Wednesday 14 December 2011

Pasangan Yang Tiada Zuriat

Akak terpanggil nak citer bab anak2 ni bila akak tgk ramai pasangan yg baru berkahwin sudah mula risau pasal nak mendapatkan zuriat dgn cepat. Zuriat adalah pemberian dari Allah s.w.t. ..kita sebagai hambanya hanya mampu berdoa untuk mendapat zuriat yg baik dan sempurna. Jika sekiranya Allah memperkenankan doa kita...alhamdullillah dan jika tidak, kita jgn berputus asa dan terus berdoa dan berusaha. Doa adalah hubungan langsung antara kita dgn Allah...subhanallah.
Akak ni kalau tgk pasangan yg lama berkahwin tidak mendpt anak...dalam hati kecil akak turut mendoakan agar pasangan tadi akan segera dikurniakan anak. Akak tak akan sama sekali mencaci-cerca, mengata atau menghina pasangan itu kerana akak faham perasaan mereka. Mereka pasti akan tertekan, kecewa dan sedeh jikalau selalu ditanyakan ttg anak.


Saat bahagia menimang cahaya mata mmg ditunggu oleh semua wanita yg telah mendirikan rumahtangga.
Manusia sekeliling mmg suka mencari kekurangan org, jika mereka merasakan mereka sempurna tanpa berasa bersalah lsg mereka akan menghina psgn yg tiada zuriat ini. Kdg2 akak heran dgn manusia yg bermulut celupar ni, langsung x memikirkan perasaan org jika berkata2. Bygkan jika keluarga kita yg dicaci cerca kerna tiada zuriat padahal rezeki itu semata2 dari Allah, kita tiada kuasa langsung mengubahnya. Cuba fikirkan perasaan org jgk....
Saat yg ditunggu oleh setiap pasangan yg mendirikan rumahtangga .Mengandung...bahagia mempunyai zuriat sendiri.
Masa akak berjiran di kuaters dulu, akak pernah terdengar sindiran pedas dari seorang wanita yg agak alim kpd jiran akak yg tiada anak...tau apakatanya..."hurmm...buat apa cikabg awak balik awal, kalau bersama pon bkn ada hasilnyer, mengabiskan a... je." (tak sanggup nak taip pon apa lagi nak sebut)Akak tgk org yg disindir dgn begitu pedas terkejut, terkedu lalu dia meninggalkan si wanita itu begitu sahaja. Alahai....kalau wanita tu mcm akak ok jgk..maksud akak xde le alim pon tapi wanita ni boleh dikategorikan sbg wanita alim berdasarkan pakaian dia dan anak2nya serta suaminya yg berserban. Takkan dia tak tau rezeki anak ni Allah yg bagi...kita sbg  manusia serta hambanya mana ada daya utk mengandung kalau tanpa izinNya. Masyaallah!!

