Monday 14 November 2011

Petua Rumahtangga Aman Tenteram

Setelah byk entri sebelom ni akak asyik bercerita hal adik beradik akak dan memori2 masa persekolahan akak ...kali ni akak rasa nak share le sikit bagaimana utk menjaga kerukunan rumahtangga supaya rumahtangga kita aman tenteram.....anak2 pon rasa hepi dok dlm rumah. kalau asyik bertekak je anak2 tentu rasa nak cabut lari...kesiankan dekat anak2 kita dan kita pon kena kesiankan diri kita dan psgn kita selalu. Ok akak bagi one by one senang sikit difahami.

bilik tidur kena selalu bersih dan kemas. Biar suami tenang utk berehat dan tidur/

Sebelom akak mulakan dgn carta2 akak.....akak rasa yg ni  tak payah lah  nak  dimasukkan dlm carta akak  sbb sebaik diakad nikahkan kita akan diingatkan peri penting menghormati suami .Namun  bab menghomati  suami ni  akak rasa semua isteri menyedari akan hakikat ini. Pada isteri yg lsg tidak menghormati suami .....  kita mesti ingat  bahawa syurga kita setelah berkahwin adalah apabila kita selalu diredha oleh suami atas setiap apa yg kita lakukan sebaik sah bergelar isterinya.
Ok sekarang akak  perturunkan satu persatu petua akak. Akak bknnya terbaik tapi akan cuba menjadi yg terbaik. Adik2 akak membaca post ni  cubaler praktikkan yer....semoga rumahtangga kita sentiasa sejahtera. Insyaallah.... 
1. Pastikan rumah bersih  dan teratur sebelom suami pulang, yg ada anak kecil tu sewaktu suami kat pejabat...biar je anak2 main bersepah walau pon sepah tahap gaban tapi bila suami dah nak balik pastikan rumah cantik dan kemas. Bukan rumah je...bilik tidur paling utama!

2.Diri kita biar sentiasa kelihatan kemas behias. tak cantik takpe...mcm akak ni dah tak cantik,nak berhias sampai cantik alamatnya tak masakle akak. Mengadap cermin 24jam..tu pon cantik belom tentu lagi.....

3.Bila suami mahu pergi kerja, siapkan baju, seluar. seluar dlm, setokin dan kasut .Sewaktu suami sdg mandi sediakan sejadah utk dia bersolat subuh. Sediakan sarapan dan hantar suami hingga ke kereta .salam, cium tgn dan cium pipi suami sewaktu dia mahu melangkah ke dlm kereta. lambai sehingga dia hilang dr pdgn mata( akak buat tiap2 hari selama berpuluh tahun....tak penatle sbb sudah jd rutin akak),  petua ni sesuai utk surirumah mcm akak yer, kalau yg berkerja tu adjust2 apa yg patut ler.


Kalau cun mcm ni yg dok melambai suami akak...kang dia tak jadi pegi keje plk......syg nak tinggal isteri cantik. Kalau akak lambai laju je dia bwk kereta!!!!


3. Bercakap dgn amat lembut dgn suami. Akak kalau bercakap ngan anak2 atau kwn2 sgt berbeza nada suara dgn bila bercakap dgn suami. Bkn propa tp biar suami rasa sejuk dgr percakapan kita.
4. Ketawa apabila suami buat kelakar walaupon apa yg dia buat atau cerita tak kelakar langsung. Akak selalu dah buat mcm ni.... hheheh(nasib baik suami akak malas membaca, sah2 tak baca pyer blog ni)

