Tuesday 26 June 2012

Permaisuri Putera Mahkota tercantik di Dunia- Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah

Kali ni akak nak citer pasal Permaisuri Putera Mahkota yg akak rasa paling cantik di dunia. Selalu tu kalau media di dunia ni akan melabelkan yg  paling cantik2 tu mesti dari keturunan org2 Inggeris(org putih)  atau orang Latin tapi sebenarnya wanita dari negara2 Timur Tengah dan wanita2 berbangsa Melayu pon ramai yg cantik2 belaka malah lebih cantik dari wanita2 yg dilabelkan sebagai wanita tercantik didunia, wanita terseksi didunia dan mcm2 lagilah yg terbaik tentang wanita pasti bangsa merekalah yg terpilih. Kalau tersenarai pon adalah dari Negara China(Zhang Yu Qhi) atau India (Aisywara Rai), itu pon dah nombor 5 dan keatas. Kalau nombor satu sah2le org putih atau Latin contohnya wanita paling seksi di dunia ialah Jennifer Lopez padahal wanita2 negara2 lain pon seksi2 jgk cuma tak menyerlah mcm JLO tu.

Wanita paling seksi di Dunia...ye ker???
Rasanya lebih tenang melihat gambar2  PAIPAS dan gambar Permaisuri Tengku Mahkota Pahang, Tunku Hajjah Azizah  yg akak share kat bawah ni. Keseksian, kecantikan terserlah tanpa perlu mendedahkan tubuh  atau memakai solekan yg tebal2. Akak bangga melihat kecantikan wajah permaisuri2 ini yg sgt santun tetapi terserlah keayuan...alhamdullillah....




PAIPAS40 (Gambar) Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah (PAIPAS)
Contoh bonda penyayang, tidak kekok mengendong anak walau dimana sahaja






PAIPAS13 (Gambar) Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah (PAIPAS)
Ayu bertudung, PAIPAS sgt cantik disamping Putera Mahkota

Kali ni akak plk yg kasi rate utk Permaisuri Putera Mahkota tercantik di dunia yg  sudah tentu jatuh kepada Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Saras (PAIPAS) dan Tunku Puan Muda Pahang ,Tunku Hajjah Azizah Aminah  Maimunah Iskandariah. Permaisuri Putera Mahkota Pahang ni sangat cantik, kalah Kate Middleton tu..hehehhe.(kalau Carmilia Parker Bowles lagi x masuk senarai...hahaha) PAIPAS,Tunku Hajjah Azizah Aminah  Maimunah Iskandariah. Permaisuri Putera Mahkota Pahang  ni cantik luaran dan cantik dalaman. Bayangkan seorang bakal Permaisuri Brunei selalu mengendong anaknya sendiri dan lebih selesa berbaju kurung dan bertudung litup manakala Tunku Hajjah Azizah Aminah  Maimunah Iskandariah. Permaisuri Putera Mahkota Pahang ni pulak tidak pernah kekok memasak dan bergaul dgn rakyat jelata. 
      Sewaktu PAIPAS berkahwin dgn Putera Mahkota usianya baru menjejak 17 tahun (manis 17) namun pabila akak melihat gambar PAIPAS..akak mmg kagum, cantik sungguh wanita muda ini...pasti dia akan menyerlah bila usia makin matang nanti. Namun sebaik baginda memakai hijab makin terserlah keayuannya.
Wajah jelita Tunku Puan Muda Pahang
Permaisuri bersama Putera Mahkota Pahang dan anakanda baginda.
Permaisuri yg tidak kekok memasak untuk rakyat jelata
       

  Di Malaysia permaisuri Putera mahkota yg cantik bertudung malah sangat2 merendah diri...pendekkata cantik luaran dan dalaman ialah  Tengku Puan Pahang,Tunku Hajjah Azizah Aminah  Maimunah Iskandariah. Permaisuri Putera Mahkota Pahang ni sangat pandai memasak dan selalu melibatkan diri dalam kerja2 kebajikan malah baginda pon sgt dekat dihati rakyat seperti suaminya jgk, Putera Mahkota Pahang Tengku Abdullah  Ibni Sultan Haji\ Ahmad Shah.
  
