon Linda dan Zaidi yg bertugas sbgai guru agak sebok namun mereka tetap mencuri masa utk menziarah bpk hampir setiap hari. 

PakcikAq dan keluarganya. Semoga Allah membalas kebaikan meeka yg selalu menyukakan hati arwah bapak dikala bpk masih ada. Mmg kami semua sgt terharu dgn kebaikan keluarga Pakcik Aq.

Arwah bapak bersama adik2 dan kakaknya semasa  majlis dirumah PakcikAq
2 minggu selepas pulang ke Jitra, suami akak beritahu utk balik ke Jitra lagi kerana dia harus meeting di TNB Gelugor. Akak sgt happy kerana nak balik bertemu bapak lagi. Waktu akak balik dulu emak akak sdg sakit didalam perut dan ini amat merisaukan hati bapak. Bapak tak boleh mendengar emak sakit pasti segera dibwk ke hospital tapi takkala bpk sakit, bapak sedeh kerana hanya mampu melihat emak sakit dan emak plk bkn jenis yg suka kehospital.Atas permintaan bapak, kakShimah , Dekmi dan  kakYati membawak bapak dan emak  ke Kedah Medical Centre dan bapak dimasukkan selama 2 hari dan disinilah baru kami ketahui sbb musabab emak sakit didlm perut setelah discan di KMC. Rupa2nya terdpt batu karang didalam buah pinggang emak. Bila dah tau punca penyakit, maka emak diberi ubat utk menghancurkan batu karang tersebut. Sebaik keluar dari KMC emak sgt sehat dan ini  sgt mengembirakan hati bapak. Tapi sebaik keluar dari KMC bapak kelihatan bertambah lemah.....Kemudian pada hari rabu  KakYati membawak bapak  ke Hospital Jitra dan bapak terus  dimasukkan ke hospital Jitra kerana air dalam buah pinggang hampir kering(??) So air dimasukkan  ke dlm badan bapak....bapak jgk tidak dpt makan kerana setiap kali makan bpk akan muntah cuma beberapa kali aje makanan boleh masuk tanpa muntah. Didalam wad bapak dijaga oleh anak bongsu bapak, dekmi tapi  pd saat2 akhir emak pon nak menjaga bapak di waktu mlm  kerana melihat keadaan bapak  yg agak tenat tu.(sebelom tu emak menjaga bpk di hospital siang n malam  tapi bila mak kurang sehat, dekmi nak jaga srg je bpk kat hospital)Akak mengajak suami akak balik tapi suami akak menyuruh akak ambil flight ajer kerana dia ada meeting penting pada hari isnin, dan akan balik Jitra jgk pada hari Khamis nanti so akak pon pada pagi ahad  tu akak booking tiket MAS utk pulang pada pagi  hari isnin. Pada hari sabtu bapak dapat membaca  surah yassin hingga habis (alhamdullillah) dan pada hari Ahad pulak keadaan bapak agak lemah. Lepas tu tiba2 akak dpt berita yg bapak semakin teruk pada hari Ahad   yakni selepas nurse Hospital Jitra telah menyuntik insulin  pd bapak wlau tahap gula dlm darah bapak cuma 10 aje....tika nampak nurse mahu menyuntik bpk, Kakyati segera menghalangnya namun nurse tersebut  tetap juga menyuntik insulin pd bapak dan bila Kakyati menyatakan bahawa  nanti tahap gula akan turun mendadak nurse tersebut  dgn selamba meyuruh Kakyati memberi makan  pd bapak selepas dia menyuntik bapak. Mmg tak logik dek akal  sbb mmg  telah diketahui bapak tak boleh makan dan pankreas bapak pon tak betul berfungsi so mmg gula  dlm darah terus drop membuatkan bapak  menjadi sgt2 lemah, bila Dr hospital Jitra  melihat keadaan bpk, Dr menyuruh bpk dihantar ke HSB Alor Setar, akak kol Hisham dan Nita beritahu keadaan bapak tapi  akak plk masih bertangguh... Sham kol akak utk mengajak akak balik bersamanya tapi akak menolak kerana tak sanggup berhimpit2 didlm kereta (masih pentingkan keselesaan diri)sebaik pulang bertemu anak akak di asrama  .akak kol MAS utk ubah penerbangan tapi bila akak akan dikenakan penalti kerana mengubah masa penerbangan....akak suruh dia org hold dulu dan akak kol tyer kakYati  ttg keadaan bapak. Kata KakYati bapak dah semakin stabil , tekanan darah stabil, semua dah ok so esok Dr nak buat endoskopi. legalah hati akak so akak teruskanlah dgn niat yg asal iaitu utk pulang dipagi esoknya. Akak fikir..ala beberapa jam aje, kalau mlm bertolak pon dah pukul 9.30 mlm...esok pon dah nak bertolak 8 pagi. Sikit je beza masanyer. Insyaallah ok kut....fikir akak masa tu ler.
