Thursday, 16 February 2012

Resepi sotong Pattaya

Uish...dah lama betul akak tak menaip kat blog ni....sebok bebeno, ye ler ..pihak NGO dari Desa Latania telah meminta tolong akak mencari sumbangan baju2 lama untuk anak2 yatim dan orang2 tua. Akak pon sgt berminat utk melibatkan diri dalam perkara kebajikan ni. Bukan selalu kita nak memberi sumbangan kpd yg memerlukan so jika berkesempatan, biarlah kita melakukan dgn bersungguh2 dan setulus hati.
 Walaupon sebok, akak tetap cuba memasak utk anak2 dan suami akak tapi kat rumah pon cuma tinggal akak, suami akak Haziq dan baby( Harif)...nak masak simple2 pon boleh tapi anak akak Haziq ni kdg2 sedikit demand. Haziq ni sgt2 suka nasi minyak dan ayam masak merah..uhuiii masakan yg paling cepat dan mudah.Anak2 akak yg lain iaitu Hanif dan Fiffy dok kat asrama merekalah. Akak ni cuma cuti memasak pd hari sabtu dan ahad tapi kalau ada permintaan dari anak2 yg dok kat asrama tu akak cuba jgk memasak. Letihle eden kalau hari2 masak..so hari cuti, akak pon  nak cuti jgk tapi skrg ni kerap jgk makan kat luar  pd hari persekolahan dgn anak2 sbb tak sempat nak masak....byk sgt hal2 luar yg akak kena settle.\terutama nak mencari Mi-fi di kedai2 Celcom. jenuh jgk tapi masih x dapat2...asyik habis stok je.


Haziq kalau makan mmg best tgk sbb tu akak tak gamak kalau dia request masakan favourite dia mesti akak akan cuba masak.Kalau keluar makan pon akak mesti suruh dia tambah2...


Kali ni akak nak kongsi resepi yg sgt enak resepi dari emak mrtua akak. Kata makmertua akak...dia dpt resepi ni dari chef Wan....mmg best masakn ni sbb tu emak mertua nak share ngan akak. Akak mmg kerap jgk masak sotong ni, nama resepi tu ialah  Sotong Goreng Pattaya...bkn mcm nasi goreng pataya tau sbb xde balut2 ngan telur mcm nasi goreng tu..nama je lebih kurang sama tapi jauh berbeza tau. Ok kita tengok dulu bahan2nya.

Sekilo sotong yg dicuci bersih dan dipotong biasa (gaulkan dgn sos tiram, perap sebentar).

4 sudu besar rempah kari ikan

2 labu bawang besar

Dipotong dadu atau memanjang mengikut suka hati kita ler...
2 biji capsicum (cili beggala hijau dan merah)

3 helai daun limau purut
4 sudu sos tiram

 Cara2nya.

Mula2 tuang 3 sudu minyak masak pastu  tumis bawang besar, bila dah naik bau., masukkan rempah kari. Masak hingga rempah betul2  garing lepas tu terus masukkan sotong yg digaul dgn sos tiram tadi.Bila sotong dah sebati ngan rempah, masukkan sedikit air,gula dan garam. Bila semua dah nampak sehati sejiwa,  maksud akak dah sebati, masukkan capsicum yg dipotong dadu bersama daun limau purut,
Biarkan seketika, bila dah masak, hidangkan je ler takkan nak biarkan dalam kuali pulak...heheheh
Dah siap satu resepi yg sangat mudah. Akak ni mmg suka kongsi resepi yg mudah2 dan x banyak bahan sbb akak tahu kalau wanita yg bekerja ni tidah begitu suka untuk memasak masakan yg renyah2 ni. Bila sudah makan akak pasti ramai yang akan mengemarinya. kalau x sedap takkan makmertua akak nak share resepi ni dgn akak....
 Image masakan belom dimasukkan sbb tak masak lagi resepi ni, kalau akak masak nanti mmg sah2 akak masukkan kat blog ni. Tunggu dgn sabar ye rakan2...

Wednesday, 14 December 2011

Pasangan Yang Tiada Zuriat

Akak terpanggil nak citer bab anak2 ni bila akak tgk ramai pasangan yg baru berkahwin sudah mula risau pasal nak mendapatkan zuriat dgn cepat. Zuriat adalah pemberian dari Allah s.w.t. ..kita sebagai hambanya hanya mampu berdoa untuk mendapat zuriat yg baik dan sempurna. Jika sekiranya Allah memperkenankan doa kita...alhamdullillah dan jika tidak, kita jgn berputus asa dan terus berdoa dan berusaha. Doa adalah hubungan langsung antara kita dgn Allah...subhanallah.
Akak ni kalau tgk pasangan yg lama berkahwin tidak mendpt anak...dalam hati kecil akak turut mendoakan agar pasangan tadi akan segera dikurniakan anak. Akak tak akan sama sekali mencaci-cerca, mengata atau menghina pasangan itu kerana akak faham perasaan mereka. Mereka pasti akan tertekan, kecewa dan sedeh jikalau selalu ditanyakan ttg anak.


