Wednesday 13 June 2012

Seram Bangat...Bila Toyol Kepala Hitam Berskirt Pendek Menyerang

Selepas membaca blog Mazidul semalam ttg toyol terus akak teringat utk bercerita jgk tentang toyol ni. Kesah ni berlaku masa akak belajar kat ITM, Shah Alam dalam tahun 1980an. Kesah seram ni mmg sgt menakutkan (???) tambahan plk masa tu akak berada jauh dari ibubpk dan wang bulanan akak belajar adalah tanggungan penuh ibubpk akak...FAMA Sdn Bhd. So akak kena pandai membelanjakan wang yg diterima setiap bulan dgn berhemah walau pon akak ni mmg kalau bab berbelanja agak boros jgk.
Mercu tanda ITM shah Alam, Menara ITM
Akak tinggal di asrama Kenanga 3 berdekatan dgn asrama Kenanga 1. Kwn baik akak Nurul tinggal di asrama bersebelahan dg asrama akak. Kita org selalu ke kuliah bersama2 sbb kita org satu course. Turut sebilik dgn Nurul adalah anak seorang hakim, kakZ. Kita panggil dia KakZ kerna dia lebih tua dari kita org dh telah pon berkahwin serta mempunyai anak. KakZ ni mmg sgt bergaya dan mempunyai koleksi pakaian yg sgt cantik dan dia  jgk tidak kedekut kerna selalu menghadiahkan Nurul dan kwn2 Nurul dgn pakaian2 cantik kepunyaannya. Dia suka berskirt paras lutut dan bersetokin hitam panjang. Mmg kelasle pakaian dia kalau dibanding ngan kita or2 ni mcm langit dgn bumiler...
Kesah seram bermula bila kwn2  didalam dorm Nurul kehilangan duit yg mereka dpt dari ibubpk mereka. Keadaan mmg jadi sgt kecoh masa tu. Akak masih ingat lagi...kiranya semua tertanya2 mcmmana duit dia org boleh hilang padahal dia org simpan di tempat tersorok.  So dalam kekecohan tu adalah satu teori ttg kehilangan wang itu iaitu wang mereka telah dicuri oleh toyol. KakZ kata satu malam dia nmpk toyol berkeliaran sdg mencari duit agaknya. Akak yg mendengar mula takut dan risau. Bila akak balik bercerita ttg kehilangan wang yg berlaku di asrama sebelah..kwn2 akak pon mula ketakutan tapi yg pelik wang akak dan kwn2 dorm akak tak pernah hilang pon. Pelik??? So kita org (akak dan kwn2 dorm)mengagak yg toyol tu dibela oleh budak yg tinggal satu dorm dgn Nurul menyebabkan toyol cuma mencuri wang dikalangan budak dorm Nurul.



 Mengerikan....TOYOl...yg kononnya menyerang dorm asrama Nurul
Kwn2 Nurul sudah habis ikhtiar kerana walau pon dia org sorokkan duit dia org dalam surah yassin tapi duit itu ttp hilang...mmg pelik bin ajaib. Nurul pon selalu menangis kerana duitnya selalu hilang dan Nurul bukanlah org berada spt kwn2 Nurul yg lain yg turut kehilangan wang. Oleh kerana mereka asyik kehilangan wang walau mcm2 dilakukan termasuklah simpan duit dlm quran..itu  pon hilang jgk. Woishh berani sungguh ini toyol....kwn2 dorm Nurul mula buntu. Tapi mungkin Allah nak tunjuk kebenarannya, suatu hari KakZ ditangkap di Kotaraya kerana mencuri pakaian. Rupa2nya baju2 dan skit yg dihadiahkan kpd Nurul dan kwn2 adalah hasil curian KakZ di pasarraya2 besar yg dikunjunginya. KakZ biasanya mencuri dgn cara memakai baju dan skirt yg dicubanya sampai berlapis2. Mmg pro habis dia ni bab mencuri. Bila kwn2 dorm Nurul dpt tahu terus dia org pegi jumpa suami KakZ...rupa2nya kata suami KakZ...KakZ ni walau dah kayaraya, mmg habit yg dia tak boleh buang ialah mencuri walau dia mampu dan kata suami KakZ dgn selamber..duit korang yg hilang yg dikatakan Toyol yg ambil tu sebenarnya Kakz lah  .Terkejut badak jgkle Nurul dan kwn2nya kerana sikap pemurah KakZ lansung x melambangkan sikap buruknya. Suami KakZ pon x dpt menghalang lagi hobi mencuri KakZ.  Dia mintak maaf dan berjanji mahu menganti wang Nurul dan kwn2 yg hilang.KakZ plk terus berhenti dari ITM dan bekerja di Co suaminya.
Masyaallah...mengucap panjang SiNurul dan kwn2 dormnya...sbblah  wang mereka hilang jgk walau pon disorokkan dalam  quran dan surah yassin sbb semasa disorokkan si KakZ pon turut ada . Hahahah,,rupa2nya toyol kepala hitam  dan berskirt yg mencuri duit dia org selama ni. Bila tahu citer sebenar..lega kita org dlm asrama sebelah. OOO sbblah toyol tu mencuri kat dorm Nurul jer, dia takde kunci nak masuk dorm kita org  sbb toyol ni xleh menyelinap, dia jalan mcm manusia jgk...hehehehe Toyol jadian yg diwar2kan oleh si Toyol sebenar..pandai sungguh KakZ mereka2 citer . Sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh terjelepuk kat tanah jgk. Citer ni walau dah berpuluh tahun berlalu tapi masih segar di ingatan akak sbb sipencurinya kayaraya tapi tergamak plk mencuri wang org2 susah dan habit pelik seorg anak org kaya  yg kononnya  takboleh  lagi di sekat  oleh family. Haiii bpk Tn Hakim plk tu....kalau hakim syarie kita suruh je dia potong tangan anak dia tu agar habit buruk tu tak berterusan.Ni tau kata anak/isteri suka mencuri tapi x buat apa2 tindakan, sepatutnya KakZ dihantar kaunseling atau jumpa pakar mental supaya dia boleh berubah menjadi manusia yg lebih berakhlak sesuai dgn statusnya sbg ibu, isteri serta anak srg hakim yg dihormati.... kesian dgn manusia mcm ni. Hai...mcm2 peel manusia kat mukabumi Allah ni....kita berdoalah semoga keluarga kita terselamat dari Toyol2 kepala hitam ni yg mmg byk dikalangan masyarakat kita......hehehehe

No comments:

Post a Comment