So sbg masyarakat ug prihatin dan terdidik dgn agama islam yg murni ini....jgn sama sekali kita mencaci atau mengata org yg tiada zuriat. Cuba fikirkan perasaan mereka. Pasti wanita yg tiada zuriat dan pasangannya akan tertekan jika ditanya bertalu2 setiap kali bertemu mereka malah sudah byk akak dgr jika seorang wanita itu tiada anak, dia malas utk pulang ke kampung kerana tidak tahan ditanya dan disindir oleh sanak sedaranya maka pastinya dia meminggirkan dirinya kerana mulut2 celupar kita ini. Sedara akak pon ada mengalami masalah ni...dah berbelas tahun kwin tapi tiada zuriat hingga dia mengambil anak angkat tapi akak tak pernah mahu menanya ttg anak padanya kerna akak faham situasinya. Akak selalu mendoakan agar Allah akan mengurniakan anak yg comel2 padanya satu hari nanti memandangkan suaminya yg bersifat sgt penyayang pd anak angkat mereka tadi. Dibelai bagaikan anak kandungnya.
Pesanan akak pada pasangan yg belom dikurniakan zuriat oleh Allah s.w.t....bersabar, berusaha dan berdoalah selalu. Semoga mereka akan dikurniakan zuriat jgk satu hari nanti. Skrg ni mcm2 produk ada...biodexler, dan mcm2kaedah moden lagi utk mendpt zuriat tapi jgn sewenang2nya mencuba yer,  pastikan ada sijil dr kementerian kesihatan...manalah tahu ada rezeki plk nanti.Insyaallah.
Ini akak copy dari blog pakarhowto
Disini akak ini kongsi petua utk mendpt anak yg akak baca dari satu blog iaitu wanita yg mahu mengandung hindari junk food,coca cola, makanan jeruk dan jambu batu manakala lelaki plk dinasihatikan mengelak dari merokok atau memakai seluar jean  yg ketat.Pasangan kenalah minum susu kambing . Doa plk selalu baca menyebut nama Allah "AlMusowwir.Cubalah mana tau cubaan kali ni mandatangkan hasil....insyaalllaahhhhhhh.......
Sebelom tu akak nak citer satu pengalaman yg akak sendiri tgk ttg satu pasangan yg tiada anak ni. Si Suami ni setelah 4 thn berkahwin dan tak dikurniakan anak maka dia telah menceraikan isterinya dan menceritakan pd kwn2 dan tetangga yg isterinya itu mandul. Tak lama kemudian dia berkahwin kali ke 2, begitu jgk bekas isterinya. Tak lama kemudian bekas isterinya yg berkawin lain tadi telah mengandung dan ini membuatkan ego bekas suaminya tercabar lalu tanpa berlengah dia menceraikan isterinya yg ke 2 dan berkahwin utk kali yg ke3 nya demi utk membuktikan kelakiannya malangnya sampai skrg setelah hampir 6 thn berkawin tapi si isteri masih tiada tanda2 mengandung pon  makanya pesanan utk si suami, buat check up dulu sebelom menuduh isteri anda mandul. Sikap salah menyalahi antara satu sama lain....tidak akan menyelesaikan masalah malah makin merumitkan keadaan maka utk psgn2 yg tiada zuriat.... berikhtiarlah bersama2, sesungguhnya dgn pertolongan Allah s.w.t. disamping doa yg berpanjangan... insyaallah.....akan menemui kejayaan.
Dan kita masyarakat yg prihatin dan penyayang  harus selalulah  memberikan sokongan pada pasangan yg tiada zuriat dan dorongan supaya mereka sentiasa pasrah dan berdoa. Sesungguhnya Allah maha mendengar akan doa hamba2nya......

Jiran2 Akak

Hari ni akak nak citer ttg adat berjiran plk. Akak ni mmg sgt2 menjaga hubungan dgn jiran2 akak esp yg dok sebelah umah akak, lagipon akakkan suka bersembang so jiran2 le tempat akak berkongsi cerita..
 Masa akak mula2 kawin akak tinggal ngan ibu mertua akak lepas akak bersalin anak pertama akak terus berpindah ke kuarters TNB . Masa tu jiran akak yg pertama namanya KakShimah atau orang panggil dia "makItam".Akak plk panggil dia kak sebelah..hihihi, sbb dia jiran sebelah umah akak.Dia beranak 6(masa tu ler) Jiran akak yg lain ialah Eton, Rani dan Aiza. Rani ni berbangsa India, tapi india yg berkulit cerah dan cantik jgk dan beranak 3. Suaminya akak panggil Uncle je. Umur rani ni dlm lingkungan 30an. Anak akak Fiffy selalu dijaga oleh Rani dan anak2nya sbb dia org mmg suka kanak2 dan bila Fiffy menangis, anak Rani, Padma akan dtg mengambil Fiffy atau kdg2 akak yg hantar kerna nak memasak. Bila Fiffy berunur setahun lebih dia berkawan rapat dgn anak kak "sebelah", Aziziah. Fiffy panggil kak sebelah ni 'mak'. Ikut mcm Aziziah panggil. Fiffy dan Aziziah masih rapat hingga sekarang...selalu calling2. Bayangkanle betapa lamanya mereka bersahabat!  Mak  atau kak sebelah   ni plk sgt  pandai masak pulut kuning yg menjadi kegemaran Fiffy sampai ke hari ini. Kata Fiffy pulut kuning mak lah yg paling sedap di dunia...hahahahaha 