Saat bahagia menimang cahaya mata mmg ditunggu oleh semua wanita yg telah mendirikan rumahtangga.
Manusia sekeliling mmg suka mencari kekurangan org, jika mereka merasakan mereka sempurna tanpa berasa bersalah lsg mereka akan menghina psgn yg tiada zuriat ini. Kdg2 akak heran dgn manusia yg bermulut celupar ni, langsung x memikirkan perasaan org jika berkata2. Bygkan jika keluarga kita yg dicaci cerca kerna tiada zuriat padahal rezeki itu semata2 dari Allah, kita tiada kuasa langsung mengubahnya. Cuba fikirkan perasaan org jgk....
Saat yg ditunggu oleh setiap pasangan yg mendirikan rumahtangga .Mengandung...bahagia mempunyai zuriat sendiri.
Masa akak berjiran di kuaters dulu, akak pernah terdengar sindiran pedas dari seorang wanita yg agak alim kpd jiran akak yg tiada anak...tau apakatanya..."hurmm...buat apa cikabg awak balik awal, kalau bersama pon bkn ada hasilnyer, mengabiskan a... je." (tak sanggup nak taip pon apa lagi nak sebut)Akak tgk org yg disindir dgn begitu pedas terkejut, terkedu lalu dia meninggalkan si wanita itu begitu sahaja. Alahai....kalau wanita tu mcm akak ok jgk..maksud akak xde le alim pon tapi wanita ni boleh dikategorikan sbg wanita alim berdasarkan pakaian dia dan anak2nya serta suaminya yg berserban. Takkan dia tak tau rezeki anak ni Allah yg bagi...kita sbg  manusia serta hambanya mana ada daya utk mengandung kalau tanpa izinNya. Masyaallah!!

So sbg masyarakat ug prihatin dan terdidik dgn agama islam yg murni ini....jgn sama sekali kita mencaci atau mengata org yg tiada zuriat. Cuba fikirkan perasaan mereka. Pasti wanita yg tiada zuriat dan pasangannya akan tertekan jika ditanya bertalu2 setiap kali bertemu mereka malah sudah byk akak dgr jika seorang wanita itu tiada anak, dia malas utk pulang ke kampung kerana tidak tahan ditanya dan disindir oleh sanak sedaranya maka pastinya dia meminggirkan dirinya kerana mulut2 celupar kita ini. Sedara akak pon ada mengalami masalah ni...dah berbelas tahun kwin tapi tiada zuriat hingga dia mengambil anak angkat tapi akak tak pernah mahu menanya ttg anak padanya kerna akak faham situasinya. Akak selalu mendoakan agar Allah akan mengurniakan anak yg comel2 padanya satu hari nanti memandangkan suaminya yg bersifat sgt penyayang pd anak angkat mereka tadi. Dibelai bagaikan anak kandungnya.
Pesanan akak pada pasangan yg belom dikurniakan zuriat oleh Allah s.w.t....bersabar, berusaha dan berdoalah selalu. Semoga mereka akan dikurniakan zuriat jgk satu hari nanti. Skrg ni mcm2 produk ada...biodexler, dan mcm2kaedah moden lagi utk mendpt zuriat tapi jgn sewenang2nya mencuba yer,  pastikan ada sijil dr kementerian kesihatan...manalah tahu ada rezeki plk nanti.Insyaallah.
Ini akak copy dari blog pakarhowto
Disini akak ini kongsi petua utk mendpt anak yg akak baca dari satu blog iaitu wanita yg mahu mengandung hindari junk food,coca cola, makanan jeruk dan jambu batu manakala lelaki plk dinasihatikan mengelak dari merokok atau memakai seluar jean  yg ketat.Pasangan kenalah minum susu kambing . Doa plk selalu baca menyebut nama Allah "AlMusowwir.Cubalah mana tau cubaan kali ni mandatangkan hasil....insyaalllaahhhhhhh.......
Sebelom tu akak nak citer satu pengalaman yg akak sendiri tgk ttg satu pasangan yg tiada anak ni. Si Suami ni setelah 4 thn berkahwin dan tak dikurniakan anak maka dia telah menceraikan isterinya dan menceritakan pd kwn2 dan tetangga yg isterinya itu mandul. Tak lama kemudian dia berkahwin kali ke 2, begitu jgk bekas isterinya. Tak lama kemudian bekas isterinya yg berkawin lain tadi telah mengandung dan ini membuatkan ego bekas suaminya tercabar lalu tanpa berlengah dia menceraikan isterinya yg ke 2 dan berkahwin utk kali yg ke3 nya demi utk membuktikan kelakiannya malangnya sampai skrg setelah hampir 6 thn berkawin tapi si isteri masih tiada tanda2 mengandung pon  makanya pesanan utk si suami, buat check up dulu sebelom menuduh isteri anda mandul. Sikap salah menyalahi antara satu sama lain....tidak akan menyelesaikan masalah malah makin merumitkan keadaan maka utk psgn2 yg tiada zuriat.... berikhtiarlah bersama2, sesungguhnya dgn pertolongan Allah s.w.t. disamping doa yg berpanjangan... insyaallah.....akan menemui kejayaan.
Dan kita masyarakat yg prihatin dan penyayang  harus selalulah  memberikan sokongan pada pasangan yg tiada zuriat dan dorongan supaya mereka sentiasa pasrah dan berdoa. Sesungguhnya Allah maha mendengar akan doa hamba2nya......