     Ok berbalik pada tajuk asal akak ttg kecantikan PAIPAS ini, akak rasa ramai rakyat Malaysia ingin tahu latar belakang baginda .Mari akak citer sikit ttg latar belakang PAIPASdan latar belakang permaisuri jelita Tunku Hajjah Maimunah n yg akak ambil dari Wikipedia.

    Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah yg dilahirkan di Hospital Pengiran Anak Saleha , Bandar Seri Begawan pada 9hb April 1987. Diberi nama Dayangku Sarah dan merupakan anak ketiga dan anak tunggal perempuan kpd  Pengiran Salleh Abdul Rahaman Pengiran Damit dan isterinya Rinawati Abdullah yg berasal dari Switzerland. Pengiran Anak Saleha bersekolah di St Andrew School dari 1993-1998. Dan kemudian melanjutkan pelajaran di Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan dan menamatkan O level pada tahun 2003. Pada 9hb Mac 2004, sewaktu masih belajar di Maktab ini, baginda berkahwin dgn Putera Mahkota Al Muhtadee Billah di istana Nurul Iman dan dalam upacara gilang gemilang yg di panggil Wedding of The Year atas ke" glemeran" majlis perkahwinan itu. Kemudian pasangan ini dikurniakan 2 cahayamata .

Yang Amat Mulia Tunku Azizah (dilahirkan pada 5 Ogos 1960 (55 tahun)) di Istana Stulang,Johor Bahru dan merupakan puteri kedua kepada pasangan Sultan Iskandar ibni Sultan Ismail bersama isterinya, Che' Puan Kalsom binti Abdullah. Tunku Azizah yang berdarah kacukan Melayu-Inggeris ini mempunyai empat orang adik beradik. kakanda lelakinya kini merupakan Sultan Johor iaitu Sultan Ibrahim Ismail Ibni Sultan Mahmud Iskandar.

Renungan Tajam permaisuri jelita dari Pahang.


Tunku Azizah memulakan pendidikan awal beliau di Sekolah Taman Kanak-kanak Tunku Ampuan Mariam, Johor Bahru. Baginda kemudian meneruskan pendidikan beliau di Sekolah Rendah Perempuan Sultan Ibrahim dan mendapatkan pendidikan menengah beliau di Sekolah Tun Fatimah, kedua-duanya di Johor Bahru. Baginda berkahwin dgn Putera Mahkota Pahang pada tahun 1986 dan dikurniakan 3 putera dan 2 puteri termasuk sepasang kembar lelaki dan perempuan.Tunku Azizah juga terkenal dengan minatnya yang mendalam terhadap bidang masakan dan pernah mengeluarkan buku resipinya sendiri, Air Tangan Tengku Puan Pahang & Masakan Tradisional Pahang. Baginda juga tidak kekok memasak untuk mangsa-mangsa banjir di Pahang .Sesungguhnya baginda adalah permaisuri yg sgt mulia hatinya.Tersentuh hati akak melihat kemuliaan hati permaisuri cantik ini. 
Berbalik pada PAIPAS..selain cantik, PAIPAS jugak merupakan permaisuri yg bijak kerana baginda mempunyai kelulusan ijazah kelas pertama dari Universiti Brunei Darulsalam dalam Bachelor of Arts and Public Policy and Administration. Jugak merupakan top scorer dalam team netball di Universiti. Wah...mmg hebat PAIPAS ni. Semoga ada ramai lagi wanita2 berkedudukan akan menjejaki sikap low profile dan anggun bertudung Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah dan Tunku Hajjah Azizah Aminah  Maimunah Iskandariah....tahniah utk warga Brunei dan tahniah jgk utk warga Malaysia yg mempunyai permaisuri  spt Tunku Hajjah Azizah ni yg mesra rakyat dan selalu melakukan kebajikan utk rakyat jelata.
 Itu aje celoteh akak kali ni...kisah ttg dua wanita hebat yg sgt akak minati selain artis cantik Neelofa yg mmg mejadi kekaguman akak tu(bkn kerna kontroversi tapi kerna kecantikan wajah anugerah Allah utknya)...heheheh. Kat bwh ni ada lagi gambar2 permaisuri Putera Mahkota yg akak beri gelaran paling cantik di dunia.....layannnn



