Sunday 13 November 2011

Cinta Sejati Z terhadap A


Setelah akak dok asyik bercerita pasal kaum kerabat akak, hari ni akak rasa akak nak tulis pasal cinta plk.....oppppsss...bkn cinta antara akak dan suami akak tau tapi cinta antara kwn akak masa belajar kat ITM Shah Alam lebih kurang 26 thn yg lalu. Kisah ni walau tak sehebat cinta uda dan dara atau kalau versi omputih cinta Romeo n Juliet tapi bagi akak hebat betul cinta si Z pada si A.
Kata2 ini sgt sesuai utk mengambarkan cinta si Z pada si A. Romantikkan.
 Alkisahnya Si Z ni lebih senior dari kita org dan dia mengenali Si A sejak sama2 kat kg lagi. Si Z agak hensem orgnya manakala si A ni mmg cantik, manis sgt. Kalau dia bercakap mmg sah2 semua lelaki boleh jatuh hati.....punyanya lembut.Suara dia pon merdu. (akak tak guna nama sebenar kerna takut meninbulkan fitnah plk),Si Z mmg sgt2 menyintai siA.
Citer kartun pon ada kisah2 cinta sejati ni mcm beauty and the Beast yg mana si beauty nak jgk kat beast tu wlau pon beast tu mmg sah2 le hodoh, Cinta sejati beauty menyebabkan siBeast terlepas dr sumpahan dan menjadi putera Raja yg kacak. Kalau dah tahu si Beast kemudian akan jadi kacak, confirm semua org nak...heheheh
Selalu tu kalau org tu dah cintakan seseorang pasti dia nak sehidup semati dgn org yg dicantainya.Susah nak jumpa org yg mendoakan kebahagian bekas kekasihnya dgn org lain....
Sewaktu bercinta, mereka ni mmg mcm belangkas. Kesana sini berdua. Si A disukai ramai lelaki menyebabkan si Z agak cemburu orgnya. Satu hari terjadi pertengkaran antara mereka berdua dan Si A nekad mahu memutuskan perhubungan maka Si Z pulang ke hostel  dahulu supaya keadaan marah si A akan reda .Mungkin jgk si Z mengharapkan kata2 yg terhambur dari bibir manis gadis kesygnnya hanyalah kerana si A dikuasa oleh rasa amarah...pasti apabila marah si A sudah reda dia akan meneruskan perhubungan cinta mereka.  Selepas  seminggu si Z dtg  dan merayu2 pd siA...mengharapkan si A mengubah keputusan yg sgt drastik itu .Bila pujukannya tidak berhasil, dia dtg bertemu akak dan meminta pertolongan akak utk memperbetulkan keadaan. Meminta akak plk memujuk si A.Alahai... akak yg mmg kesian melihat si Z cuba memujuk si A namun hampa...hati Si A sgt keras wlaupon dia kelihatan lemah lembut. Sekali dia marah, susah utk dia maafkan lagi. Oleh kerna pujukan akak x menjadi...akak cuma dpt melihat aje apa yg akan berlaku nanti.
Masa berlalu dan masa akak kat Jitra dlm tahun 1990an, siA call nak jumpa, akak pegi jumpa dia dgn kwn akak , R. Rupa2nya die perkenalkan bakal suami dia.Kami berdua terkedu terkejut kerana bakal suami Si A xle sehensem si Z, namun itulah jodoh namanya,
Kemudian akak terputus hubungan dgn si A. Baru2 ini akak bertemunya semula di laman fb. Kagum...si A masih cantik bergaya spt dahulu jgk walau dah beranak 2. Dan akak jgk bertemu semula dgn si Z jgk di laman fb dan si Z sudah berjaya dan lebih mengkagumkan akak...si Z lebih hensem skrg ni dr masa kat ITM dulu, mungkin kematangan wajahnya yg merubah  penampilan skrg.
Mmg betul kata2 ni...dan sekiranya org yg  nmpk hantu tu kira malangle tapi org yg dicintai oleh ssrg dgn sepenuh hati mmg bertuah sgt.
tepat kata2ni kalau tujukan kat siA....