Jiran2 Akak

Hari ni akak nak citer ttg adat berjiran plk. Akak ni mmg sgt2 menjaga hubungan dgn jiran2 akak esp yg dok sebelah umah akak, lagipon akakkan suka bersembang so jiran2 le tempat akak berkongsi cerita..
 Masa akak mula2 kawin akak tinggal ngan ibu mertua akak lepas akak bersalin anak pertama akak terus berpindah ke kuarters TNB . Masa tu jiran akak yg pertama namanya KakShimah atau orang panggil dia "makItam".Akak plk panggil dia kak sebelah..hihihi, sbb dia jiran sebelah umah akak.Dia beranak 6(masa tu ler) Jiran akak yg lain ialah Eton, Rani dan Aiza. Rani ni berbangsa India, tapi india yg berkulit cerah dan cantik jgk dan beranak 3. Suaminya akak panggil Uncle je. Umur rani ni dlm lingkungan 30an. Anak akak Fiffy selalu dijaga oleh Rani dan anak2nya sbb dia org mmg suka kanak2 dan bila Fiffy menangis, anak Rani, Padma akan dtg mengambil Fiffy atau kdg2 akak yg hantar kerna nak memasak. Bila Fiffy berunur setahun lebih dia berkawan rapat dgn anak kak "sebelah", Aziziah. Fiffy panggil kak sebelah ni 'mak'. Ikut mcm Aziziah panggil. Fiffy dan Aziziah masih rapat hingga sekarang...selalu calling2. Bayangkanle betapa lamanya mereka bersahabat!  Mak  atau kak sebelah   ni plk sgt  pandai masak pulut kuning yg menjadi kegemaran Fiffy sampai ke hari ini. Kata Fiffy pulut kuning mak lah yg paling sedap di dunia...hahahahaha 

Gambar Kaksebelah@ kakShimah bersama suaminya Hj Khalid dan anak2. 4 dari kiri ialah Aziziah yg jgk rakan karib Fiffy sejak kecil hingga kini.
 Bila akak berpindah ke atas bukit, jiran akak cuma seorang iaitu Azli dan Azila pasangan baru kwin.
Bila akak berpindah ke rumah sendiri, akak berjiran dgn hasnah, Kak An dan Kak Ana. Hasnah dan Kak Ana mmg sgt pakar masak.  Kak Ana mungkin kerna faktor umur menyebabkan dia agak malas memasak tapi kalau Hasnah mmg sgt rajin almaklumle masih muda dan aktif plk tu.
Akak dan dia saling bertukar juadah tp kalau dia menghulur juadah mmg menjadi rebutan antara akak dan anak2..hahahaha, sbb kami semua dah tau pasti masakan Hasnah sgt sedap. Hasnah ni ada 5 org anak. 2 dah besar tp 3 lagi masih kecil dan agak lasak kerana semuanya lelaki, Naim, Nabil dan Najmi. Semuanya comel2 sgt...akak sgt suka melihat keletah mereka. Mereka pon sebaik pandai bercakap nama akak le yg mula dia org panggil...bangganyer. Akak pernah kasi tahu suami Hasnah, Norman betapa bertuahnya dia beristerikan org cantik dan pandai masak spt Hasnah ni....mmg lucky sesgt le si Norman ni. Okle cukuplah citer pasal jiran nanti kita citer pasal pasangan yg tiada zuriat.

pulut kuning masakan emak angkat Fiffy yg fiffy kata paling sodap di dunia.Fuh!! bayangkan.....