Besok tu pukul 5.30 pagi akak bertolak ke KLIA dan masa di KLIA menunggu masa belepas....pukul 7.15 Nita kol memberitahu bapak sudah tiada..... akak hampir tiada kata, menangis semahunya semasa di airport. Biarlah org nak tgk pon...biarlah org kehairanan pon. Perasaan menyesal mula bertimpa2 ....Kenapa akak tak tukar flight semlm...kenapa dan kenapa? Sebaik mendarat di Kepala Batas akak terus ambil teksi ke HSB.Sampai disana sebaik melihat jenazah bapak...luluh hati akak tak dpt nak digambarkan
lagi ...sedeh, sayu....masyaallah begitu cepat bapak pergi. Kenapa bapak tidak menunggu kami anak2 pulang melihat bapak di hospital...... (tiba2 hati jahat berbisik) masyaallah...astaqfirullahalazim.....sedehnyaaaa....Ya Allah tabahkan hatiku Ya Allah....
Semua anak2 kecuali Dekmi  dan emak yg menjaga bapak dihospital  manakala, kami yg lain  tidak sempat bertemu bapak tika bapa menghembuskan nafas terakhir. Hisham hampir pitam melihat jenazah bapak kerana sesiapa pon tak memberitahu dia ttg kematian bapak. Dia  yg selalu pulang menjenguk bapak, tidur bersama bapak, berbual dgn bapak, membawa bapak ronda2 dan makan2 dikedai  tapi tak sempat  jgk bertemu pada saat2 akhir bapak....kakshimah dan kakyati pon tak sempat bertemu bapak. Sedehnya kami......cuma tuhan saja yg tahu.  
Jenazah bapak kelihatan amat tenang, bagai tidur dgn wajah berseri dan tersenyum. Alhamdullilllah bapak pergi dgn mudah, Dekmi yg membacakan talkin utk bpk, mengimamkan 2 mlm sembahyang tahlil di dewan Kampung.  Itu yg arwah bapak inginkan ,anak yg soleh". Bapak berjaya memujuk Dekmi utk kesekolah agama, kemudian ke UIA dalam bdang Law UIA (syariah) dan kini Dekmi telah pon berjaya menjadi Hakim Syarie...anak yg sgt bapak bangga2kan....alhamdullillah cita2 bapak tercapai jgk.  Sampai skrg pon  Dekmi sgt rajin membaca quran utk di sedekahkan pd arwah bapak.
Namun yg pastinya selepas ini rumah  kami di Kampung Hijrah akan hambar dan sepi. Tiada lagi gurau senda bapak memanggil cucu2 dgn bermacm2 gelaran,,,,Aiman tekimang3, Haziq body builder, Harif pembaris, Fiffy yg cantik,, Aatif kotif2 dan Damia putih gebu. Tiada lagi kedengaran suara menyuruh cucu2 mengambil air ais utk tokwan. Tiada lagi nyanyian jenaka lagu saya ada seekor kucing, dilehernya ada loceng....saya gelar nama cing cing. Tiada lagi ayat2 balakosheq dan ok oklah yg sgt suka bapak gunakan. Tiada lagi suara leteran kasih  bapak kepada emak.  Kami semua pasti rindu suara dan wajah itu.. .. Kami mengharapkan Syawal nanti dpt dirayakan bersama bapak tapi takdir mengatasi harapan kami. Siapa kami utk mempertikaikan takdir Allah...
Teringat kata2 Hisham dalam fbnya, bapak pemergian mu kutangisi, kasih sayangmu ku hargai,..kau akan kurindui.... ya mmg kami semua skrg amat2 merindukan bapak. Sampai saat ini  emak masih ternampak2 bapak berbaring di bilik belakang menonton tv...akak dan Nita  plk masih termpk2  wajah gembira bapak kala aircon bilik bapak ditukar baru....masyaallah....kuatkan hati kami Ya Allah.
Raya teraakhir kami dgn arwah bapak pada tahun lepas. Pasti berbeza Syawal kali ni.....
Pasti Syawal kali ini adalah Syawal airmata....
Akak ni  nak menyambung kesah arwah bapak akak pon dgn penuh rasa kesedehan. Utk becerita kali ni mmg memerlukan kekuatan mental yg kuat dan hebat. Untuk mengimbau kenangan manis bersama arwah bpk...mmg akak tak dpt menahan tangis, menahan rasa sedeh dan merasa satu ruang kosong dalam hati kami semua....semenjak arwah bpk pergi menghadapi yg Esa...emak pon sampai saat ini masih sugul dan sedeh. Sudah beberapa minggu tak begitu berselera nak makan. Kami redha pemergian bapak....namun kesedehan tetap bertandang dihati kami semua kerana bapaklah penghibur kami. Arwah bapak adalah contoh bapak terbaik pada kami. Semoga roh ayahanda tercinta kami ditempatkan dikalangan org2 yg beriman dan beramal soleh....
Inilah post paling panjang didlm blog akak ini...cuma disini saja yg dpt akak luahkan segala apa yg terpendam dihati. Arwah bapak akan kekal lekat dhati kami semua. Kasih bapak ke akhir hayat....
   http://youtu.be/GlaPiPv9wMA
  

