Thursday 21 June 2012

Azrinaz Mazhar Hakim semakin cantik

Wajah yg telah memikat hati Sultan Brunei
 Fiksiana Freez
Sewaktu masih menjadi permaisuri ke dua Sultan Brunei
Sgt sepadan walau jarak perbezaan umur sgt jauh sbb Sultan Brunei mmg menten muda...
Akak mmg minat Azrinaz ni sejak mula2 dia membaca Berita di TV3. Wajahnya manis dan nampak polos selalu. Sebutannya takkala membaca berita amat jelas dan yakin. Namun akak x sangka ada Sultan yg terkaya di dunia jgk telah jatuh hati dgn  Azrinaz Mazhar Hakim ni walaupon Sultan Brunei boleh mendapat jauh yg lebih cantik dari Azrinaz tapi baginda telah memilih Azrinaz utk menjadi permaisurii keduanya.
Akak rasa antara Sultan didunia yg paling kuat pegangan agamanya ialah Sultan Bruneilah. Akak mmg minat tgk Sultan Brunei ni yg sememangnya kacak bergaya walau usia dah mencecah 60an dan lebih membuatkan akak kagum dgn Sultan Brunei ni kerana dia selalu membawa kedua2 permaisurinya pada setiap upacara atau keraian dimana2 sahaja tempat yg dihadiri baginda. Pemaisuri pertamanya  Pengiran Anak Saleha yg telah dikahwini baginda sejak 1967 sentiasa setia disisi baginda dgn senyuman yg tak lekang dibibr.
Anak sulung Sultan Brunei Putera Mahkota Al Muhtadee Billah jgk telah melangsungkan perkahwinan dan yg buat akak respek tu permaisuri Putera Mahkota iaitu YTM Pengiran Anak isteri Pengiran Anak Sarah sgt cantik bertudung. Mmg Sultan Brunei ni pandai mendidik anakanda baginda menjadi seorang muslimin yg baik sepadan dgn status negara Islamnya. Akak rasalah Putera Mahkota ni bukan jenis lelaki yg suka berpoya-poya walaupon anakanda Sultan terkaya di dunia mcm sesetengah anak2 Raja di negara2 lain. Roh islam yg ditiup dlm diri  anakanda Sultan Brunei ini sgt tinggi spt ayanda dan bonda baginda jgk...alhamdullillah...
Sultan yg sentiasa menunjukkan keadilan dgn membawa kedua2 permaisuri menemani baginda.

Sultan terkaya dan terkacak di dunia.

Putera Mahkota Brunei dan permaisurinya yg cantik dan ayu bertudung litup. Lebih manis permaisuri mendukung anaknya sendiri. Low profile sungguh....respek2

Perkahwinan antara Sultan Brunei dan Azrinaz Mazhar Hakim berlangsung dalam upacara tertutup yg dihadiri olrh rakan2 dan sedara terdekat sahaja. Azrinaz kemudian diberi gelaran YM Pengiran Azrinaz Mazhar hakim namun jodoh Azrinaz dan Sultan Brunei tidak panjang, setelah lima tahun berkahwin dan mempunyai 2 anak , beliau diceraikan dgn talak satu. Sebab2 prceraian cuma Sultan Brunei dan org yg tertentu sahaja yg tahu. Akak x nak le buat citer ttg sbb perceraian plk sbb ini bkn blog gossip, kalau tak betul buat naya aje akak dpt dosa fitnah. Ee...tak sangguple menanggung dosa2 fiitnah ni. Walau apapon pasti Al Sultan Brunei mempnyai sbb kukuh utk menceraikan permaisurinya kerana Sultan Brunei ni jiwa keislaman amat tinggi so tak mungkin dia mahu menganiaya permaisurinya. plk.
 Sebaik diceraikan Azrinaz pulang ke Malaysia dan agak lama menyepikan diri namun baru2 ini beliau muncul dalam rancangan On Air. Mmg mengejutkan tapi yg pasti Azrinaz makin cantik. Beliau jgk menjadi cover majalah NONA. Wajah nampak makin matang dan cantik.

Azrinaz didalam rancangan terbitan Astro On Air.

Gambar terbaru Azrinaz -sgt cantik menjadi cover majalah Nona.
 Maybe Azrinaz sudah bersedia untuk kembali ke arena pengacaraan setelah lama menyepikan diri. Semoga hidup beliau akan lebih sukses dan bahagia . Akak mmg nak tgk sgt beliau setelah lama tiada khabar berita.
Akak tulis citer pasal Si Azrinaz ni sbb akak terjumpa majlah NONA ni, cantik sgt dia sampai akak tak perasan yg cover majalah ni ialah Azrinaz. Lagipon blog akak ni bkn blog gossip hokay ...seram gossip2 ni...hehehe

No comments:

Post a Comment