Akak ni jenis yg x suka bertandang ke rumah jiran2. Kalau ada citer2 panaz akak bersembang kat depan umah jer. Tak nakle masuk2 nanti jd berjam2 plk..keje pon x jadi. Akak ni sgt sebok. Tapi akak ada srg jiran ni yg bekerja sbg seorang Manager HR di Port Klang. Dia ni akak panggil Aya jer. Dia tiap2 pagi dlm pukul 7 sebelom pegi keje dia mesti kol dan sembang2 ngan akak dulu. Kalau tak berbual dia rasa x lengkap plk harinya...hahahaha kelakar le plk. Akak pon serasi dgn dia...satu kepala....kalau rasa x puashati terus je hambur , takde simpan2 atau mengata2 belakang. Tak baik tau...dosa besar tu kalau mengumpat walaupon kita rasa kita bkn mengumpat tapi kalau menceritakan hal org lain yg buruk2 mmg dlm kategori mengumpatle takkan dlm kategori berzikir plk....hehehehhe.
Walau apapun jiranle yg paling penting bila kita berjauhan dari family.... mcm akak ni yg adik beradik kebanyakan ada di kedahler dah asal org Kedah. Suami asal org Klang so ramaile sedara mara dia di Klang ni. Ahhh..tak kesahle sbb family suami pon baikhati semuanya.
Wahai rakan2 ku marilah kita bersama2 menjaga siratulrahim dgn jiran tetangga kita, sekiranya hati terguris dgn perlakuan mereka...ketepikan le dan pikirkan le akan siratulrahim yg akan telah lama terjalin antara jiran tentangga....masyaallah.Jiran tetangga itu adalah sedara kita sewaktu susah dan senang.

Monday, 12 December 2011

Anak Derhaka @ Si Tanggang Zaman Moden

Zaman ekarang anak2 menderhaka kpd ibubpk lebih brutal
Hemmm hari ni akak nak citer pasal sikap kita sebagai anak. Akak dulu2 masa belom kawin mmg jenis suka melawan ibubapak (mengaku tau).Sgt suka memberontak, tapi emak akak ialah ibu yg sgt lembut. Dia tidak pernah memukul anak2nya malah nak marah2 pon x pernah. Setengah org berkata jika ibu suka menjerit2, anak2 pasti mengikut perangai ibunya tapi berbeza ngan akak...mak akak sgt lemah lembut, tak pernah...ulang sekali lagi yer..TAK pernah jerit kpd anak2nya tetapi akak adalah ibu yg sgt suka menjerit pd anak2 tp bukan didepan suami akak....seganle suami akak jenis cool , bila suami akak tiada dirumah ler. Kalau akak menjerit panggil anak2 yg berada ditingkat atas pon ditegur suami...nanti satu taman dgr, inikan plk nak jerit kat anak2. Pengsan dia nanti.




Tajuk akhbar pon dah melambangkan betapa kurang ajarnya anak zaman skrg.

Akak dulu kalau melawan pon xdele sampai memukul ibupbk(giler ke apa?). Cuma melwan cakap atau memberi reaksi kurang senang atas teguran ibubpk tapi anak2 skrg, kalau ditegur, die menjerit kat kita mcm kita plk anak dia org...bygkan. Akak sebaik megandungkan anak pertama, akak mula faham perasaan seorang ibu dan sebaik aje melahirkan anak sulung....akak rasa akakle anak yg paling baik. Kalau boleh setiap masa nak menyukakan hati ibubpk.Keinsafan dtg sendiri ...mungkin kerana akak lebih matang sebaik melahirkan anak.
Tapi anak2 sekarang, kalau tidak puashati...ada yg memukul ibubpk. Dlm akhbar plk tajuk anak2 menghalau ibubpk atau memukul ibubpk tidak lagi menjadi satu kejutan pada pembaca kerana sudah selalu disogokkan dgn kebrutalan anak zaman skrg. Lagi satu akak perasan anak lelaki ni kalau dah berkahwin mereka akan lebih menjaga hati isteri dari hati ibubpk.Demi isteri atau demi cinta mereka sanggup ketepikan perasaan ibubpk atau sanggup buang ibubpk... tak kesah lagi perasaan ibubpk.


[filemgambar.jpg]
Kisah anak ketepikan ibubpk kerana isteri berlaku sejak dahulukala lagi. Contoh utama ialah cite siTanggang ni.