 

Friday 20 July 2012

Saat Bapak disahkan mengidap Kanser Pankreas!!

Kali ni akak nak bercerita ttg arwah bapak akak yg meninggal baru2 ini. Arwah bapak akak meninggal disebabkan kanser pankreas tahap 4.Arwah bapak jugak ada penyakit darah tinggi, kencing manis dan jantung. Sewaktu bulan Ogos tahun 2011, bapak telah mengadu yg beliau merasa tidak selesa diperut dan najis berdarah jadi  beliau telah di arahkan oleh Dr di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar  utk membuat colonoscopy bagi memeriksa  didalam perut utk mengetahui punca kesakitan tersebut namun arwah bapak masih kelihatan cergas pada masa itu.
Arwah bapak dan mak sewaktu mula2 dimasukkan di Hospital Sultanah Bahiyah



  Result dari colonoscopy tu, didapati ada luka dan sedikit kelainan di dalam usus namun di diagnos sebagai ulser sebelom result sebenar diterima. Bila  arwah bapak pulang dari hospital, beliau membeli ubat Gamat , keluaran syarikat terkenal demi utk mengubati luka2 didalam perut tapi beliau terlupa yg beliau jgk mempunyai penyakit Gout dan nyatalah Gamat itu membuatkan kaki arwah bapak membengkak kemudian melepuh spt terkena air panas sbb arwah bpk alergic makanan laut... masyaallah... selepas itu kesihatan bapak mula lemah dan air bisa selalu keluar dari bengkak dikaki itu dan bila lepuh2 dikaki pecah maka jelas kelihatan isi kaki arwah bpk dan arwah kelihatan amat lemah dan bila di bwk ke hospital, darah arwah bpk telah bertoksik akibat jangkitan kuman dan gula dalam darah pon rendah.So bpk dimasukkan ke wad beberapa hai.  Bila pulang kerumah bapak masih lemah tapi tiba2 sewaktu arwah bapak sedang tidur dgn anak kesayangannya, Hisham, bpk telah terjatuh dari katil, Sham segera menghantar bapak kehospital, waktu inilah kesihatan bapak amat merosot...dgn luka dikaki (Dr telah lukis bhgn utk dipotong) dan  utk bercakap pon arwah bapak sgt lemah. Melihat keadaan arwah kami mmg sgt2 sedeh...Kaki bpk kelihatan amat teruk . Melihat kaki bpk, kami hampir pasti kaki arwah bapak akan dipotong.



