Monday 7 November 2011

Episod terakhir Sofiyya di TV3

Sekarang ni drama yg paling hot kat TV3 tentunya drama Soffiya d TV3. Walaupon drama ni takle sebest drama Nur Kasih tapi drama ni  kira antara terbaikle utk thn ini. Drama yg dibntangi oleh Tiz Zakiah, Fizo, Ixara dan Azhar Sulaiman. Hari ni 8hb Nov adlh episod terakhir drama berantai tu. Ptg semlm sambungannya apabila penjual burger menegur Muiz dn terkejut melihat Muiz sedang menarik Fiona(Ixara) yg masih dlm nyawa2 ikan. Rasanya hari ni, Muiz di tngkp dan di masukkan ke hospital Mental. Manakala Si Ilyas membawa diri ke luar negara....si Kamal dan Sofiyya plk hidup bahagia bersama baby yg bakal dilahirkan Sofiyya dan jgk kamal dah tahu yg Fionalah yg bagi Sofiyya makan ubat utk baby yg sebelom ni keguguran.... heheheh ni cuma ending yg akak nak....ending sebenar kena le tunggu hari ni. Apa2 pon lakunan para pelakun Soffiya mmg best....esp Izzara sbb akak sgt menyampah tgk dia dlm drama ni.....
 Walaupun Sofiyya sebelom ni menanggung pelbagai derita emosi dan fizikal tetapi sepatutnya pengarah tunjukkan jgk kasih sayang antara  Sofiyya pada Kamal, suaminya. Tgk kemesraan mcm hambar sgt, tak nmpk kebahagian. Asyik diam je si Sofiyya tu...akak yg tgk pon naik rimas. takkan ada suami suka isteri mcm tu. takde feeling lsg...cewahhh...akak sesekali nak jgk jd pengkritik. keje yg paling senang didunia ialah mengkritik org....hahahahaha
So ptg ni dgn sungguh bersemangatnya akak nak menanti pengakhiran drama hebat ini di TV3. Susah jgk kalau ada satu2 siri yg akak minat kat TV ni sbb kita xnak ikut suami akak kemana2...dulu ada satu telenovela tajuk Maria Mercedez kat TV...akak mmg minat giler drma ni sampaikan suami akak x sabar nak tunggu drama ni tamat dan lepas drama ni dia dah x bagi tgk drama berantai di TV. Drama Soffiya ni dia tak tahu pon akak ikuti samapi dah byk episod baru dia sedar tapi syg semuanya sudah terlambat( lagu shidee le plk) .Tepat pukul 7 akak dah terpaku depan TV3. Lepas drama ni, suami akak dah pesan...sudah2 le tu Fizah. Insyaallah......kita akan cuba sebaik mungkin utk tak tgk drama bersiri mcm ni....susah akak rasa terikat sgt!!

No comments:

Post a Comment