Wednesday, 14 December 2011

Pasangan Yang Tiada Zuriat

Akak terpanggil nak citer bab anak2 ni bila akak tgk ramai pasangan yg baru berkahwin sudah mula risau pasal nak mendapatkan zuriat dgn cepat. Zuriat adalah pemberian dari Allah s.w.t. ..kita sebagai hambanya hanya mampu berdoa untuk mendapat zuriat yg baik dan sempurna. Jika sekiranya Allah memperkenankan doa kita...alhamdullillah dan jika tidak, kita jgn berputus asa dan terus berdoa dan berusaha. Doa adalah hubungan langsung antara kita dgn Allah...subhanallah.
Akak ni kalau tgk pasangan yg lama berkahwin tidak mendpt anak...dalam hati kecil akak turut mendoakan agar pasangan tadi akan segera dikurniakan anak. Akak tak akan sama sekali mencaci-cerca, mengata atau menghina pasangan itu kerana akak faham perasaan mereka. Mereka pasti akan tertekan, kecewa dan sedeh jikalau selalu ditanyakan ttg anak.


Saat bahagia menimang cahaya mata mmg ditunggu oleh semua wanita yg telah mendirikan rumahtangga.
Manusia sekeliling mmg suka mencari kekurangan org, jika mereka merasakan mereka sempurna tanpa berasa bersalah lsg mereka akan menghina psgn yg tiada zuriat ini. Kdg2 akak heran dgn manusia yg bermulut celupar ni, langsung x memikirkan perasaan org jika berkata2. Bygkan jika keluarga kita yg dicaci cerca kerna tiada zuriat padahal rezeki itu semata2 dari Allah, kita tiada kuasa langsung mengubahnya. Cuba fikirkan perasaan org jgk....
Saat yg ditunggu oleh setiap pasangan yg mendirikan rumahtangga .Mengandung...bahagia mempunyai zuriat sendiri.
Masa akak berjiran di kuaters dulu, akak pernah terdengar sindiran pedas dari seorang wanita yg agak alim kpd jiran akak yg tiada anak...tau apakatanya..."hurmm...buat apa cikabg awak balik awal, kalau bersama pon bkn ada hasilnyer, mengabiskan a... je." (tak sanggup nak taip pon apa lagi nak sebut)Akak tgk org yg disindir dgn begitu pedas terkejut, terkedu lalu dia meninggalkan si wanita itu begitu sahaja. Alahai....kalau wanita tu mcm akak ok jgk..maksud akak xde le alim pon tapi wanita ni boleh dikategorikan sbg wanita alim berdasarkan pakaian dia dan anak2nya serta suaminya yg berserban. Takkan dia tak tau rezeki anak ni Allah yg bagi...kita sbg  manusia serta hambanya mana ada daya utk mengandung kalau tanpa izinNya. Masyaallah!!

So sbg masyarakat ug prihatin dan terdidik dgn agama islam yg murni ini....jgn sama sekali kita mencaci atau mengata org yg tiada zuriat. Cuba fikirkan perasaan mereka. Pasti wanita yg tiada zuriat dan pasangannya akan tertekan jika ditanya bertalu2 setiap kali bertemu mereka malah sudah byk akak dgr jika seorang wanita itu tiada anak, dia malas utk pulang ke kampung kerana tidak tahan ditanya dan disindir oleh sanak sedaranya maka pastinya dia meminggirkan dirinya kerana mulut2 celupar kita ini. Sedara akak pon ada mengalami masalah ni...dah berbelas tahun kwin tapi tiada zuriat hingga dia mengambil anak angkat tapi akak tak pernah mahu menanya ttg anak padanya kerna akak faham situasinya. Akak selalu mendoakan agar Allah akan mengurniakan anak yg comel2 padanya satu hari nanti memandangkan suaminya yg bersifat sgt penyayang pd anak angkat mereka tadi. Dibelai bagaikan anak kandungnya.
Pesanan akak pada pasangan yg belom dikurniakan zuriat oleh Allah s.w.t....bersabar, berusaha dan berdoalah selalu. Semoga mereka akan dikurniakan zuriat jgk satu hari nanti. Skrg ni mcm2 produk ada...biodexler, dan mcm2kaedah moden lagi utk mendpt zuriat tapi jgn sewenang2nya mencuba yer,  pastikan ada sijil dr kementerian kesihatan...manalah tahu ada rezeki plk nanti.Insyaallah.
Ini akak copy dari blog pakarhowto
Disini akak ini kongsi petua utk mendpt anak yg akak baca dari satu blog iaitu wanita yg mahu mengandung hindari junk food,coca cola, makanan jeruk dan jambu batu manakala lelaki plk dinasihatikan mengelak dari merokok atau memakai seluar jean  yg ketat.Pasangan kenalah minum susu kambing . Doa plk selalu baca menyebut nama Allah "AlMusowwir.Cubalah mana tau cubaan kali ni mandatangkan hasil....insyaalllaahhhhhhh.......
Sebelom tu akak nak citer satu pengalaman yg akak sendiri tgk ttg satu pasangan yg tiada anak ni. Si Suami ni setelah 4 thn berkahwin dan tak dikurniakan anak maka dia telah menceraikan isterinya dan menceritakan pd kwn2 dan tetangga yg isterinya itu mandul. Tak lama kemudian dia berkahwin kali ke 2, begitu jgk bekas isterinya. Tak lama kemudian bekas isterinya yg berkawin lain tadi telah mengandung dan ini membuatkan ego bekas suaminya tercabar lalu tanpa berlengah dia menceraikan isterinya yg ke 2 dan berkahwin utk kali yg ke3 nya demi utk membuktikan kelakiannya malangnya sampai skrg setelah hampir 6 thn berkawin tapi si isteri masih tiada tanda2 mengandung pon  makanya pesanan utk si suami, buat check up dulu sebelom menuduh isteri anda mandul. Sikap salah menyalahi antara satu sama lain....tidak akan menyelesaikan masalah malah makin merumitkan keadaan maka utk psgn2 yg tiada zuriat.... berikhtiarlah bersama2, sesungguhnya dgn pertolongan Allah s.w.t. disamping doa yg berpanjangan... insyaallah.....akan menemui kejayaan.
Dan kita masyarakat yg prihatin dan penyayang  harus selalulah  memberikan sokongan pada pasangan yg tiada zuriat dan dorongan supaya mereka sentiasa pasrah dan berdoa. Sesungguhnya Allah maha mendengar akan doa hamba2nya......