Gambar Kaksebelah@ kakShimah bersama suaminya Hj Khalid dan anak2. 4 dari kiri ialah Aziziah yg jgk rakan karib Fiffy sejak kecil hingga kini.
 Bila akak berpindah ke atas bukit, jiran akak cuma seorang iaitu Azli dan Azila pasangan baru kwin.
Bila akak berpindah ke rumah sendiri, akak berjiran dgn hasnah, Kak An dan Kak Ana. Hasnah dan Kak Ana mmg sgt pakar masak.  Kak Ana mungkin kerna faktor umur menyebabkan dia agak malas memasak tapi kalau Hasnah mmg sgt rajin almaklumle masih muda dan aktif plk tu.
Akak dan dia saling bertukar juadah tp kalau dia menghulur juadah mmg menjadi rebutan antara akak dan anak2..hahahaha, sbb kami semua dah tau pasti masakan Hasnah sgt sedap. Hasnah ni ada 5 org anak. 2 dah besar tp 3 lagi masih kecil dan agak lasak kerana semuanya lelaki, Naim, Nabil dan Najmi. Semuanya comel2 sgt...akak sgt suka melihat keletah mereka. Mereka pon sebaik pandai bercakap nama akak le yg mula dia org panggil...bangganyer. Akak pernah kasi tahu suami Hasnah, Norman betapa bertuahnya dia beristerikan org cantik dan pandai masak spt Hasnah ni....mmg lucky sesgt le si Norman ni. Okle cukuplah citer pasal jiran nanti kita citer pasal pasangan yg tiada zuriat.

pulut kuning masakan emak angkat Fiffy yg fiffy kata paling sodap di dunia.Fuh!! bayangkan.....

Akak ni jenis yg x suka bertandang ke rumah jiran2. Kalau ada citer2 panaz akak bersembang kat depan umah jer. Tak nakle masuk2 nanti jd berjam2 plk..keje pon x jadi. Akak ni sgt sebok. Tapi akak ada srg jiran ni yg bekerja sbg seorang Manager HR di Port Klang. Dia ni akak panggil Aya jer. Dia tiap2 pagi dlm pukul 7 sebelom pegi keje dia mesti kol dan sembang2 ngan akak dulu. Kalau tak berbual dia rasa x lengkap plk harinya...hahahaha kelakar le plk. Akak pon serasi dgn dia...satu kepala....kalau rasa x puashati terus je hambur , takde simpan2 atau mengata2 belakang. Tak baik tau...dosa besar tu kalau mengumpat walaupon kita rasa kita bkn mengumpat tapi kalau menceritakan hal org lain yg buruk2 mmg dlm kategori mengumpatle takkan dlm kategori berzikir plk....hehehehhe.
Walau apapun jiranle yg paling penting bila kita berjauhan dari family.... mcm akak ni yg adik beradik kebanyakan ada di kedahler dah asal org Kedah. Suami asal org Klang so ramaile sedara mara dia di Klang ni. Ahhh..tak kesahle sbb family suami pon baikhati semuanya.
Wahai rakan2 ku marilah kita bersama2 menjaga siratulrahim dgn jiran tetangga kita, sekiranya hati terguris dgn perlakuan mereka...ketepikan le dan pikirkan le akan siratulrahim yg akan telah lama terjalin antara jiran tentangga....masyaallah.Jiran tetangga itu adalah sedara kita sewaktu susah dan senang.