Akak nak share kisah benar ttg anak kwn bpk akak PakMat...akak namakan dia si K. K ni adalah anak tunggal lelaki dlm 5 adikberadik. K adalah anak kebanggan PakMat. Plk tu K sgt pandai dan telah  melanjutkan pelajaran keluar negara. Bila pulang ke Msia, K ingin mencari isteri maka si pakMat dan isteri mulalah  mencarikan calun menantu yg baik2 utk anak kesayangan mereka dan mereka telah memilih seorang gadis dari daerah akak jgk. Gadis ni nmpk sgt baik tapi sebaik melangsungkan perkahwinan...tiba2 si K membenci ibubpknya. PakMat dan isteri sgt sedeh..mereka pernah dihalau sebaik melangkah masuk kerumah si K. Isteri siK plk bukan main lagi menunjukkan taringnya. Tiada lsg hormat dia pd ibubpk mertuanya(nauzuillah). PakMat ni org berada dan mempunyai byk harta...pernah PakMat dan isteri menunjukkan geran pd siK utk siK menguruskan harta mereka bila mereka tiada kelak tp si K menengking mengatakan dia x heran dgn harta Pak Mat tu...PakMat dan isteri pernah menangis swaktu menceritakan kesedehan mereka pd ibubpk akak...kesiankan. Jika PakMat dan isterinya nak melwt cucu2 mereka...mereka akan pergi ke Tadika atau sekolah cucu2 mereka tadi. Kesiannnn kan.... Tapi percaya tak, sebaik PakMat meninggal dunia yakni dihari kematiannya si K dtg( tak masuk melwt jenazah PakMat) dan tanpa segan silu meminta geran yg pernah pakMat tunjukkan kpdnya.Ishhh...mmg tak malu sungguh. Anak mcm si K ni biarlah ditunjukkan di dunia ni jgk..kejam sgt2.Entah berapa kolah airmata ibubpknya tumpah kerana sikap buruk si K dan isteri kesygnnya. Semoga ada balasan utk mereka menyedari akan dosa didunia ini, dosa besar mereka terhdp kedua orgtuanya...masyaalllah.Akak dgr citer ni pon akak sakit hati. Betul2 anak tak mengenang budi. Bukan ibubpk mengharapkan wangringgitnya,,,,cukup sekadar menghormati mereka sbgai org tua .Biar anak2 mereka plk yg lakukan sbagai mana mereka layan PakMat dan isterinya, biar siK dan isterinya insaf tahap gaban.
So kita sebagai isteri sebaik2nya selalulah memainkan peranan utk mendekatkan ibubpk mertua dgn suami kita bkn memporakperandakan mereka. Dlm islam ibubpk mertua tarafnya sama dgn ibubpk sendiri. Bygan betapa tingginya taraf kedua mertua kita. Anak2 lelaki plk jgn asyik nak menjaga hati isteri je sampaikan hati ibubpk di abaikan. Dulu bukan main menyayangi ibubpk tapi sebaik berkawin..isteri adalah segala2nya. Walauapa pon kesalahan isteri, si anak lelaki yakni sisuami tadi akan membela penuh kasih syg sampaikan hati ibubpk sendiri terluka.Bayangkan...mereka harus sedar ibubpk hanya satu didunia ini, tiada galang gantinya tapi isteri...kalau hilang satu boleh tambah lagi tiga.....hahahahah. Betul tak kata2 akak ni? So kita sebagai anak kena selalu beringat utk menjaga atau mengutamakan hati ibubpk kita dahulu...baru disusuli hati isteri. Siapa tak sayang bini oooi tapi biarlah berpada2, jgn sampai menderhaka kpd okedua orgtua kerana terlalu sayangkan isteri....masyaallah. Akak selalu ingatkan anak2 lelaki akak ttg siTanggang ni. Akak cuma mampu berdoa supaya anak2 akak tidak menjadi spt si Tanggang dan  digolongan anak2 derhaka.  



Antara tajuk2 akhbar yang memaparkan sikapderhaka dan tamak anak2 . Berebut harta ni sejak zaman dulu lagiler.
Akak pon kagum ngan anak zaman skrg, ye ler pukul ibubpk mcm pukul anak2 mereka. Entah kenapaler anak2 zaman skrg jadi jahat sampai mcm ni sekali...makanankah? Emm...iman takde le tu sbb tu bila buat ibubpk tak fikir dah. Kita ni selagi ibubpk ada cubalah berbakti sebaik mungkin dan sehabis daya....jangan pentingkan diri kita atau pasangan kita. Sedikit sangat pengorbanan kita kalau nak dibandingkan dgn pengorbanan ibubpk kita. Mampukah kita membalas jasa mereka. Kalau boleh hindarile sikap yg akan menimbulkan kesedehan dihati mereka, Beringatlah wahai semua anak2 temasuklah diri akak dan suami akak. Ok sebelum akak undur diri akak nak masukkan sikit hadis ttg dosa anak derhaka ni....