5. Elakkan dari bertengkar kerana dibimbangi bila bertengkar akan mengeluarkan kata2 yg mungkin amat menghiris hati psgn kita dan kata2 itu kekal lekat dihati psgn kita. Nasib baik akak dpt suami yg malas nak bertengkar sbb kalau akak buat dia marah...dia akan diam ajer tapi akak pon sama tau.Akak kalau gian sgt nak bertengkar, anak sulung akak le jd mangsa sbb anak akak tu suka bertekak jgk ngan akak. Suami akak...sorry le tak kuasa dia nak melayan bertengkar2 ni.
Bertengkar mcm ni mmg sah2 tak akan menyelesaikan masalah malahan akan menambah kekusutan dan rasa terhiris di hati psgn kita. Elakkan!!
6. Kalau kita nak marahkan suami atau kecil hati dgn suami, cepat2 ingatkan kebaikan dia( akak selalu fikir seribu kali dia buat baik, sekali je dia buat kita kecilhati so jgn amik potle.)Perasaan marah tu pasti cepat  reda.....cuba ler
7. Kalau jalan dgn pasangan kita selalu le kita jln seiring  serta memegang tangannya, jgn srg ke blkg srg ke depan tapi anak2 pasti kan berada di depan. Jgn nak memaut tgn suami...anak2 lari ke sana sini esp kat shopping komplek le...malu oooi...nanti org kata makbpk sibok berkepit, anak2 plk sebok berkejar2an.....so kita kena agak2le kalau nak berkepit pon.

8. Sediakan makanan dgn sempurna serta hidangkan di meja makan.... jgn sesekali biarkan suami mkn nasi ala nasi kandar...lauk pauk cedok dari periuk...tak mau...tak mau buat mcm ni. Bkn lama pon menghidang yg penting keikhlasan. Jika selalu buat mmg tak rasa apa2. Mcm akak, suami akak air pon akak kena pastikan letak di meja makan. Alah bisa tegal biasa Malah kita akan seronok melihat suami kita menjamu selera air tgn kita.

Hidangan yg sempurna dan cantik akan menaikkan selera suami.  Tapi kena le sedap, kalau cantik hidangan tapi masakan yg adooo alamatnya jamu kat kucing le nanti.
9. Sentiasa sediakan air panas utk suami apabila melihat suami duduk berehat kat mana2 pon di dlm rumah.(kecuali bilik air le...heheheh)

10.Elakkan membuat sesuatu yg suami tak suka dan ulangile membuat sesuatu yg suami sgt suka. Contohnya suami akak mahu akak bertudung sentiasa walaupon utk menyidai kain....akak ikut je kerana mmg aurat kita harus sentiasa dijaga,  aurat kita adalah tanggungjawab suami jgk.

11.Jangan membandingkan kelebihan lelaki lain dgn suami kita atau suka menceritakan ttg bekas kekasih2 kita yg kononnya lebih kaya atau lebih hensem dr suami kita( kalau lelaki lain mempunyai begitu byk kelebihan ...kenapa pilih lelaki yg byk kekurangan  utk menjadi suami kita so sebelom nak bukak citer, fikir 100x dulu.) Selain  akan membuat hati suami terguris akan jgk mebuat hati2 yg mendengar ketawa sinis.hehehe 
 12. Jangan menganggu suami seandai dia sedang tidur(anak2 suruh main kat tempat lain) dan jika ingin mengejutkan suami, jgn plk  mengoyang2kan bdnnya bagaikan nak runtuh katil atau jerit kuat2 sampai satu taman dgr....cukup sekadar memicit hujung jari kakinya dan memanggil secara lembut dan perlahan.
Kalau wajah akak secantik Nora Danish...confirm suami akak suruh pakai purdah,,,,,hahahaha

Itu le antara petua2 yg akak nak kongsi ngan kawan2, Akak bukan sempurna tetapi akak cuba sebaik mungkin utk jadi isteri yg terbaik dan solehah utk suami akak. Namun sekiranya selepas bermacam2 cara yg baik kita buat utk mengikat kasih suami namun suami masih berpaling tadah mencari wanita lain...suami mcm ni kita kena bagi pelempang jer, baru sesuai...hahahaha...gurau yer... Sebenarnya lelaki ni susah kita nak duga, kdg2 dpt isteri cantik dia cari wanita yg kurang cantik(mcm artis2  yg cantik tahap ratu tp bercerai jgk mcm Rozita Che Wan tu, pasti ramai yg heran kenapa suaminya menceraikan isteri secantik dan seseksi RCW), dpt isteri pandai masak,,,,dia cari yg tahu makan kat luar jer so kita cuma ikhtiar utk jadi yg terbaik,,,,,Allah taala yg menentukan semua. Semoga suami kita2 akan kekal menyanyangi kita sebagaimana kita menyintainya. Insyaallah....

No comments:

Post a Comment