Sedang kusyuk memberi ucapan
Putera mahkota disamping Pengiran Anak isteri Pengiran Sarah bersama Presiden Amerika Syarikat dan isteri.
Sooo sweet


Simplenyer. Suka tgk foto ni
















Thursday 21 June 2012

Azrinaz Mazhar Hakim semakin cantik

Wajah yg telah memikat hati Sultan Brunei
 Fiksiana Freez
Sewaktu masih menjadi permaisuri ke dua Sultan Brunei
Sgt sepadan walau jarak perbezaan umur sgt jauh sbb Sultan Brunei mmg menten muda...
Akak mmg minat Azrinaz ni sejak mula2 dia membaca Berita di TV3. Wajahnya manis dan nampak polos selalu. Sebutannya takkala membaca berita amat jelas dan yakin. Namun akak x sangka ada Sultan yg terkaya di dunia jgk telah jatuh hati dgn  Azrinaz Mazhar Hakim ni walaupon Sultan Brunei boleh mendapat jauh yg lebih cantik dari Azrinaz tapi baginda telah memilih Azrinaz utk menjadi permaisurii keduanya.
Akak rasa antara Sultan didunia yg paling kuat pegangan agamanya ialah Sultan Bruneilah. Akak mmg minat tgk Sultan Brunei ni yg sememangnya kacak bergaya walau usia dah mencecah 60an dan lebih membuatkan akak kagum dgn Sultan Brunei ni kerana dia selalu membawa kedua2 permaisurinya pada setiap upacara atau keraian dimana2 sahaja tempat yg dihadiri baginda. Pemaisuri pertamanya  Pengiran Anak Saleha yg telah dikahwini baginda sejak 1967 sentiasa setia disisi baginda dgn senyuman yg tak lekang dibibr.
Anak sulung Sultan Brunei Putera Mahkota Al Muhtadee Billah jgk telah melangsungkan perkahwinan dan yg buat akak respek tu permaisuri Putera Mahkota iaitu YTM Pengiran Anak isteri Pengiran Anak Sarah sgt cantik bertudung. Mmg Sultan Brunei ni pandai mendidik anakanda baginda menjadi seorang muslimin yg baik sepadan dgn status negara Islamnya. Akak rasalah Putera Mahkota ni bukan jenis lelaki yg suka berpoya-poya walaupon anakanda Sultan terkaya di dunia mcm sesetengah anak2 Raja di negara2 lain. Roh islam yg ditiup dlm diri  anakanda Sultan Brunei ini sgt tinggi spt ayanda dan bonda baginda jgk...alhamdullillah...
Sultan yg sentiasa menunjukkan keadilan dgn membawa kedua2 permaisuri menemani baginda.

Sultan terkaya dan terkacak di dunia.

Putera Mahkota Brunei dan permaisurinya yg cantik dan ayu bertudung litup. Lebih manis permaisuri mendukung anaknya sendiri. Low profile sungguh....respek2

Perkahwinan antara Sultan Brunei dan Azrinaz Mazhar Hakim berlangsung dalam upacara tertutup yg dihadiri olrh rakan2 dan sedara terdekat sahaja. Azrinaz kemudian diberi gelaran YM Pengiran Azrinaz Mazhar hakim namun jodoh Azrinaz dan Sultan Brunei tidak panjang, setelah lima tahun berkahwin dan mempunyai 2 anak , beliau diceraikan dgn talak satu. Sebab2 prceraian cuma Sultan Brunei dan org yg tertentu sahaja yg tahu. Akak x nak le buat citer ttg sbb perceraian plk sbb ini bkn blog gossip, kalau tak betul buat naya aje akak dpt dosa fitnah. Ee...tak sangguple menanggung dosa2 fiitnah ni. Walau apapon pasti Al Sultan Brunei mempnyai sbb kukuh utk menceraikan permaisurinya kerana Sultan Brunei ni jiwa keislaman amat tinggi so tak mungkin dia mahu menganiaya permaisurinya. plk.
 Sebaik diceraikan Azrinaz pulang ke Malaysia dan agak lama menyepikan diri namun baru2 ini beliau muncul dalam rancangan On Air. Mmg mengejutkan tapi yg pasti Azrinaz makin cantik. Beliau jgk menjadi cover majalah NONA. Wajah nampak makin matang dan cantik.