Dari hadits di atas dapat diketahui bahwa dosa besar yang paling besar setelah syirik adalah uququl walidain (durhaka kepda kedua orang tua). Dalam riwayat lain Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda bahwa diantara dosa-dosa besar yaitu menyekutukan Allah, durhaka kepada kedua orang tua, membunuh diri, dan sumpah palsu [Riwayat Bukhari dalam Fathul Baari 11/555]. Kemudian diantara dosa-dosa besar yang paling besar adalah seorang melaknat kedua orang tuanya [Hadits Riwayat Imam Bukhari]

Ituje lah bebelan akan utk citer ni. kalau rajin layarile lagi blog akak yer...




Monday, 21 November 2011

Abang iparku, Ruslan Ramli

Inilah wajah kesayangan adik2 ipar dan ibubpk mertua,
Abang ipar akak namanya Ruslan Ramli....suami kpd kakak sulung akak, kakShimah. , Dia ni berumur 48 thn, muda dari suami akak tau ..kami panggil dia Bang Lan .tapi kalau kat pejabat orang panggil  dia lebai. Dia ni mmg sgt baikle.....gaya abg2 sungguh. Ye ler..kalau kami balik, mesti dia akan masakkan masakan yg special utk kami sekeluarga. Abang Lan ni mmg pakar masak sejak dari bayi lagi..heheh(over sgtle plk) takdele sejak dari muda. BangLan ni pernah berniaga mee rebus  dan pasembor. Sebab tiu dlm entry akak sebelom ni, akak critekan betapa mudahnya hidup kakak sulung akak ni almaklumle tak payah pening2 nak memikirkan utk memasak.
Bang Lan ni mmg suka masak sebab tu rumah mereka selalu dikunjingi tetamu. Anak akak, siFiffy sgt suka mee sup dan mee goreng abg Lan. Suami akak plk suka kari kepala ikan dan mee rebus abg Lan. Akak plk.....suka semua masakan Bg lan sbb akak mmg suka org masak utk akak..hihihi takde le sebenarnya bang lan masak mmg sedap tahap gaban! Hingga menjilat jari....
Abg Lan menunjukkan kepakaran memasaknya.Tgk dimana2 pon dia lah chef utama.Bangga kami tau...
Bapak dan emak akak pon sukakan masakn BgLan, maksud akak semua suka masakan Bg Lan. Pada hari raya plk..abg Lan le chef utama kami, bila ramai2 sedara nak dtg, cepat2 akak telefon BgLan suruh masak sampaikan  semua sepupu2 akak dah tau dan kdg2 mereka perli akak jgk. Sepupu akak Ari pernah kata kalau abg Lan sakit entah2 dia org dtg dpt minum air jer....hehehe. mmg betul le kot. So Udin plk kata kalau BgLan mogok...jenuhle akak.Ishh...mmg pon, jgn dok buat keje mogok2 ni Bglan yer......tak sanggup akak nak bayangkan. BgLan dan Kakshimah ni sgt sepadan. Byk keserasian, byk persamaan. Alhamdullillah ...sgt baik jodoh yg Allah tentukan utk kakShimah tu. Kalau lelaki lain, jenuhle Kakshimah pening kepala memikirkan menu masakan tapi dgn Bg Lan kakshimah x payah memikirkan lsg hal masakan. Semua abg Lan yg masak.
Skrg ni BgLan ada masakan baru, mee kicap. Mmg sedap, kalau abg Lan sudi bolehle kita share resepi mee tu...
 Kadang2 akak dan suami pon pernah terfikir betapa bertuahnya mempunyai abang ipar sebaik dan prihatin spt Bg Lan. Bang Lan dgn KakShimah ni...dua dua baik hati...tak kedekut, masyaallah... mmg kami semua sgt menghargai dan mensyukuri kehadiran BgLan dalam keluarga kami. Berani jamin kwn2 akak tak dpt abg ipar sebaik ni kan...bkn kerana dia pandai masak aje tapi sikap keabangan Bg Lan buat kami semua sgt menghormatinya. Anak akak siFiffy pon sgt sayangkan Paklongnya ini. Kami selalu berdoa semoga abg Lan dipanjangkan umur dan di murahkan rezeki sbb dia ngan kakshimah sgt pemurah. kalau masak tu x pernah nak mengira, beli ikan besar selalu. Nanti kalau akak balik Jitra kak ambil gmbar masakan BgLan dan paparkan di blog ni...hehehe kasi korang semua jelezz....terliur sbb korang boleh tgk je...akak boleh makan. Yezzzer....
Bg Lan dihadapan makanan, selain suka memasak....Bg Lan jgk suka makan. hhehehe
Akak tulis kat blog ni khas utk BgLan sebagai menghargai kehadiran seorang lelaki yg sgt baik dlm hidup keluarga kami....... Sesungguhnya kami semua adik2 ipar sgt sayangkan abg Lan ni spt abang sendiri......alhamdullillah.