  Lebih mengejutkan si Z masih menunggu si A dan katanya pd akak, wlau pon dia dah kwin dan mempunyai 5 anak namun cintanya pd si A tak pernah berkurang wlau seinci pon...masyaallah!!! terkejut akak dan secara terang2an dia memberitahu akak yg dia akan mengambil si A sbg isteri jika si A bercerai dgn suaminya(???). Di dlm fb jika si A memaparkan gmbr si A  bersama lelaki lain..si Z pasti menegurnya kerana si Z merasakan si A tidak dididik dgn baik oleh suaminya skrg.Si Z mmg mempunyai asas agama dan dididik dgn ilmu agama yg mencukupi  justeru itu dia merasakan dia perlu menegur bekas kekasihnya yg sgt dicintainya itu agar lebih menjaga batas pergaulan dgn lelaki yg bkn murim.   Akak faham oleh kerna cintanya terlalu mendlm kpd si A menyebabkan dia besikap demikian. Apa2 pon akak sgt mengkagumi cinta si Z pd si A yg tak pernah padam dan sentiasa membara.....bertuah si A. Zaman skrg mana ada lelaki spt si Z. Akak kesiankan isteri si Z tp kata si Z isterinya pon sudah tahu dan kata si Z isterinya mengatakan seandainya dia tahu siZ akan tetap tegar, kukuh menyintai si A..pasti dia akan mengundur diri namun nasi sudah menjadi bubur so isteri si Z mahu menganggap si A sbg adiknya kerana dia sedar dia tidak boleh memadam perasaan cinta yg mendalam dan telah lama wujud dihati si Z, suaminya itu....Padahal kalau difikirkan balik si Z tu boleh mendpt wanita muda yg lebih cantik dr si A namun....itule mcm mukadimah akak kat entry tu...."a true love story never ends dan kisah2 cinta sejati begini akan terus wujud selagi manusia wujud di dunia ni.....cinta dgn manusia x mungkin dipisahkan. Walau pon selalunya dlm crite2 dongeng mesti kalau ayat terakhir penutup cerita mesti tulis"and they lived happily ever after.Tapi itu dlm cerita dogeng tapi dlm alam nyata.....ramai jgk yg berkahwin dgn org yg dicintai mereka tapi tak le lived happily ever after. Bak kata kusangka panas hingga ke ptg rupa2nya hujan ditengah hari.......ramai psgn muda skrg mudah bercerai berai atas alasan yg sgt remeh temeh. Sudah kurang cinta seutuh si Z ni..........akak tahu sampai saat ini si Z masih mengharapkan sesuatu yg tak pasti..........mungkin dia masih tidak dpt menerima hakikat cintanya dan si A lebur sebelom sampai ke jinjang pelamin...Sekiranya mereka bedua berkahwin pasti si A akan ditatang bagai minyak yg penuh malahan si Z yg berkemampuan menyediakan segalanya utk si A. Pasti si A dilayan bak bidadari dan dimandikan intan pertama oleh si Z......dan kata2 siZ pd akak.."Z kecewa kerana A tak tetap pendirian dan berbeza dgnnya yg akan tetap menyintainya hingga ke akhir hayat walau apapon yg terjadi di antara mereka dan  lagi kata si Z "si A berada dlm sangkar emas dan satu hari Z akan lepaskan A dan berharap dia akan bahagia pd sisa2 hayat kami." Masyaallah touchingnya ayat si Z ni, yg bermakna dia mahu menghabiskan hari tuanya disamping wanita yg sgt2 dicintainya. Akak rasa si Z ni kalau di letakkan ratu dunia pon dia x heran..pasti si A jgk yg dipilihnya....hihihi. Kdg2 kita pon payah nak mengerti erti cinta sejati ni...cuma org yg mengalaminya tahu makna sebenarnya cinta sejati tu.....Emm terharu tak kwn2 baca kisah ni...bkn rekaan tau, mmg wujud di alam nyata ni. Semoga si Z dan si A berjaya menemui apa yg mereka harapkan dlm hidup mereka.......

Cinta sejati tak kira usia, semoga they lived happily ever after ...


2 comments:

  1. percaya kisah seperti ini masih ada dan lelaki sepert Z masih wujud

    ReplyDelete
  2. Dear Sha... mmg masih wujud sbb Z adalah kwn akak. Kisah cinta ni tiada noktahnyer selagi nadi berdenyut....

    ReplyDelete