Azrinaz didalam rancangan terbitan Astro On Air.

Gambar terbaru Azrinaz -sgt cantik menjadi cover majalah Nona.
 Maybe Azrinaz sudah bersedia untuk kembali ke arena pengacaraan setelah lama menyepikan diri. Semoga hidup beliau akan lebih sukses dan bahagia . Akak mmg nak tgk sgt beliau setelah lama tiada khabar berita.
Akak tulis citer pasal Si Azrinaz ni sbb akak terjumpa majlah NONA ni, cantik sgt dia sampai akak tak perasan yg cover majalah ni ialah Azrinaz. Lagipon blog akak ni bkn blog gossip hokay ...seram gossip2 ni...hehehe

Wednesday 13 June 2012

Seram Bangat...Bila Toyol Kepala Hitam Berskirt Pendek Menyerang

Selepas membaca blog Mazidul semalam ttg toyol terus akak teringat utk bercerita jgk tentang toyol ni. Kesah ni berlaku masa akak belajar kat ITM, Shah Alam dalam tahun 1980an. Kesah seram ni mmg sgt menakutkan (???) tambahan plk masa tu akak berada jauh dari ibubpk dan wang bulanan akak belajar adalah tanggungan penuh ibubpk akak...FAMA Sdn Bhd. So akak kena pandai membelanjakan wang yg diterima setiap bulan dgn berhemah walau pon akak ni mmg kalau bab berbelanja agak boros jgk.
Mercu tanda ITM shah Alam, Menara ITM
Akak tinggal di asrama Kenanga 3 berdekatan dgn asrama Kenanga 1. Kwn baik akak Nurul tinggal di asrama bersebelahan dg asrama akak. Kita org selalu ke kuliah bersama2 sbb kita org satu course. Turut sebilik dgn Nurul adalah anak seorang hakim, kakZ. Kita panggil dia KakZ kerna dia lebih tua dari kita org dh telah pon berkahwin serta mempunyai anak. KakZ ni mmg sgt bergaya dan mempunyai koleksi pakaian yg sgt cantik dan dia  jgk tidak kedekut kerna selalu menghadiahkan Nurul dan kwn2 Nurul dgn pakaian2 cantik kepunyaannya. Dia suka berskirt paras lutut dan bersetokin hitam panjang. Mmg kelasle pakaian dia kalau dibanding ngan kita or2 ni mcm langit dgn bumiler...
Kesah seram bermula bila kwn2  didalam dorm Nurul kehilangan duit yg mereka dpt dari ibubpk mereka. Keadaan mmg jadi sgt kecoh masa tu. Akak masih ingat lagi...kiranya semua tertanya2 mcmmana duit dia org boleh hilang padahal dia org simpan di tempat tersorok.  So dalam kekecohan tu adalah satu teori ttg kehilangan wang itu iaitu wang mereka telah dicuri oleh toyol. KakZ kata satu malam dia nmpk toyol berkeliaran sdg mencari duit agaknya. Akak yg mendengar mula takut dan risau. Bila akak balik bercerita ttg kehilangan wang yg berlaku di asrama sebelah..kwn2 akak pon mula ketakutan tapi yg pelik wang akak dan kwn2 dorm akak tak pernah hilang pon. Pelik??? So kita org (akak dan kwn2 dorm)mengagak yg toyol tu dibela oleh budak yg tinggal satu dorm dgn Nurul menyebabkan toyol cuma mencuri wang dikalangan budak dorm Nurul.



