Tuesday 28 June 2011

Kisah Di Taman Sri Kemuning

Masa kecik2 dulu akak tinggal kat Taman Sri Kemuning. Umur bape tak tau le tapi sedar2 dah ada kat Taman tu. Masa tu kita org panggil Taman tu umah murah.
Jiran2 sgt baik sekali. jiran yg akak ingat sampai sekarang ialah arwah makdah, arwah mak ah, arwah mak Minah dan Mak Tompah. Anak maktompah ni kwn baik akak, nama Syed Zahir atau Ed( dah arwah)..selain dia kita kwn dgn Niza, Ku man, Mat Sofi, Shamshida dan Sofiah. Ni kira member kamceng le ni. Masa kat sini kita main mcm2. Tadika pon dekat umah je, Tadika Kemas (masa ni Tadika kemas dah kira glemer abis le)
Masa kat Tadika kita masuk Ratu cantik(walaupon x cantik) dan pakaian beragam. Akak jadi nenek tua, Ed jadi petani dan pemenang, Niza jadi gadis bali. Niza ni mmg cantik orgnyer.
Namun kenangan yg tak dpt akak lupakan adalah masa akak pergi panggil adik akak Sham kat umah PakTaib. Adik akak Hisham ni suka bebeno pegi umah PakTaib tu utk bermain ngan ank2 pompuan Pak Taib. Hari tu hari cuti so bapak akak nak ajak kita semua ikut dia ke rumah kwn dia kat Alor Setar .
 Akak ditugaskan utk panggil Hisham balik. Dengan gembiranya akak pon pegi umah Pak Taib tu, panggil Sham balik tapi Sham ni degil taknak balik( mcm dak kena mandrem le plk).Pagar berkunci so dgn berani akak pon panjatle pagar bata kat rumah PakTaib tu. Pranggggg...bedebub...akak jatuh dlm longkang pastu  lebih tragis lagi ditimpa batu-bata pagar tu.Rupanya pagar tu tak disimen cuma disusun bata. Melolong sakan akak dlm longkang tu tapi srg pon x menolong!! Akhirnya akak mengheret kaki yg sakit tu balik kerumah. Bapak plk berleter kat akak yg berhati mulia ni(cewah puji diri sikit).Sham pon sampai x lama kemudian. Kia pon pegi le Alor Setar. Dalam perjalanan kaki akak membengkak...terperanjat cimpanzi satu keta tgk kaki akak. Terus bapak bwk ke hospital...alahai kaki ku retak. Parutnya kekal sampai sekarang walau dah berpuluh2 tahun. Sebab tu le tak boleh lupa, tengok parut kat kaki ternampk bata2 tak disimen. 
. Semasa darjah 5, kami berpindah ke rumah yg bapa beli berdekatan sekolah.Apa2 pon kisah2 di Taman Sri kemuning tetap kekal manis dalam kotak ingatan akak.

Wednesday 15 June 2011

Jari mula gatal nak menaip

Mukadimmah cerita..

Akak ni mmg sgt suka menulis. Bygkan kalau kat status fb tu dah boleh jadi note untuk share dgn rakan2 fb. Selain tu kalau akak komen dah jadi mcm karangan pon yer...hehehehe. Oleh kerna minat akak yg sgt mendlm dlm bidang penulisan ni, adik akak si Nita n anak akak SiFiffy suggest akak buat satu blog yg menceritakan kisah akak, family akak, ibubapa, kakak2, adik2, sedara mara dan kwn2 sekeliling.
Alahai seronoknyer akak kalau dapat share dgn korang semua ttg kehidupan akak ni....atau berkongsi idea resepi yg akak tahu. Sharing is caringkan. Mak aii nak kongsi ngan rkn2 semua resepi walau akak ni bkn pandai sgt masak kira so so aje ler. Boleh makanler...kalau x sdap pon consider sedaple sebab ada anak akak yg agak gempal bdnnya. kalau x sedap tentu ank akak kurus kering mcm ank2 somalia semuanya. Hihihi