Monday 12 December 2011

Anak Derhaka @ Si Tanggang Zaman Moden

Zaman ekarang anak2 menderhaka kpd ibubpk lebih brutal
Hemmm hari ni akak nak citer pasal sikap kita sebagai anak. Akak dulu2 masa belom kawin mmg jenis suka melawan ibubapak (mengaku tau).Sgt suka memberontak, tapi emak akak ialah ibu yg sgt lembut. Dia tidak pernah memukul anak2nya malah nak marah2 pon x pernah. Setengah org berkata jika ibu suka menjerit2, anak2 pasti mengikut perangai ibunya tapi berbeza ngan akak...mak akak sgt lemah lembut, tak pernah...ulang sekali lagi yer..TAK pernah jerit kpd anak2nya tetapi akak adalah ibu yg sgt suka menjerit pd anak2 tp bukan didepan suami akak....seganle suami akak jenis cool , bila suami akak tiada dirumah ler. Kalau akak menjerit panggil anak2 yg berada ditingkat atas pon ditegur suami...nanti satu taman dgr, inikan plk nak jerit kat anak2. Pengsan dia nanti.




Tajuk akhbar pon dah melambangkan betapa kurang ajarnya anak zaman skrg.

Akak dulu kalau melawan pon xdele sampai memukul ibupbk(giler ke apa?). Cuma melwan cakap atau memberi reaksi kurang senang atas teguran ibubpk tapi anak2 skrg, kalau ditegur, die menjerit kat kita mcm kita plk anak dia org...bygkan. Akak sebaik megandungkan anak pertama, akak mula faham perasaan seorang ibu dan sebaik aje melahirkan anak sulung....akak rasa akakle anak yg paling baik. Kalau boleh setiap masa nak menyukakan hati ibubpk.Keinsafan dtg sendiri ...mungkin kerana akak lebih matang sebaik melahirkan anak.
Tapi anak2 sekarang, kalau tidak puashati...ada yg memukul ibubpk. Dlm akhbar plk tajuk anak2 menghalau ibubpk atau memukul ibubpk tidak lagi menjadi satu kejutan pada pembaca kerana sudah selalu disogokkan dgn kebrutalan anak zaman skrg. Lagi satu akak perasan anak lelaki ni kalau dah berkahwin mereka akan lebih menjaga hati isteri dari hati ibubpk.Demi isteri atau demi cinta mereka sanggup ketepikan perasaan ibubpk atau sanggup buang ibubpk... tak kesah lagi perasaan ibubpk.


[filemgambar.jpg]
Kisah anak ketepikan ibubpk kerana isteri berlaku sejak dahulukala lagi. Contoh utama ialah cite siTanggang ni.

