Friday 8 June 2012

Hidup di Kelilingi Hutang

Rasanya dah lama akak tak membebel kat blog akak. Bukan membebel kosong tapi  kali ni akak nak beri nasihat ikhlas pada para pembaca dan peringatan utk diri akak sendiri jgk. Dalam kehidupan sekrang yg mana kos sara hidup makin tinggi, kita  harus pandai mengurus kewangan kita ni.
Kesilapan dalam menguruskan ekonomi keluarga akan menyebabkan kepincangan dalam instituisi kekeluargaan kerana apabila satu2 keluarga itu mempunyai masalah kewangan maka anak2 pasti turut merasa tempiasnya almaklumlah setiap hujung bulan je makbpk tension memikirkan mana nak korek duit utk melunas hutang so bila tension melanda mulalah nak mengamuk kat anak2 yg cuma tahu meminta tu......hehehe
Zaman sekarang ni akak rasa gaji para pekerja kerajaan dan swasta agak lumayan maka ramailah para peniaga mengambil kesempatan utk menaikkan harga barangan. Maka jika harga barangan makin tinggi, ramailah para pengguna mengeluh kesah tanpa mahu melakukan sesuatu utk kelansungan hidup yg berkualiti.

Jumlah kenderaan yg meningkat menyebabkan kesesakan yg  bagai tiada penghujungnya!
 Mungkin para pembaca pon turut terperasan akan peningkatan mendadak penjualan kereta setiap tahun. Menurut Pengarah JPJ, sehingga 31 Disember lalu, sebanyak 9,441, 907 motosikal serta 9,114, 920 kenderaan persendirian di seluruh negara berdaftar dengan JPJ dan jumlah keseluruhan hingga tarikh sama adalah 20,188,565 kenderaan yang berdaftar dengan JPJ seluruh negara.
Kereta mewah yg menjadi idaman ramai
Ramai diklgn kita, jika ada sedikit lebihan wang... mulalah berkira2 mahu menukar kereta atau dgn kata lebih mudah menambah hutang dgn membeli kereta baru. Tidak salah membeli kenderaan tapi biarlah berpada2. Contahnya jika gaji bulanan cuma RM5000, kemudian beli plk kereta mewah yg bayaran bulanan mencecah RM1500....akak rasa itu tindakan kurang bijak malah menjerat diri hingga bertahun2 utk menanggung beban hutang. Jika membeli kereta, setiap tahun harga menjadi semakin rendah tapi jika membeli sebuah rumah atau hartanah, harga akan meningkat setiap tahun. Bayangkan pelaburan kita harus bijak. Jgn ingin menunjuk2 membuatkan kita tak kisah menanggung beban hutang. Kata2 biar papa asal bergaya tak perlu kita praktikkan kerana akan memakan diri sendiri. Biarlah bersederhana dalam hidup tapi tidak mengalami masalah ekonomi dlm kehidupan seharian. Yelah..cuba bayangkan, cukup bulan selepas melunaskan segala hutang piutang, baki ditangan cuma RM1000 dan baki itulah ntuk menyara isteri dan 3 org anak (contoh)Dgn kos sara hidup yg tinggi dibandar...apalah yg dpt dibelanjakan dgn wang sebanyak itu, so pembaca2 sekelian...berfikir panjanglah dahulu sebelom mahu memulakan hutang baru. Bukan tidak boleh membeli kenderaan utk keselesaan tapi berpada2lah, ini tgk ada je model baru...mulalah berkira2 utk menukar kereta lama yg masih elok .Alahai...payah tu....


Salah satu cara pelaburan yang sgt menguntungkan
Selain berhutang kenderaan, ramai antara kita tanpa sedar menggunakan kad kredit yg sememangnya menjerat kita tanpa sedar. Akak bercerita ni dari pengalaman akak sendiri. Suami akak beri akak 2 kad kredit..Bila shopping, mmg akak suka menggunakan kad kredit kerana wang yg dibelanja tak nampak dimata so xde rasa membazir sangat, anak akak pon  sama. Kita dua org ni kalau bab shopping mmg seronok abis...yeler...swipe jer cukup bulan cik abg bayar sbb suami akak ni kalau akak belanja  guna kad kredit, cukup bulan dia akan bayar penuh tanpa byk soal dan bayar habis tanpa baki kerana dia tidak suka akan interest yg dikenakan.Bertahun2 akak menjadi hamba kad kredit tanpa teguran dari suami akak  tapi kesedaran  mula timbul bila akak rajin ke majlis ilmu dimana ustaz2 selalu menekankan antara sikap yg paling disukai syaitan ialah pembaziran ....so sekarang akak lebih suka membawa wang tunai supaya dapat menghadkan pembaziran waktu shopping tetapi  debit kad  dibwk, kad kredit pon tetap dibawak jugak...hehehehe cuma sgt kurang menggunakannya. Cuma apa yg akak nak tekankan disini... jika menggunakan kad kredit, hadkan  penggunaan setiap bulan supaya kita dpt atau mampu membayar penuh tanpa baki kerana baki yg dikenakan interest tu akan menjadi semakin tinggi setiap bulan. Bukan tidak boleh menggunakan kad kredit tapi penggunaan biarlah berhemah dan kita mampu melunaskan tanpa gagal pd pihak bank setiap bulan.