42 comments:

  1. Best baca entry kak ijah.. MasyaAllah.. U r rite.. Anak itu adalah anugerah dari Allah..sebagai wanita, kita sure memahami bg yg belom mempunyai rezeki anak.. Apa pun, kita tiada hak untuk mempretikaikan sebarang keadaan yg melibatkan pasangan mempunyai anak lambat atau cepat.. Allah Maha Adil.. dia akan beri pada Masa yg Sesuai dan semuanya adalah dari Dia.. MasyaAllah..

    Salute kak ijah.. Kee writing ya.. Bb suka baca..
    Barakallah

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas sokongan Bb utk blog kakijah ni. Kakijah akan terus menulis sekiranya ada waktu....mmg betul bb, kita takde hak mempertikaikan rezeki anak pd setiap psgn yg tiada zuriat kerna semua tu adalah anugerah dari Allah....semoga pasangan yg tiada anak selalu tabah dan sabar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Singgah blogwalking di sini...tq for sharing

      Delete
    2. Singgah blogwalking di sini...tq for sharing

      Delete
  3. Salam.
    Terima kasih kak.. orang macam akak ni la yang saya dan kami harapkan. Kami harap mereka di luar sana berfikiran macam akak. Kami harap orang macam akak boleh menyampaikan fikiran akak ni pada mereka yg suka smash orang macam kami. Tulisan akak ni pun salah satu usaha.

    Biasanya kami tidak mampu berkata apa-apa kerana kelu lidah kerana terkejut, disentap perasaan kami. Ingin juga sesekali membalas seperti sakitnya rasa hati saya, tapi tak sanggup nak menyakiti orang lain. Walaupun mereka itu orang yang menyakiti. Sebab saya sangat faham apa erti sakit hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam Irtiyah...
      Bila baca komen Irtiyah, akak dpt rasakan betapa tensionnya Irtiyah akan pdgn serong masyarakat terhadap Irtiyah. Akak sgt sedeh dgn masyarakat kita yg x habis2 bersoal jawab ttg anak pd psgn2 yg tiada zuriat, masyaallah. Ramai jgk sedara mara dan tetangga akak yg tiada zuriat mengadu pd akak sbb tu akak tulis di blog akak agar org2 di luar sana lebih prihatin dan memahami perasaan psgn yg tiada anak kerana, rezeki Allah yg beri..kita hanya mampu berdoa dan terus berdoa tanpa jemu. Sesungguhnya Allah maha mendengar akan rintihan hamba2nya. Sabarle dek Irtiyah... akak doakan walau apakeadaan pon, adik dan suami sabar dan berbahagia selalu. Pedulikan dgn kata sindiran, cercaan atau tohmahan sekeliling,tabahkan hati ye dik.

