Thursday 9 August 2012

Resepi Kari Hijau Thai

Kali ni akak nak kongsikan resepi membuat masakan kegemaran anak akak yg nombor 3, si Haziq
iaitu Kari Ayam Hijau Thai. Masakan ni agak remehle kalau dibandingkan dgn resepi2 yg pernah akak kongsikan dgn pembaca2 skelian. Akak tak begitu suka bekongsi resepi2 yg agak remeh temeh cara masakannya kerana akak tahu para pembaca akan merasa malas utk mencuba jika melihat bahan2 yg di tulis panjang berjela (mcm akakle). Yele kalau takde nak kena gi kedai membeli plk. Tu yg bertambahhhhh lah malasnya. Tak gitu para pembaca sekelian.
Kalau resepi tu nampak mcm tak byk bahan dan mudah aje cara membuatnya pasti ramai yg mahu mencubanya tetapi kalau nampak berderet bahan2nya pasti rasa malas menerpa dihati. Walaupon  kari ayam hijau Thai ni agak renyah utk membuatnya, akak rasa mcm nak share jgk resepinya kerana walau renyah, akak selalu jgk masak atas permintaan Si Haziq. Haziq selalu memuji2 kata sgt sedap so bygkanlah  hati ibu mana yg tahan mendengar permintaan anak utk makan masakn kegemarannya. Maka siibu pon tanpa berlengahlagi sinsing lengan...masuk dapurlah.


Oklah kita mulakan dgn bahan2nya dahulu

7 biji cili hijau
10 biji cili padi (ikut kepedasan yg kita kehendaki)
2 batang serai
6 ulas bawang merah
seinci halia
akar dan batang daun ketumbar
1 sudu kecil jintan putih
1/2  sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil ketumbar

 Semua bahan-bahan dia atas perlu di kisar dahulu


Seekor ayam dipotong 18
4 biji ubi kentang dipotong 4
Minyak utk menumis
setengah kilo pati santan
Segelas air
Daun limau purut
Gula dan garam utk perasa

Cara2nya
Mula2 panaskan minyak. lepas itu masukkan bahan2 yg dikisar. Bila sudah naik minyak, masukkan ayam. Renih seketika, kemudian masukkan pati santan dan segelas air dan ubi kentang tadi. Bila dah nampak sebati, kuah dah nampak cantik masukkan garam dan gula serta  daun limau purut...bila ubi kentang dah empuk ,tutup api dan siap untuk dihidangkan. Kedengaran mcm mudah cuma yg renyah tu bahan2 yg nak dikisar. So kalau rasa mudah je resepi ni, boleh buat selalu lah yer...kalau tak cuba le sekali...hehehe 


Kari Hijau Thai yg akak buatkan utk si Haziq baru2 ini.


.

No comments:

Post a Comment