 Mengerikan....TOYOl...yg kononnya menyerang dorm asrama Nurul
Kwn2 Nurul sudah habis ikhtiar kerana walau pon dia org sorokkan duit dia org dalam surah yassin tapi duit itu ttp hilang...mmg pelik bin ajaib. Nurul pon selalu menangis kerana duitnya selalu hilang dan Nurul bukanlah org berada spt kwn2 Nurul yg lain yg turut kehilangan wang. Oleh kerana mereka asyik kehilangan wang walau mcm2 dilakukan termasuklah simpan duit dlm quran..itu  pon hilang jgk. Woishh berani sungguh ini toyol....kwn2 dorm Nurul mula buntu. Tapi mungkin Allah nak tunjuk kebenarannya, suatu hari KakZ ditangkap di Kotaraya kerana mencuri pakaian. Rupa2nya baju2 dan skit yg dihadiahkan kpd Nurul dan kwn2 adalah hasil curian KakZ di pasarraya2 besar yg dikunjunginya. KakZ biasanya mencuri dgn cara memakai baju dan skirt yg dicubanya sampai berlapis2. Mmg pro habis dia ni bab mencuri. Bila kwn2 dorm Nurul dpt tahu terus dia org pegi jumpa suami KakZ...rupa2nya kata suami KakZ...KakZ ni walau dah kayaraya, mmg habit yg dia tak boleh buang ialah mencuri walau dia mampu dan kata suami KakZ dgn selamber..duit korang yg hilang yg dikatakan Toyol yg ambil tu sebenarnya Kakz lah  .Terkejut badak jgkle Nurul dan kwn2nya kerana sikap pemurah KakZ lansung x melambangkan sikap buruknya. Suami KakZ pon x dpt menghalang lagi hobi mencuri KakZ.  Dia mintak maaf dan berjanji mahu menganti wang Nurul dan kwn2 yg hilang.KakZ plk terus berhenti dari ITM dan bekerja di Co suaminya.
Masyaallah...mengucap panjang SiNurul dan kwn2 dormnya...sbblah  wang mereka hilang jgk walau pon disorokkan dalam  quran dan surah yassin sbb semasa disorokkan si KakZ pon turut ada . Hahahah,,rupa2nya toyol kepala hitam  dan berskirt yg mencuri duit dia org selama ni. Bila tahu citer sebenar..lega kita org dlm asrama sebelah. OOO sbblah toyol tu mencuri kat dorm Nurul jer, dia takde kunci nak masuk dorm kita org  sbb toyol ni xleh menyelinap, dia jalan mcm manusia jgk...hehehehe Toyol jadian yg diwar2kan oleh si Toyol sebenar..pandai sungguh KakZ mereka2 citer . Sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh terjelepuk kat tanah jgk. Citer ni walau dah berpuluh tahun berlalu tapi masih segar di ingatan akak sbb sipencurinya kayaraya tapi tergamak plk mencuri wang org2 susah dan habit pelik seorg anak org kaya  yg kononnya  takboleh  lagi di sekat  oleh family. Haiii bpk Tn Hakim plk tu....kalau hakim syarie kita suruh je dia potong tangan anak dia tu agar habit buruk tu tak berterusan.Ni tau kata anak/isteri suka mencuri tapi x buat apa2 tindakan, sepatutnya KakZ dihantar kaunseling atau jumpa pakar mental supaya dia boleh berubah menjadi manusia yg lebih berakhlak sesuai dgn statusnya sbg ibu, isteri serta anak srg hakim yg dihormati.... kesian dgn manusia mcm ni. Hai...mcm2 peel manusia kat mukabumi Allah ni....kita berdoalah semoga keluarga kita terselamat dari Toyol2 kepala hitam ni yg mmg byk dikalangan masyarakat kita......hehehehe