Keadaan kaki bapak semasa diwad, Akibat kencing manis dan makan Gamat.

Sebaik keluar dari wad, emak memberi bpk makan supplement yg disyorkan oleh KakShimah kerana dia adalah penjualnya supplement ni  kononnya dpt menyembuhkan kanser bpk  dgn harga RM1300. Supplement ni tahan sebulan lebihle jgk. Bila makan supplement ni, arwah bapak dpt buang air besar dgn begitu lawas setiap hari ..alhamdullillah. Bpk nmpk semakin kuat dan menyebabkan kaki bpk semakin baik dan tiada bernanah  lsg dan bpk kemudiannya boleh jalan seperti biasa. Kaki yg nak dipotong pon sudah semakin baik. KakYati (kakak no 2)lah  yg setiap hari dtg 4-5 kali utk mencuci luka bapak dan mengambil tahap gula dalam darah bpk dan blood pressure arwah bpk. (Alatan dirumah dah mcm di hospital...hehehe).
Menjelang Tahun Bharu China, result bpk pon kami dpt. Bpk disahkan mengidap kanser pankreas!! Kami adik beradik mmg terkejut tapi kami positif, bpk akan semboh. Jadi bila Dr ingin membuat pembedahan utk membuang ketumbuhan...kami bersetuju walau emak tidak membenarkan kerana emak tgk arwah bapak sehat sahaja jd emak tiidak mahu melihat arwah terlantar lagi selepas pembedahan. Pada 25hb Feb 2012, pembedahan dijalankan. Sebelom ditolak masuk ke dlm dewan pembedahan, kami semua menangis kerana Dr memberi byk kemungkinan2 yg akan berlaku atas faktor usia bpk yg agak lanjut spt jantung maybe berhenti berdenyut dan tekanan darah turun namun alhamdullillah, bapak sedar selepas sejam aje. Cuma yg mengejutkan kami, Dr membedah bapak  tapi dijahit kembali kerana bila melihat  kanser sudah merebak jd mereka tidak dpt berbuat apa2 lagi.Kimoterapi jgk tidak dpt dilakukan atas faktor usia. Dr memberi tempoh enam bulan utk bpk ....kami mmg sedeh namun kami positif setiap penyakit ada ubatnya.Tgk sahaja Sarimah Ahmad (pelakun lama). Azean Irdawati, Zainal Abidin dan Dr Nordin Darus....pengidap kanser tapi masih ada sampai skrg. So kenapa kami harus berputus asa. Maka bermulalah episod kami mencari penawar sendiri.


Arwah bapak bersama semua anak perempuannya dan emak sebelom operation.