Akak nak share kisah benar ttg anak kwn bpk akak PakMat...akak namakan dia si K. K ni adalah anak tunggal lelaki dlm 5 adikberadik. K adalah anak kebanggan PakMat. Plk tu K sgt pandai dan telah  melanjutkan pelajaran keluar negara. Bila pulang ke Msia, K ingin mencari isteri maka si pakMat dan isteri mulalah  mencarikan calun menantu yg baik2 utk anak kesayangan mereka dan mereka telah memilih seorang gadis dari daerah akak jgk. Gadis ni nmpk sgt baik tapi sebaik melangsungkan perkahwinan...tiba2 si K membenci ibubpknya. PakMat dan isteri sgt sedeh..mereka pernah dihalau sebaik melangkah masuk kerumah si K. Isteri siK plk bukan main lagi menunjukkan taringnya. Tiada lsg hormat dia pd ibubpk mertuanya(nauzuillah). PakMat ni org berada dan mempunyai byk harta...pernah PakMat dan isteri menunjukkan geran pd siK utk siK menguruskan harta mereka bila mereka tiada kelak tp si K menengking mengatakan dia x heran dgn harta Pak Mat tu...PakMat dan isteri pernah menangis swaktu menceritakan kesedehan mereka pd ibubpk akak...kesiankan. Jika PakMat dan isterinya nak melwt cucu2 mereka...mereka akan pergi ke Tadika atau sekolah cucu2 mereka tadi. Kesiannnn kan.... Tapi percaya tak, sebaik PakMat meninggal dunia yakni dihari kematiannya si K dtg( tak masuk melwt jenazah PakMat) dan tanpa segan silu meminta geran yg pernah pakMat tunjukkan kpdnya.Ishhh...mmg tak malu sungguh. Anak mcm si K ni biarlah ditunjukkan di dunia ni jgk..kejam sgt2.Entah berapa kolah airmata ibubpknya tumpah kerana sikap buruk si K dan isteri kesygnnya. Semoga ada balasan utk mereka menyedari akan dosa didunia ini, dosa besar mereka terhdp kedua orgtuanya...masyaalllah.Akak dgr citer ni pon akak sakit hati. Betul2 anak tak mengenang budi. Bukan ibubpk mengharapkan wangringgitnya,,,,cukup sekadar menghormati mereka sbgai org tua .Biar anak2 mereka plk yg lakukan sbagai mana mereka layan PakMat dan isterinya, biar siK dan isterinya insaf tahap gaban.
So kita sebagai isteri sebaik2nya selalulah memainkan peranan utk mendekatkan ibubpk mertua dgn suami kita bkn memporakperandakan mereka. Dlm islam ibubpk mertua tarafnya sama dgn ibubpk sendiri. Bygan betapa tingginya taraf kedua mertua kita. Anak2 lelaki plk jgn asyik nak menjaga hati isteri je sampaikan hati ibubpk di abaikan. Dulu bukan main menyayangi ibubpk tapi sebaik berkawin..isteri adalah segala2nya. Walauapa pon kesalahan isteri, si anak lelaki yakni sisuami tadi akan membela penuh kasih syg sampaikan hati ibubpk sendiri terluka.Bayangkan...mereka harus sedar ibubpk hanya satu didunia ini, tiada galang gantinya tapi isteri...kalau hilang satu boleh tambah lagi tiga.....hahahahah. Betul tak kata2 akak ni? So kita sebagai anak kena selalu beringat utk menjaga atau mengutamakan hati ibubpk kita dahulu...baru disusuli hati isteri. Siapa tak sayang bini oooi tapi biarlah berpada2, jgn sampai menderhaka kpd okedua orgtua kerana terlalu sayangkan isteri....masyaallah. Akak selalu ingatkan anak2 lelaki akak ttg siTanggang ni. Akak cuma mampu berdoa supaya anak2 akak tidak menjadi spt si Tanggang dan  digolongan anak2 derhaka.  



Antara tajuk2 akhbar yang memaparkan sikapderhaka dan tamak anak2 . Berebut harta ni sejak zaman dulu lagiler.
Akak pon kagum ngan anak zaman skrg, ye ler pukul ibubpk mcm pukul anak2 mereka. Entah kenapaler anak2 zaman skrg jadi jahat sampai mcm ni sekali...makanankah? Emm...iman takde le tu sbb tu bila buat ibubpk tak fikir dah. Kita ni selagi ibubpk ada cubalah berbakti sebaik mungkin dan sehabis daya....jangan pentingkan diri kita atau pasangan kita. Sedikit sangat pengorbanan kita kalau nak dibandingkan dgn pengorbanan ibubpk kita. Mampukah kita membalas jasa mereka. Kalau boleh hindarile sikap yg akan menimbulkan kesedehan dihati mereka, Beringatlah wahai semua anak2 temasuklah diri akak dan suami akak. Ok sebelum akak undur diri akak nak masukkan sikit hadis ttg dosa anak derhaka ni....


Dari hadits di atas dapat diketahui bahwa dosa besar yang paling besar setelah syirik adalah uququl walidain (durhaka kepda kedua orang tua). Dalam riwayat lain Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda bahwa diantara dosa-dosa besar yaitu menyekutukan Allah, durhaka kepada kedua orang tua, membunuh diri, dan sumpah palsu [Riwayat Bukhari dalam Fathul Baari 11/555]. Kemudian diantara dosa-dosa besar yang paling besar adalah seorang melaknat kedua orang tuanya [Hadits Riwayat Imam Bukhari]

Ituje lah bebelan akan utk citer ni. kalau rajin layarile lagi blog akak yer...