Resepi Daging masak Paprik dari Eton

Akak ni bknnya pandai masak sgt pon tapi makmertua  akak yg sah2 terror masak pon pernah mintak resepi dari akak tau. Fuh! bangga siot beb....terasa mcm chef2 tersohor plk. Masa mula2 kawin tu mmg akak terkial2 le nak memasak, siang ikan mmg tak pandai langsung dan cuci sotong pon x reti so mak mertua pon ajarkan akak cara2 menyiang ikan dan mencuci sotong ngan betul (masa baru kawin akak duduk ngan mak mertua) Bayangkan kalau akak cuci sotong, dgn telur2 sotong akak buang. makmertua yg sgt suka telor sotong tidak  lagi membenarkan akak mencuci sotong tetapi kalau ikan dia okler cuma sotong mmg TAK boleh" Emmm tak kesahler....lagi relak akak kan.(kalau tau ikan pon akak pura2 tak reti, buang isi2 ikan tu...sah2 esok tu makmertua suruh akak kunyah tulang ikan sehari semalam sbg denda...kihkihkih)baru padan muka akak yer.

Anak sedara, kakak ipar dan adik ipar yg sgt terror buat biskut raya , kek lapis dan berjenis2 kek. Kalau nak tempah kek boleh tempah kat adik ipar akak ni.

Kakak ipar yg pakar memasak lauk pauk dan western food.


Ibu mertuaku sewaktu di rumah kakak ipar. Ibu mertua yg sgt terror  masak dan  kepakaran memasaknya telah diwarisi oleh anak2 dan cucu2nya. serta menantunya..iaitu akak.Hehehe perasan jer.



Kek hasil tangan adik ipar akak, Roseliza. Hah!Kan akak dah kata mertua, adik dan kakak ipar akak  sgt terror memasak. Ini le buktinya. Korang reti ke buat kek secantik ni. Akak mmg surrender awal2 ye.

Sebaik akak berpindah ke rumah sendiri, akan mula explore mcm2 resepi sbb kakak akak yg no 2.KakYati tu telah membekalkan akak dgn satu buku resepi yg penoh dgn resepi2 hasil tulisan tgn kakYati so kalau nak masak mmg buku tu le jd panduan akak. Suami akak ni jenis yg tak pernah kritik masakan akak..masin ke manis ke dia makan je, kesiankan .                                                       .
Semasa  akak tinggal kat kuaters tu, ada jiran akak yg sgt baik dan rapat ngan akak...Eton namanya.Si Eton ni kalau masak mmg terror sgt...so satu hari tu dia hntr kat akak daging paprik yg sgt sedap. Fuh.... so akak mintakle resepi. Eton ni mmg tak kedekut ilmu so dia le ajar akak resepi ni. Mmg sedap sbb makmertua, dan kakak ipar pon minta resepi ni dari akak padahal family sebelah suami semuanya terror2 masak. Semuanya bekas2 chef sbb akak ni kalau nak dibandingkan dgn family belah suami mmg tak masuk dek akal...heheheh sebab dia org ni mmg terror tahap chef Wanle.So kalau dia org mintak resepi tu kira mmg sodaple mskn tu!!!

Si Eton berposing pon depan makanan sbb dia ni bkn aje pandai masak tp sgt suka jalan2 cari makan. Tak heran le kalau makanan sedap sampai ke JB pon dia sanggup redah.

Ok sekarang kita tgk apakah bahan2nya. Akak rasa masakan ni paling mudah, ada sayur dan           pedas.  So mmg berbaloi. Resepinya ringkas tapi kalau pandai masak konpem sedap tapi kalau tak pandai x yah le masak.... mengabihkan daging jew. Ok bahan2nya ialah.