Friday 8 June 2012

Hidup di Kelilingi Hutang

Rasanya dah lama akak tak membebel kat blog akak. Bukan membebel kosong tapi  kali ni akak nak beri nasihat ikhlas pada para pembaca dan peringatan utk diri akak sendiri jgk. Dalam kehidupan sekrang yg mana kos sara hidup makin tinggi, kita  harus pandai mengurus kewangan kita ni.
Kesilapan dalam menguruskan ekonomi keluarga akan menyebabkan kepincangan dalam instituisi kekeluargaan kerana apabila satu2 keluarga itu mempunyai masalah kewangan maka anak2 pasti turut merasa tempiasnya almaklumlah setiap hujung bulan je makbpk tension memikirkan mana nak korek duit utk melunas hutang so bila tension melanda mulalah nak mengamuk kat anak2 yg cuma tahu meminta tu......hehehe
Zaman sekarang ni akak rasa gaji para pekerja kerajaan dan swasta agak lumayan maka ramailah para peniaga mengambil kesempatan utk menaikkan harga barangan. Maka jika harga barangan makin tinggi, ramailah para pengguna mengeluh kesah tanpa mahu melakukan sesuatu utk kelansungan hidup yg berkualiti.

Jumlah kenderaan yg meningkat menyebabkan kesesakan yg  bagai tiada penghujungnya!
 Mungkin para pembaca pon turut terperasan akan peningkatan mendadak penjualan kereta setiap tahun. Menurut Pengarah JPJ, sehingga 31 Disember lalu, sebanyak 9,441, 907 motosikal serta 9,114, 920 kenderaan persendirian di seluruh negara berdaftar dengan JPJ dan jumlah keseluruhan hingga tarikh sama adalah 20,188,565 kenderaan yang berdaftar dengan JPJ seluruh negara.
Kereta mewah yg menjadi idaman ramai
Ramai diklgn kita, jika ada sedikit lebihan wang... mulalah berkira2 mahu menukar kereta atau dgn kata lebih mudah menambah hutang dgn membeli kereta baru. Tidak salah membeli kenderaan tapi biarlah berpada2. Contahnya jika gaji bulanan cuma RM5000, kemudian beli plk kereta mewah yg bayaran bulanan mencecah RM1500....akak rasa itu tindakan kurang bijak malah menjerat diri hingga bertahun2 utk menanggung beban hutang. Jika membeli kereta, setiap tahun harga menjadi semakin rendah tapi jika membeli sebuah rumah atau hartanah, harga akan meningkat setiap tahun. Bayangkan pelaburan kita harus bijak. Jgn ingin menunjuk2 membuatkan kita tak kisah menanggung beban hutang. Kata2 biar papa asal bergaya tak perlu kita praktikkan kerana akan memakan diri sendiri. Biarlah bersederhana dalam hidup tapi tidak mengalami masalah ekonomi dlm kehidupan seharian. Yelah..cuba bayangkan, cukup bulan selepas melunaskan segala hutang piutang, baki ditangan cuma RM1000 dan baki itulah ntuk menyara isteri dan 3 org anak (contoh)Dgn kos sara hidup yg tinggi dibandar...apalah yg dpt dibelanjakan dgn wang sebanyak itu, so pembaca2 sekelian...berfikir panjanglah dahulu sebelom mahu memulakan hutang baru. Bukan tidak boleh membeli kenderaan utk keselesaan tapi berpada2lah, ini tgk ada je model baru...mulalah berkira2 utk menukar kereta lama yg masih elok .Alahai...payah tu....


