Thursday 10 November 2011

Adik-adik Akak

Akak mempunyai 3 org adik iaitu Hisham, Nita dan Hafiz Helmi. @ Dekmi. Adik akak yg paling bijak tentule Si Hisham yg melanjutkan pelajaran ke US dlm bidang engineering. Nita dan Dekmi jgk dlm kategori bijakle sbb Nita melanjutkan pelajaran di UPM dan Dekmi plk di UIA.

Hisham dan Dekmi....mereka berdua ni mmg rupa nak sama. Kesukaan  makanan pon sama.Pelikkan.

Nita dan suami. Suami pon org Jitra. Cantikkan Nita ni. (tentu cantik sbb ramai yg puji)
Hisham telah berkawin dan mempunyai 5 anak dan kini bekerja di Seberang Prai, isterinya Sri menjadi guru di Bertam. Suami akak pon kagum ngan Hisham ni sbb dia sgt bijak...bygkanle semasa dia nak mengambil steam cert. dia boleh menghafal satu buku( mmg sah2 le dpt grade 1) pastu skrg dia plk buat buku utk sesiapa yg nak ambil steam certificate. Org bijak je yg pandai buat buku mcm Sham ni.

Buku yg ditulis oleh adik akak, Hisham Hashim, Fuh! Bangga akak dpt adik sebijak Sham ni. Buku ni dah terjual hingga ke Luar Negara...bygkan???

Sham ni amat disygi oelh bpk akak. Kalau kami begaduh, sah2 bapak sebelahi Sham.Sampai dia pon dah naik eksyen...suka cari gaduh ngan akak. Bengang betul akak ngan dia ni dulu. Skrg ni kalau dia nak balik kg dia mesti call suruh emak akak masakkan sambal petai ngan pajeri. Sham ni kalau mkn mmg akak suka tgk...bersemangat...hahahahaha..sbb tu emak akak suka masak utk dia. Akak paling suka Sham ni bila dia gelak, kita dgr pon nak tergelak sama. Dia panggil akak ikut suka hati dia ajer...fishowle, ijahle...mcm2 dia ni....tp yg pasti akak mmg syg kat dia ni.
Nita plk mmg adik yg akak sygi sbb dari masa kecil lagi dia sgt comel...pipinya mmg tembam. Akak selalu je nak cium pipi dia yg tembam tu dgn mengatakan akak nak bisik sesuatu. Bila dia dtg dekat terus le akak cium dia. Tapi masa kecik teruk jgk dia kena belasah ngan akak sbb dia malas ke Tadika. kalau zaman skrg akak mesti dah kena dakwa kerna mendera sbb bdnnya lebam2 kena pukul. Garangkan akak ni...dgn anak sendiri tak tergamak plk nak pukul...hehehehe. Nita ni bila dah besar dia mmg cantikler...ramai peminat.Masa tgktn 5 dia dtg duduk ngan akak sampaile dia masuk UPM dan bekerja.Ramai gak kwn2 suami yg terpikat dgn dia tapi dia ni susah sikit. Dia ni tak gatal merenyam mcm bdk2 remaja seusia d ,. kalau dia tak suka....tak suka ler walau kwn suami tu berpangkat besar sekali pon.  Sesekali dia balikle jitra , dia suka duduk ngan akak sbb anak2 akak sgt rapat dgn Nita ni. Nita ni sgt penyayang. Sekarang dah berkawin dan tidak bekerja demi menjaga anak2nya. Dia ni punyanya rajin melayan anak2 nya sampaikan anak2 nak makan dia akan masak mengikut kegemaran anak2nya.Anak2nya Dina dan damia sgt2  bijak dan comel. Nita ni sgt suka nasi lemak..kalau nasi lemak sedap mmg dia asyik teringat2 jer. Akak kalau masak nasi lemak mesti kasi tahu dia...mesti terliur punya.


Nasi lemak kegemaran Nita



Sambal petai kegemaran Hisham, adik akak.

Nsi goreng kegemaran Dekmi. Senangle Aufa.

Last sekali adik akak Dekmi yg dah jadi Hakim Syariah kat Langkawi. Dekmi ni dulu kerap dtg umah akak masa belajar kat UIA. Dia ni bpk hntr ke sekolah agama supaya menjadi Kadhi dan cita2 bpk tercapai. dalam keluarga akak yg plg kelakar Dekmi ler. Setiap kali dia cakap akak mesti gelak besar sbb dia kalau buat lawak muka dia selamba jer. Kalau dia komen kat fb pon mesti akak gelak terkekek2. Dia sgt pandai berckp Arab dan bahasa Inggeris. Emak akak sgt2 menyayanginya dan Dekmi ni pon sgt manja ngan emak. Makanan favourite dia tentunya sama ngan Hisham iaitu pajeri nenas, ayam goreng dan nasi goreng mak akak. Dekmi ni dah berkawin dan mempunyai seorang anak dan skrg isterinya Aufa, srg Ustazah sdg hamil anak ke 2. Dekmi dan Nita sgt rapat. Dia org kalau berbual , guna hang2 aje. Akak tak pernah ckp hang2 ni walau org Kedah sbb emak marah.Tapi masa Nita dan Dekmi emak dah malas nak menegur kut.
Ituler citer adik2 akak...nanti akak citer ttg sedara mara akak plk. Dah puas citer pasal sedara mara baru bukak citer pasal masakan plk ler....







No comments:

Post a Comment