Friday 20 July 2012

Saat Bapak disahkan mengidap Kanser Pankreas!!

Kali ni akak nak bercerita ttg arwah bapak akak yg meninggal baru2 ini. Arwah bapak akak meninggal disebabkan kanser pankreas tahap 4.Arwah bapak jugak ada penyakit darah tinggi, kencing manis dan jantung. Sewaktu bulan Ogos tahun 2011, bapak telah mengadu yg beliau merasa tidak selesa diperut dan najis berdarah jadi  beliau telah di arahkan oleh Dr di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar  utk membuat colonoscopy bagi memeriksa  didalam perut utk mengetahui punca kesakitan tersebut namun arwah bapak masih kelihatan cergas pada masa itu.
Arwah bapak dan mak sewaktu mula2 dimasukkan di Hospital Sultanah Bahiyah



  Result dari colonoscopy tu, didapati ada luka dan sedikit kelainan di dalam usus namun di diagnos sebagai ulser sebelom result sebenar diterima. Bila  arwah bapak pulang dari hospital, beliau membeli ubat Gamat , keluaran syarikat terkenal demi utk mengubati luka2 didalam perut tapi beliau terlupa yg beliau jgk mempunyai penyakit Gout dan nyatalah Gamat itu membuatkan kaki arwah bapak membengkak kemudian melepuh spt terkena air panas sbb arwah bpk alergic makanan laut... masyaallah... selepas itu kesihatan bapak mula lemah dan air bisa selalu keluar dari bengkak dikaki itu dan bila lepuh2 dikaki pecah maka jelas kelihatan isi kaki arwah bpk dan arwah kelihatan amat lemah dan bila di bwk ke hospital, darah arwah bpk telah bertoksik akibat jangkitan kuman dan gula dalam darah pon rendah.So bpk dimasukkan ke wad beberapa hai.  Bila pulang kerumah bapak masih lemah tapi tiba2 sewaktu arwah bapak sedang tidur dgn anak kesayangannya, Hisham, bpk telah terjatuh dari katil, Sham segera menghantar bapak kehospital, waktu inilah kesihatan bapak amat merosot...dgn luka dikaki (Dr telah lukis bhgn utk dipotong) dan  utk bercakap pon arwah bapak sgt lemah. Melihat keadaan arwah kami mmg sgt2 sedeh...Kaki bpk kelihatan amat teruk . Melihat kaki bpk, kami hampir pasti kaki arwah bapak akan dipotong.



Keadaan kaki bapak semasa diwad, Akibat kencing manis dan makan Gamat.

Sebaik keluar dari wad, emak memberi bpk makan supplement yg disyorkan oleh KakShimah kerana dia adalah penjualnya supplement ni  kononnya dpt menyembuhkan kanser bpk  dgn harga RM1300. Supplement ni tahan sebulan lebihle jgk. Bila makan supplement ni, arwah bapak dpt buang air besar dgn begitu lawas setiap hari ..alhamdullillah. Bpk nmpk semakin kuat dan menyebabkan kaki bpk semakin baik dan tiada bernanah  lsg dan bpk kemudiannya boleh jalan seperti biasa. Kaki yg nak dipotong pon sudah semakin baik. KakYati (kakak no 2)lah  yg setiap hari dtg 4-5 kali utk mencuci luka bapak dan mengambil tahap gula dalam darah bpk dan blood pressure arwah bpk. (Alatan dirumah dah mcm di hospital...hehehe).
Menjelang Tahun Bharu China, result bpk pon kami dpt. Bpk disahkan mengidap kanser pankreas!! Kami adik beradik mmg terkejut tapi kami positif, bpk akan semboh. Jadi bila Dr ingin membuat pembedahan utk membuang ketumbuhan...kami bersetuju walau emak tidak membenarkan kerana emak tgk arwah bapak sehat sahaja jd emak tiidak mahu melihat arwah terlantar lagi selepas pembedahan. Pada 25hb Feb 2012, pembedahan dijalankan. Sebelom ditolak masuk ke dlm dewan pembedahan, kami semua menangis kerana Dr memberi byk kemungkinan2 yg akan berlaku atas faktor usia bpk yg agak lanjut spt jantung maybe berhenti berdenyut dan tekanan darah turun namun alhamdullillah, bapak sedar selepas sejam aje. Cuma yg mengejutkan kami, Dr membedah bapak  tapi dijahit kembali kerana bila melihat  kanser sudah merebak jd mereka tidak dpt berbuat apa2 lagi.Kimoterapi jgk tidak dpt dilakukan atas faktor usia. Dr memberi tempoh enam bulan utk bpk ....kami mmg sedeh namun kami positif setiap penyakit ada ubatnya.Tgk sahaja Sarimah Ahmad (pelakun lama). Azean Irdawati, Zainal Abidin dan Dr Nordin Darus....pengidap kanser tapi masih ada sampai skrg. So kenapa kami harus berputus asa. Maka bermulalah episod kami mencari penawar sendiri.