-
Setengah kilo daging batang pinang( direbus dan dipotong nipis)

-4 labu bawang besar(dipotong 4)
 -5 btg cili merah( dihiris nipis)
-10 biji cili padi yg kg tau( kasi pedas)(ditumbuk pecah 
-  sayur2annya:-
Carrot. kacang panjang dan jagung muda
 5 camca besar
Kicap Jalen atau kicap kipas udang
 5 camca besar Sos tiram
Sedikit minyak
Air rebusan daging
Daun limau purut

Cara2nya:-
Tumis bawang, cili merah dan cili api. apabila sudah naik bau, masukkan daging yang telah dihiris nipis itu tadi kemudian masukkan sos tiram, kicap dan bila dah sebati masukkan air rebusan daging gula dan sedikit garam. Kemudian bila dah agak lama dan kuahnya telah menjadi  pekat, masukkan  sayur2an dan daun limau purut, Bila kuah dah sebati, tutup api dan dah...masak satu resepi. Mudah giler kan sedap. pedas ....cubaler mesti akan masak selalu. Nanti akak kasi plk resepi yg makmertua akak kasi iaitu sotong pattaya......
Mcm ni le rupa daging masak paprik yg mcm akak masak. Tapi gmbr ni akak amik dari laman web jer....bila akak masak nanti akak akan masukkan dlm blog ni..hokey yer,
.                                                                                                          

Cubale ye kwn2 semua. Akak sgt berterima kasih pd Eton yg kasi resepi masakan yg sgt mudah dan sedap ni..                                                                                                                                                    



Thursday, 17 November 2011

Sinopsis Tentang Dhia

drama yg menarik
Slot akasia dalam TV3 yg terbaru  bertajuk "Tentang Dhia" yg dibintangi oleh Nora Danish sbg Dhia, heronya tentule sikacak Adi Putra, Hari tu akak layan citer Sofiyya. Ingat dah habis  drama tu akak dah tak nak tgk2 lagi drama2 berantai ni tapi dah tertengok waktu sdg mengiron baju makanya mmg dah tertarik le ngan drama ni tambah2 dgn kehadiran artis cantik dan hot mama Nora Danish, Puteri Sarah dan Tasya Sheila.
 Sinopsis drama ni agak menarik di mana Dhia yg cantik dicintai 3 lelaki, sejak kecil dia dicintai siRafik. Kemudian kehadiran anak yatim piatu Azmi memikat hati Dhia dan mereka bercinta hingga hampir mendirikan rumahtangga tapi kwn persekolahan Dhia iaitu si Melly telah membuat fitnah dgn memerangkap si Azmi  sehingga mereka ditangkap berkhalwat dan bermulalah kisah sedeh Dhia apabila Melly mengatakan dia sedang mengandungkan anak si Azmi.
Dhia terkejut dan kecewa amat sangat apabila mengetahui tentang hal itu, lebih lebih lagi majlis pertunangan sudah hampir. Dhia yang jujur dan baik hati sanggup memaafkan Azmi dan mereka bertunang juga akhirnya. Melly tak mengaku kalah dia menyerang Azmi semasa majlis pertunangan dan mahu Azmi bertanggungjawab. Melly berjaya disatukan dengan Azmi tanpa kerelaan Dhia.
Dalam keadaan masih sedih mengenangkan nasib malang yg menimpanya tiba2 dia bertemu Zikri yg dtg dari bandar dan merupakan seorang arkitek kacak yg digilai oleh Rose iaitu anak srg Tan Sri yg telah berjaya membeli hati emak, nenek dan adik Zikri dgn wang ringgitnya.. Zikri dtg menziarahi pengkebumian kwn baiknya dan sebaik memandang wajah ayu Dhia, Zikri terus jatuh cinta pandang pertama, Wow!!! skrg ni dah lama akak tak dgr cinta pdg pertama ni..ishh romatik jgk tu. Apa2 pon mari lah kita layan slot akasia ni setiap hari isnin hingga khamis pukul 7 mlm. Tapi TV3 ni tak sesuaile menayangkan slot akasia ni pukul 7 padahal skrg pukul 7 dah masuk magrib...so sepatutnya diawalkan setengah jam mcm yg dok layan slot akasia ni org bangsa asing....pelikkk betul pihak tv3 ni. Hailaaa siapa lah yg letak slot tu tepat pukul 7. Akak nak tau jgk....tak fikir sensitiviti org islam lsg.Cewahhh mcm akak le terlebih sensitipp. Pastu yg best lagu yg merdu nyanyian si Adi Putra



Dhia dan Azmi sedang mencuba baju pengantin tapi syg hasrat tak kesampaian dek kejahatan Melly!


Wah...bukan main erat SiNora berpelukan dgn Adi Putra. Ishh...Suami akak mmg sah2 tak boleh jadi pelakon sbb akak takleh tgk suami akak pelok pompuan lain tambah2an pompuan secantik Nora. Jelezz tahap gaban ler,