Salah satu cara pelaburan yang sgt menguntungkan
Selain berhutang kenderaan, ramai antara kita tanpa sedar menggunakan kad kredit yg sememangnya menjerat kita tanpa sedar. Akak bercerita ni dari pengalaman akak sendiri. Suami akak beri akak 2 kad kredit..Bila shopping, mmg akak suka menggunakan kad kredit kerana wang yg dibelanja tak nampak dimata so xde rasa membazir sangat, anak akak pon  sama. Kita dua org ni kalau bab shopping mmg seronok abis...yeler...swipe jer cukup bulan cik abg bayar sbb suami akak ni kalau akak belanja  guna kad kredit, cukup bulan dia akan bayar penuh tanpa byk soal dan bayar habis tanpa baki kerana dia tidak suka akan interest yg dikenakan.Bertahun2 akak menjadi hamba kad kredit tanpa teguran dari suami akak  tapi kesedaran  mula timbul bila akak rajin ke majlis ilmu dimana ustaz2 selalu menekankan antara sikap yg paling disukai syaitan ialah pembaziran ....so sekarang akak lebih suka membawa wang tunai supaya dapat menghadkan pembaziran waktu shopping tetapi  debit kad  dibwk, kad kredit pon tetap dibawak jugak...hehehehe cuma sgt kurang menggunakannya. Cuma apa yg akak nak tekankan disini... jika menggunakan kad kredit, hadkan  penggunaan setiap bulan supaya kita dpt atau mampu membayar penuh tanpa baki kerana baki yg dikenakan interest tu akan menjadi semakin tinggi setiap bulan. Bukan tidak boleh menggunakan kad kredit tapi penggunaan biarlah berhemah dan kita mampu melunaskan tanpa gagal pd pihak bank setiap bulan.

kad kredit yg menjerat diri tanpa disedari so berhati2lah dalam menggunakanya
Nasihat akak ni sebab akak melihat sikap kita yg suka bermewah2 tapi hidup dilingkari hutang setiap bulan maka pesan akak pada semua,, janganlah suka menambah hutang ...kalau CikBedah dtg jual pinggan mangkuk kat kita dan memujuk kita membeli dgn 10 kali bayaran...jgn mulakan nanti hati pon tak senang, ingatlah hidup berhutang ni jiwa tak tenang.Tiap2 bulan asyik fikir nak bayar hutang jer...heheheh
Akak ada baca dlm pancaindera baru2 ni srg kakak itu membebel pada pembaca ttg pengurusan wang yg katanya mereka yang tak tahu mengurus kluarga, sering mengeluh tak berduit wlau gaji naik setiap tahun dan sering salahkan kjaan kononnya kerana tidak kawal harga barangan hingga terpaksa berbelanja lebih padahal mereka tidak tahu menguruskan wang gaji yg diterima setiap bulan menyebabkan kesempitan duit setiap hujung bulan so conclusionnya, jgn salahkan kjaan, salahkan diri sendiri kerana tidak pandai mengurus wang dgn betul.
Kita sebagai ibubpk harus mengenepikan sedikit wang gaji setiap bulan utk disimpan pd setiap anak2 utk masa depan mereka, simpanlah di SSPN ke, tabung hajike , ambil insuran pelajaran ke, atau paling cikai simpanlah kat tabung ayam utk setiap anak,  Namun yg paling PENTING anak2 ada simpanan utk pelajaran dan masa depan mereka kerana kita pon tidak tahu kos pendidikan mereka di masa depan. Sgt sedeh jika mereka sudah ke menara gading tapi sesen pon tiada simpanan pendidikan  dari kita sebagai ibubpk prihatin utk mereka. Mereka memerlukan kos yg tinggi utk membiayai pelajaran di IPTA atau IPTS.Jgn asyik mahu mengharapkan PTPTN plk,cuba fikirkan utk membiayai anak2 kita sendirian berhad tanpa berhutang dgn mana2 pihak.    Maka demi utk merealisasikan cita2 kita mari kita bertekad dari skrg utk menyimpan sedikit utk anak2...kalau x mampu....  minimun RM10 sebulan sudah mencukupi utk setiap anak....namun kalau lebih byk lagi baik...hehehehe.
Akhirkata belajarlah menabung dari skrg, jgn tambah hutang melainkan kita mampu utk melunaskan tanpa menjejaskan kualiti hidup sekeluarga....menabung utk masa depan kluarga jgk. Berbelanja ikut kemampuan....ukur baju dibadan sendiri. Bacalah bebelan akak ni dgn hati terbukak. bukan nak mengajar tapi utk sama2 mengingati,  agar hidup lebih berkualiti, hutang jgn dibwk sampai ke mati nanti bila diakhirat nanti nak masuk syurga tapi tak jadi sbb kena lunaskan hutang sebelom mati....hah! terror tak akak berpantun berkerat2....oklah sama2lah kita bermuhasabah diri, renung2kanlah dan selamat beramal.