Arwah bapak bersama semua anak perempuannya dan emak sebelom operation.

Sebaik bapak keluar dari hospital, akak mula mencari penawar knser melalui internet dan suratkhabar. Akak jumpa satu jenama ubat Apricon yg diperbuat dari biji aprokot so akak suruh bpk akak cuba. Walaupon ubat agak mahal tapi utk kesihatan mmg tiada ternilai so kami mahu bpk mencuba. Ketika itu bapak boleh berjalan keluar dan berbual dgn jiran tertangga. Kemudian ada seorang kwn yg mengidap kanser, mengesyorkan ubat yg dijual di fb iaitu Penawar kanser oleh Shahril Nizam. Bila bpk makan ubat ni yg terdiri dari beberapa jenis dan berharga RM1050. kesihatan bpk semakin menurun kerana bpk jgk terpaksa berpantang makan utk kesembohan.Lepas makan ubat tu bpk cuma terlantar ajer dan  kemudian bapak dimasukkan kehospital dgn condition yg amat teruk. Bila dibwk ke hospital, rupa2nya bpk kekurangan darah yg kritikal, beberapa beg darah terpaksa dimasukkan utk menyegarkan bpk  manakala paras gula dalam darah pon rendah, Bdn bpk dimasukkan darah dan jgk air kerana kekurangan darah menyebabkan bapak kelihatan begitu lesu dan x bermaya. . So kami menyuruh bapak berhenti makan ubat yg merbahaya tu. Setelah diselidiki rupa2nya ubat tu tiada kelulusan dari mana2 pon dan kami pasti si Shahril ni cuma mahu mengaut keuntungan dari kesakitan org lain...so para pembaca sekelian, berhati2lah dgn org spt ini. Rakan2nya jgk yg tlg komen memuji ubat yg dia jual supaya kami yakin dan percaya dgn ubatnya (dpt persen agaknya). Jika kami bertanya di wall penawar kanser ttg ubat yg dijual dan dari mana kelulusan yg dia dpt...dia pasti meremove pertanyaan itu malah adik akak yg byk buat kajian dan bertanya ttg ubat penawar yg dia jual di wall group penawar kanser yg di tubuhkannya,  dia remove soalan adik kita dan jgk terus memblock adik kita dari melihat wall group itu lagi....hemm...nmpk sgt dia ni cuba menipu rakan2 di fb , Akak harap satu hari nanti rakan2 group tu akan sedar dan membuat laporan kpd SKKM supaya group tu dimansuhkan dan Si Shahril ni x dpt menipu lagi.... 
Kemudian ada kwn bpk mengesyorkan bomoh dari Grik. Hehehe..Bomoh ni mmg auta tahap nasional. Bayangkan kononnya dia  boleh ubah kanser bpk pada ayam yg  kami kena dibwk. Bila dtg sekali lagi tanya ayam tu dibuat apa...dia terlanjur mmberitahu ayam tu adik dia bela di kg. KakShimah tyer takkan ayam boleh hidup lagi setelah dimasukkan tumor  pesakit tapi jwb  si bomoh al auta tu.....sakit bpk dah ubah ke batu....hahahahha. Agak2 le nak menipu. Takkan boleh ubah  ke batu, ubah ajeler kat  tengah laut ke, kat  ikan ke...boleh gak diterima akal, ini idak, ke batu plk peginya. Mmg pening bomoh terror menipu  mcm ni .. .menipu org dan  byk kemusykilan ttg bomoh2 ni. Pandai main psikologi pesakit hingga pesakit rasa sehat padahal sakit masih ada pada pesakit tu. Ishhh...mereka yg menipu org2 sakit ni xde ke rasa bersalah dan berdosa dok menipu org....masyaallah...mmg mereka2 ini kena buat taubat nasuha dan berjanji pada Allah tidak akan menipu org2 yg dalam kesakitan lagi...grrrr geramle pulak.
Masa nak pergi berjumpa bomoh penipu tu, bpk tidur dirumah Sham dan sewaktu bpk mahu menaiki tangga di rumah Sham, bapak telah terlentang 6 anak tangga dan nasib baik tidak patah dimana2 sbb bapak dan mak akak mmg kuat minum susu Anlene sejak diperkenalkan dulu lagi...dia org minum tanpa henti dan alhamdullillah dgn usia 77 tahun dan emak 70 thn yg jatuh berpuluh kali namun x  pernah patah plk tulang riuk,,,,alhamdullillah2. .Oklah  akak berhenti setakat ini dulu, akak akan sambung bhgn ke 2 nanti sbb  pos ni panjang sgt. Kena ada dua bahagian tau....

1 comment:

  1. Kenapa bomoh dari grik ni menipu. Boleh bagi penjelasan kepada saya.

    ReplyDelete