Sebaik bapak keluar dari hospital, akak mula mencari penawar knser melalui internet dan suratkhabar. Akak jumpa satu jenama ubat Apricon yg diperbuat dari biji aprokot so akak suruh bpk akak cuba. Walaupon ubat agak mahal tapi utk kesihatan mmg tiada ternilai so kami mahu bpk mencuba. Ketika itu bapak boleh berjalan keluar dan berbual dgn jiran tertangga. Kemudian ada seorang kwn yg mengidap kanser, mengesyorkan ubat yg dijual di fb iaitu Penawar kanser oleh Shahril Nizam. Bila bpk makan ubat ni yg terdiri dari beberapa jenis dan berharga RM1050. kesihatan bpk semakin menurun kerana bpk jgk terpaksa berpantang makan utk kesembohan.Lepas makan ubat tu bpk cuma terlantar ajer dan  kemudian bapak dimasukkan kehospital dgn condition yg amat teruk. Bila dibwk ke hospital, rupa2nya bpk kekurangan darah yg kritikal, beberapa beg darah terpaksa dimasukkan utk menyegarkan bpk  manakala paras gula dalam darah pon rendah, Bdn bpk dimasukkan darah dan jgk air kerana kekurangan darah menyebabkan bapak kelihatan begitu lesu dan x bermaya. . So kami menyuruh bapak berhenti makan ubat yg merbahaya tu. Setelah diselidiki rupa2nya ubat tu tiada kelulusan dari mana2 pon dan kami pasti si Shahril ni cuma mahu mengaut keuntungan dari kesakitan org lain...so para pembaca sekelian, berhati2lah dgn org spt ini. Rakan2nya jgk yg tlg komen memuji ubat yg dia jual supaya kami yakin dan percaya dgn ubatnya (dpt persen agaknya). Jika kami bertanya di wall penawar kanser ttg ubat yg dijual dan dari mana kelulusan yg dia dpt...dia pasti meremove pertanyaan itu malah adik akak yg byk buat kajian dan bertanya ttg ubat penawar yg dia jual di wall group penawar kanser yg di tubuhkannya,  dia remove soalan adik kita dan jgk terus memblock adik kita dari melihat wall group itu lagi....hemm...nmpk sgt dia ni cuba menipu rakan2 di fb , Akak harap satu hari nanti rakan2 group tu akan sedar dan membuat laporan kpd SKKM supaya group tu dimansuhkan dan Si Shahril ni x dpt menipu lagi.... 
Kemudian ada kwn bpk mengesyorkan bomoh dari Grik. Hehehe..Bomoh ni mmg auta tahap nasional. Bayangkan kononnya dia  boleh ubah kanser bpk pada ayam yg  kami kena dibwk. Bila dtg sekali lagi tanya ayam tu dibuat apa...dia terlanjur mmberitahu ayam tu adik dia bela di kg. KakShimah tyer takkan ayam boleh hidup lagi setelah dimasukkan tumor  pesakit tapi jwb  si bomoh al auta tu.....sakit bpk dah ubah ke batu....hahahahha. Agak2 le nak menipu. Takkan boleh ubah  ke batu, ubah ajeler kat  tengah laut ke, kat  ikan ke...boleh gak diterima akal, ini idak, ke batu plk peginya. Mmg pening bomoh terror menipu  mcm ni .. .menipu org dan  byk kemusykilan ttg bomoh2 ni. Pandai main psikologi pesakit hingga pesakit rasa sehat padahal sakit masih ada pada pesakit tu. Ishhh...mereka yg menipu org2 sakit ni xde ke rasa bersalah dan berdosa dok menipu org....masyaallah...mmg mereka2 ini kena buat taubat nasuha dan berjanji pada Allah tidak akan menipu org2 yg dalam kesakitan lagi...grrrr geramle pulak.
Masa nak pergi berjumpa bomoh penipu tu, bpk tidur dirumah Sham dan sewaktu bpk mahu menaiki tangga di rumah Sham, bapak telah terlentang 6 anak tangga dan nasib baik tidak patah dimana2 sbb bapak dan mak akak mmg kuat minum susu Anlene sejak diperkenalkan dulu lagi...dia org minum tanpa henti dan alhamdullillah dgn usia 77 tahun dan emak 70 thn yg jatuh berpuluh kali namun x  pernah patah plk tulang riuk,,,,alhamdullillah2. .Oklah  akak berhenti setakat ini dulu, akak akan sambung bhgn ke 2 nanti sbb  pos ni panjang sgt. Kena ada dua bahagian tau....