kad kredit yg menjerat diri tanpa disedari so berhati2lah dalam menggunakanya
Nasihat akak ni sebab akak melihat sikap kita yg suka bermewah2 tapi hidup dilingkari hutang setiap bulan maka pesan akak pada semua,, janganlah suka menambah hutang ...kalau CikBedah dtg jual pinggan mangkuk kat kita dan memujuk kita membeli dgn 10 kali bayaran...jgn mulakan nanti hati pon tak senang, ingatlah hidup berhutang ni jiwa tak tenang.Tiap2 bulan asyik fikir nak bayar hutang jer...heheheh
Akak ada baca dlm pancaindera baru2 ni srg kakak itu membebel pada pembaca ttg pengurusan wang yg katanya mereka yang tak tahu mengurus kluarga, sering mengeluh tak berduit wlau gaji naik setiap tahun dan sering salahkan kjaan kononnya kerana tidak kawal harga barangan hingga terpaksa berbelanja lebih padahal mereka tidak tahu menguruskan wang gaji yg diterima setiap bulan menyebabkan kesempitan duit setiap hujung bulan so conclusionnya, jgn salahkan kjaan, salahkan diri sendiri kerana tidak pandai mengurus wang dgn betul.
Kita sebagai ibubpk harus mengenepikan sedikit wang gaji setiap bulan utk disimpan pd setiap anak2 utk masa depan mereka, simpanlah di SSPN ke, tabung hajike , ambil insuran pelajaran ke, atau paling cikai simpanlah kat tabung ayam utk setiap anak,  Namun yg paling PENTING anak2 ada simpanan utk pelajaran dan masa depan mereka kerana kita pon tidak tahu kos pendidikan mereka di masa depan. Sgt sedeh jika mereka sudah ke menara gading tapi sesen pon tiada simpanan pendidikan  dari kita sebagai ibubpk prihatin utk mereka. Mereka memerlukan kos yg tinggi utk membiayai pelajaran di IPTA atau IPTS.Jgn asyik mahu mengharapkan PTPTN plk,cuba fikirkan utk membiayai anak2 kita sendirian berhad tanpa berhutang dgn mana2 pihak.    Maka demi utk merealisasikan cita2 kita mari kita bertekad dari skrg utk menyimpan sedikit utk anak2...kalau x mampu....  minimun RM10 sebulan sudah mencukupi utk setiap anak....namun kalau lebih byk lagi baik...hehehehe.
Akhirkata belajarlah menabung dari skrg, jgn tambah hutang melainkan kita mampu utk melunaskan tanpa menjejaskan kualiti hidup sekeluarga....menabung utk masa depan kluarga jgk. Berbelanja ikut kemampuan....ukur baju dibadan sendiri. Bacalah bebelan akak ni dgn hati terbukak. bukan nak mengajar tapi utk sama2 mengingati,  agar hidup lebih berkualiti, hutang jgn dibwk sampai ke mati nanti bila diakhirat nanti nak masuk syurga tapi tak jadi sbb kena lunaskan hutang sebelom mati....hah! terror tak akak berpantun berkerat2....oklah sama2lah kita bermuhasabah diri, renung2kanlah dan selamat beramal.









1 comment:

  1. Assalamualaikum wrb,saya Pujiono saya mau ucapkan terima kasih kepada blog ini,maaf sebelumnya saya hanya mau berbagi pengalaman khususnya untuk teman yang sedang dalam kesusahan,dulu saya pengusaha yang terbilang sukses dibidang properti tidak lama kemudian saya ditipu oleh teman saya semua asset saya hilang,saya mulai pusing dan hampir bunuh diri,hutang saya menumpuk keluarga pun menghina saya,tetapi saya coba buka internet dan saya melihat nomor dari Ki Prana,saya coba tlpon,awalnya saya ragu dengan solusi yang diberikan tapi saya coba beranikan diri mengikuti apa yang Aki berikan,syukur Alhamdulillah sekarang saya kembali seperti dulu,sekarang saya bisa bangun usaha kembali,semua hutang saya lunas terimah kasih Aki,sumpah demi Allah ini pengalama pribadi saya,bagi teman2 yang mau lepas dari beban silahkan Hub ki Prana insya Allah akan diberi solusi,ini khusus bagi yang mau bantuan Aki silahkan hub langsung nomor Ki Prana di nomor 082393011727 semoga teman2 bisa seperti saya,salam persaudaraan wassalam…..


    ReplyDelete