Thursday 17 November 2011

Sinopsis Tentang Dhia

drama yg menarik
Slot akasia dalam TV3 yg terbaru  bertajuk "Tentang Dhia" yg dibintangi oleh Nora Danish sbg Dhia, heronya tentule sikacak Adi Putra, Hari tu akak layan citer Sofiyya. Ingat dah habis  drama tu akak dah tak nak tgk2 lagi drama2 berantai ni tapi dah tertengok waktu sdg mengiron baju makanya mmg dah tertarik le ngan drama ni tambah2 dgn kehadiran artis cantik dan hot mama Nora Danish, Puteri Sarah dan Tasya Sheila.
 Sinopsis drama ni agak menarik di mana Dhia yg cantik dicintai 3 lelaki, sejak kecil dia dicintai siRafik. Kemudian kehadiran anak yatim piatu Azmi memikat hati Dhia dan mereka bercinta hingga hampir mendirikan rumahtangga tapi kwn persekolahan Dhia iaitu si Melly telah membuat fitnah dgn memerangkap si Azmi  sehingga mereka ditangkap berkhalwat dan bermulalah kisah sedeh Dhia apabila Melly mengatakan dia sedang mengandungkan anak si Azmi.
Dhia terkejut dan kecewa amat sangat apabila mengetahui tentang hal itu, lebih lebih lagi majlis pertunangan sudah hampir. Dhia yang jujur dan baik hati sanggup memaafkan Azmi dan mereka bertunang juga akhirnya. Melly tak mengaku kalah dia menyerang Azmi semasa majlis pertunangan dan mahu Azmi bertanggungjawab. Melly berjaya disatukan dengan Azmi tanpa kerelaan Dhia.
Dalam keadaan masih sedih mengenangkan nasib malang yg menimpanya tiba2 dia bertemu Zikri yg dtg dari bandar dan merupakan seorang arkitek kacak yg digilai oleh Rose iaitu anak srg Tan Sri yg telah berjaya membeli hati emak, nenek dan adik Zikri dgn wang ringgitnya.. Zikri dtg menziarahi pengkebumian kwn baiknya dan sebaik memandang wajah ayu Dhia, Zikri terus jatuh cinta pandang pertama, Wow!!! skrg ni dah lama akak tak dgr cinta pdg pertama ni..ishh romatik jgk tu. Apa2 pon mari lah kita layan slot akasia ni setiap hari isnin hingga khamis pukul 7 mlm. Tapi TV3 ni tak sesuaile menayangkan slot akasia ni pukul 7 padahal skrg pukul 7 dah masuk magrib...so sepatutnya diawalkan setengah jam mcm yg dok layan slot akasia ni org bangsa asing....pelikkk betul pihak tv3 ni. Hailaaa siapa lah yg letak slot tu tepat pukul 7. Akak nak tau jgk....tak fikir sensitiviti org islam lsg.Cewahhh mcm akak le terlebih sensitipp. Pastu yg best lagu yg merdu nyanyian si Adi Putra



Dhia dan Azmi sedang mencuba baju pengantin tapi syg hasrat tak kesampaian dek kejahatan Melly!


Wah...bukan main erat SiNora berpelukan dgn Adi Putra. Ishh...Suami akak mmg sah2 tak boleh jadi pelakon sbb akak takleh tgk suami akak pelok pompuan lain tambah2an pompuan secantik Nora. Jelezz tahap gaban ler,


 
 

2 comments:

  1. Saya tengok cerita ni dari awal sampai habis. Menyesal. Tak best lansung ending dia.

    10 Mitos Tentang Kesuburan Yang Perlu Anda Tahu


    ReplyDelete
    Replies
    1. adilah...hahahaha...mmg betul. kita suka happy endingkan tp tu ler ...nama pon drama..

      Delete