Tuesday 26 June 2012

Permaisuri Putera Mahkota tercantik di Dunia- Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah

Kali ni akak nak citer pasal Permaisuri Putera Mahkota yg akak rasa paling cantik di dunia. Selalu tu kalau media di dunia ni akan melabelkan yg  paling cantik2 tu mesti dari keturunan org2 Inggeris(org putih)  atau orang Latin tapi sebenarnya wanita dari negara2 Timur Tengah dan wanita2 berbangsa Melayu pon ramai yg cantik2 belaka malah lebih cantik dari wanita2 yg dilabelkan sebagai wanita tercantik didunia, wanita terseksi didunia dan mcm2 lagilah yg terbaik tentang wanita pasti bangsa merekalah yg terpilih. Kalau tersenarai pon adalah dari Negara China(Zhang Yu Qhi) atau India (Aisywara Rai), itu pon dah nombor 5 dan keatas. Kalau nombor satu sah2le org putih atau Latin contohnya wanita paling seksi di dunia ialah Jennifer Lopez padahal wanita2 negara2 lain pon seksi2 jgk cuma tak menyerlah mcm JLO tu.

Wanita paling seksi di Dunia...ye ker???
Rasanya lebih tenang melihat gambar2  PAIPAS dan gambar Permaisuri Tengku Mahkota Pahang, Tunku Hajjah Azizah  yg akak share kat bawah ni. Keseksian, kecantikan terserlah tanpa perlu mendedahkan tubuh  atau memakai solekan yg tebal2. Akak bangga melihat kecantikan wajah permaisuri2 ini yg sgt santun tetapi terserlah keayuan...alhamdullillah....




PAIPAS40 (Gambar) Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah (PAIPAS)
Contoh bonda penyayang, tidak kekok mengendong anak walau dimana sahaja






PAIPAS13 (Gambar) Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah (PAIPAS)
Ayu bertudung, PAIPAS sgt cantik disamping Putera Mahkota

Kali ni akak plk yg kasi rate utk Permaisuri Putera Mahkota tercantik di dunia yg  sudah tentu jatuh kepada Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Saras (PAIPAS) dan Tunku Puan Muda Pahang ,Tunku Hajjah Azizah Aminah  Maimunah Iskandariah. Permaisuri Putera Mahkota Pahang ni sangat cantik, kalah Kate Middleton tu..hehehhe.(kalau Carmilia Parker Bowles lagi x masuk senarai...hahaha) PAIPAS,Tunku Hajjah Azizah Aminah  Maimunah Iskandariah. Permaisuri Putera Mahkota Pahang  ni cantik luaran dan cantik dalaman. Bayangkan seorang bakal Permaisuri Brunei selalu mengendong anaknya sendiri dan lebih selesa berbaju kurung dan bertudung litup manakala Tunku Hajjah Azizah Aminah  Maimunah Iskandariah. Permaisuri Putera Mahkota Pahang ni pulak tidak pernah kekok memasak dan bergaul dgn rakyat jelata. 
      Sewaktu PAIPAS berkahwin dgn Putera Mahkota usianya baru menjejak 17 tahun (manis 17) namun pabila akak melihat gambar PAIPAS..akak mmg kagum, cantik sungguh wanita muda ini...pasti dia akan menyerlah bila usia makin matang nanti. Namun sebaik baginda memakai hijab makin terserlah keayuannya.
Wajah jelita Tunku Puan Muda Pahang
Permaisuri bersama Putera Mahkota Pahang dan anakanda baginda.
Permaisuri yg tidak kekok memasak untuk rakyat jelata
       

  Di Malaysia permaisuri Putera mahkota yg cantik bertudung malah sangat2 merendah diri...pendekkata cantik luaran dan dalaman ialah  Tengku Puan Pahang,Tunku Hajjah Azizah Aminah  Maimunah Iskandariah. Permaisuri Putera Mahkota Pahang ni sangat pandai memasak dan selalu melibatkan diri dalam kerja2 kebajikan malah baginda pon sgt dekat dihati rakyat seperti suaminya jgk, Putera Mahkota Pahang Tengku Abdullah  Ibni Sultan Haji\ Ahmad Shah.
  
     Ok berbalik pada tajuk asal akak ttg kecantikan PAIPAS ini, akak rasa ramai rakyat Malaysia ingin tahu latar belakang baginda .Mari akak citer sikit ttg latar belakang PAIPASdan latar belakang permaisuri jelita Tunku Hajjah Maimunah n yg akak ambil dari Wikipedia.

    Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah yg dilahirkan di Hospital Pengiran Anak Saleha , Bandar Seri Begawan pada 9hb April 1987. Diberi nama Dayangku Sarah dan merupakan anak ketiga dan anak tunggal perempuan kpd  Pengiran Salleh Abdul Rahaman Pengiran Damit dan isterinya Rinawati Abdullah yg berasal dari Switzerland. Pengiran Anak Saleha bersekolah di St Andrew School dari 1993-1998. Dan kemudian melanjutkan pelajaran di Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan dan menamatkan O level pada tahun 2003. Pada 9hb Mac 2004, sewaktu masih belajar di Maktab ini, baginda berkahwin dgn Putera Mahkota Al Muhtadee Billah di istana Nurul Iman dan dalam upacara gilang gemilang yg di panggil Wedding of The Year atas ke" glemeran" majlis perkahwinan itu. Kemudian pasangan ini dikurniakan 2 cahayamata .

Yang Amat Mulia Tunku Azizah (dilahirkan pada 5 Ogos 1960 (55 tahun)) di Istana Stulang,Johor Bahru dan merupakan puteri kedua kepada pasangan Sultan Iskandar ibni Sultan Ismail bersama isterinya, Che' Puan Kalsom binti Abdullah. Tunku Azizah yang berdarah kacukan Melayu-Inggeris ini mempunyai empat orang adik beradik. kakanda lelakinya kini merupakan Sultan Johor iaitu Sultan Ibrahim Ismail Ibni Sultan Mahmud Iskandar.

Renungan Tajam permaisuri jelita dari Pahang.


Tunku Azizah memulakan pendidikan awal beliau di Sekolah Taman Kanak-kanak Tunku Ampuan Mariam, Johor Bahru. Baginda kemudian meneruskan pendidikan beliau di Sekolah Rendah Perempuan Sultan Ibrahim dan mendapatkan pendidikan menengah beliau di Sekolah Tun Fatimah, kedua-duanya di Johor Bahru. Baginda berkahwin dgn Putera Mahkota Pahang pada tahun 1986 dan dikurniakan 3 putera dan 2 puteri termasuk sepasang kembar lelaki dan perempuan.Tunku Azizah juga terkenal dengan minatnya yang mendalam terhadap bidang masakan dan pernah mengeluarkan buku resipinya sendiri, Air Tangan Tengku Puan Pahang & Masakan Tradisional Pahang. Baginda juga tidak kekok memasak untuk mangsa-mangsa banjir di Pahang .Sesungguhnya baginda adalah permaisuri yg sgt mulia hatinya.Tersentuh hati akak melihat kemuliaan hati permaisuri cantik ini. 
Berbalik pada PAIPAS..selain cantik, PAIPAS jugak merupakan permaisuri yg bijak kerana baginda mempunyai kelulusan ijazah kelas pertama dari Universiti Brunei Darulsalam dalam Bachelor of Arts and Public Policy and Administration. Jugak merupakan top scorer dalam team netball di Universiti. Wah...mmg hebat PAIPAS ni. Semoga ada ramai lagi wanita2 berkedudukan akan menjejaki sikap low profile dan anggun bertudung Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah dan Tunku Hajjah Azizah Aminah  Maimunah Iskandariah....tahniah utk warga Brunei dan tahniah jgk utk warga Malaysia yg mempunyai permaisuri  spt Tunku Hajjah Azizah ni yg mesra rakyat dan selalu melakukan kebajikan utk rakyat jelata.
 Itu aje celoteh akak kali ni...kisah ttg dua wanita hebat yg sgt akak minati selain artis cantik Neelofa yg mmg mejadi kekaguman akak tu(bkn kerna kontroversi tapi kerna kecantikan wajah anugerah Allah utknya)...heheheh. Kat bwh ni ada lagi gambar2 permaisuri Putera Mahkota yg akak beri gelaran paling cantik di dunia.....layannnn



Sedang kusyuk memberi ucapan
Putera mahkota disamping Pengiran Anak isteri Pengiran Sarah bersama Presiden Amerika Syarikat dan isteri.
Sooo sweet


Simplenyer. Suka tgk foto ni