Saturday 2 June 2012

Resepi Udang Masak Merah

Fuh...lama bebeno akak tak mrng update blog akak ni. Masyaallah...mmg akak tersangatlah seboknya, menguruskan family dan bisnes yg memerlukan akak turun padang. Alhamdullillah... family dan bisnes berjalan seiring namun yg pasti family mesti no 1. Sekarang akak berada di Awana Kijal mengikut suami yg outstation, selepas itu baru akak  balik ke Jitra menziarah bapak akak yg sedang terlantar sakit. Suami akak mahu akak relakkan minda dan jauhkan diri sementara dari kesebokkan di Klang yg bagai tiada noktahnya...ye ler keje kat depan mata je pasti hati akak berdeting2 nak menyelesaikannya.



Photo: At awana kijal
Haziq dan baby sedang saapan kat restoran di Hotel Awana Kijal
 Oppsss...asyik berciter pasal kesebokkan akak padahal tujuan utama akak nak kongsi resepi ngan pembaca2 blog akak ni. Walau pengikut cuma 7 org tapi ramai jgk yg singgah kat blog akak ni...alhamdullillah. Akak ni bukan pakar atau chef tersohor tapi akak suka mengongsi ilmu memasak akak yg tak seberapa ngan pembaca2 sekelian. Resepi kali ni sgt mudah, akak main tambah2 je bahan2nya ikut suka akak bak kata org resepi akak so ikut suka akak le nak bubuh tambah apa2 pon...hahahhaha, gurau je ler.. Oklah mari kita belajar masak udang masak merah ni plk. Kita pergi ke bahannya dulu.






Photo
Udang masak merah utk santapan si Haziq dan Fiffy je.



Bahan-bahannya:
4 ulas bawang merah
1 inci halia
2 ulas bawang putih
1 batang serai yg diketuk

Bahan-bahan B

1 kilo udang besar (dicuci dab dibelah belakangnya)
4 sudu besar minyak
7 sudu besar cili mesin 3 sudu besar sos cili
4 sudu besar sos tomato
sedikit pes cili api (siap mesin)4 sudu besar gula
sedikit garam

Utk hiasan

Daun bawang dan daun sup dihiris nipis

Cara2nya

Mula2 panaskan minyak, tumis bahan2 yg dikisar termasuk serai yg diketuk, Bila sudah berbau wangi, masukkan cili mesin tadi. Masak Hingga naik minyak, tambah air, masak lagi. Kena pastikan cili betul2 masak. Bila cili dah masak, masukkan air dalam 2 gelas pastu masukkan semua bahan B.Masukkan gula dan garam mengikut kesukaan masing2. Akak suka manis dan pedas. Pes cili api ni kalau tak suka pedas jgn masukkan sbb nanti pedas sgt plk, bila kuah agak pekat masukkan udang dalam anggaran masa 3-4 minit (udang tidak boleh dimasak lama kerana akan menyebabkan udang menjadi keras). Bila udang sudah masak, tutup api.  Nah! sudah siap satu resepi mudah. Masukkan dlm mangkuk dan hias dgn daun sup dan daun bawang.
Masakn ni kalau kita suka sayur boleh masukkan bunga kobis dan putik jagung. Akak x masukkan kerana anak akak tak suka sayur.

Akak harap resepi ni akan menjadi hidangan rutin utk family mcm akak jugak sbb ada resepi yg akak bagi kat kawan akak Datin Suzaini iaitu ketam masak cek mek molek, boleh dikatakan setiap seminggu pasti ada menu tu utk anak2 nya...sbb atas permintaan anak2 nya yg suka sgt masakan tu. Akak sgt terharu dan bangga kerana resepi akak itu sgt berguna padanya so wahai kawan2 akak semua marilah sama2 mencuba resepi mudah dan sgt sedap ni....insyaallah...jika kita selalu masak pada keluarga ...hasil air tangan kita nanti akan menjadi ingatan pada mereka walau kemana saja mereka pergi.