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. walaupun saya baru masuk 2 tahun kahwin, tapi saya dah rasa macam mana org yg belum ada baby..tapi saya yakin Alllah tahu apa yg terbaik utk kita..thanks akak..:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam hujan malam...
      Akak doakan yg terbaik utk adik dan suami. Insyaallah.. berdoalah selalu. Adik masih baru lagi berkahwin, sabar dan berusaha. Apa2pon akak doakan yg terbaik utk adik dan suami.

      Delete
  6. menitik air mata sy kak...
    sy pun kategori org yg belum dikurniakan anak
    tp sy cuba sabar dan berdoa walaupun ujian dtg menimpa sy bertimpa2.

    sy selalu mengalami pendarahan.sy mempunyai ketumbuhan polid tp telah dibuang melalui operation. dan baru2 ni saya disahkan oleh doc mempunyai fibroid dan tiup folopio sy sumbat sebelah kanan.

    salah seorang sepupu suami sy pernah berkata dlm masjid seperti ini "ko kan memang berpenyakit.mana boleh mengandung"

    sedih sy kak... skrg dah hampir 6 tahun sy berkahwin tp saya bersyukur dikurniakan suami yg sgt memahami dan sama2 sabar memikul dugaan ni dgn sy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalammualaikum adek, bersabarlah dek. sedeh akak baca komen adek ni namun percaya dan yakinlah satu hari nanti adik pon akan dikurniakan zuriat sendiri...berusahalah. mempuyai fibroid dan tiup tersumbat tu adalah perkara biasa... maaf bertanya, adakah adik berbadan besar kerana selalunya wanita yg berbdn agak besar, tiup folopianya tersumbat dan harus dilakukan pembedahan kecil. Fibroid jika tidak menganggu kesuburan tidak perlu di operate,
      Sepupu akak mengalami masalah yg sama dgn adik dan alhamdullillah setelah enam tahun berkahwin, beliau dikurniakan 2 org anak perempuan...cumanya perlukan lebih ketabahan.
      Tentang mulut2 org yg tak memahami, anggaplah itu nyanyian merdu pd adik..jgn ambil peduli. Fikirkanlah yg org yg menegur tu ada masalah mental so adik akan ok dan tak tertekan. Berusahalah dek dan syukurlah suami adik sgt memahami. Akak mendoakan kebahagiaan adik dan suami dan yg paling penting kesabaran adik nanti pasti Allah menjanjikan perkara yg indah dan manis dihujung kesabaran adik...insyaallah...jgn berputus asa utk berusaha dan selalulah berdoa yer...

      Delete
    2. Sy berbadan gempal tp x gemuk..
      Terima kasih kak bg semangat..

      Entah la..betul ckp akak..manusia ni kadang2 bila dia rasa sempurna ia mula mempertikaikan kekurangan org lain..

      Dlm masa terdekat ni sy tgh mencari anak angkat utk di bela xpelah..sekiranya tertulis itu takdirnya..sy terima

      Delete
    3. Mulut orang memang ada yang menyakitkan hati kan

      Delete
    4. Mulut orang memang ada yang menyakitkan hati kan

      Delete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. thanx akak sbb memahami insan2 seperti kami, setuju dengan apa yg di katakan irtiyah.. lidah kami jadi kelu bila d smash dengan kata2 oleh insan yg x memahami. ikutkan hati nak balas je ape yg diaorg cakapkn tapi utk apa buat begitu? x menguntungkan sesiapa pon, bukannya mereka paham perasaan insan seperti kami. akhirnya terpaksa bawak diri dengan hati yg sgt sedih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Pija...jgn risau,insya Allah ada sinar menanti di hujung kepahitan tu nanti....

      Delete
  9. Salam. Thanks akak spt support org2 yg sensb ngan sy.

    Sy dah berkahwin dekat 4 thn tp masih blm dpt zuriat. Dah bermcm cr kami buat tp still blm ade rezeki. Lps further check up suami normal tp sy yg ade masalah.Tiup sblh kiri sy tersumbat. Sy plak mmg ade masalah period yg agak kronik. Kekadang hampir setahun xperiod. Kalau nk period sy kena mkn ubat. Sedih :(

    Sy kawin agak lewat. Bkn sy xnak kawin awal tp jodoh sy yg lewat. Tp sedara mara sy gunakan kelemahan sy utk sakitkan hati saya. Sy agak gempal, so makcik sy ckp tu sbb lmbt kawen sbb ko gemuk. Pastu bile sy kawin n xde anak die kutuk sy lg. Dia kata sy xdpt anak sbb sy gemuk. Sedih kak...hari2 sy nangis sbb menyenangkan nsb sy. Tu sbb sy xjrg balik kg. Sy xsanggup terima hinaan dr dieorg.

    Org sekeliling pun xkurang celupar. Ada skali tu ms majlis kenduri dieorg tegur sy ms tgh mkn n org tgh ramai. Sy menangis time tu gak kak...terus sy tinggalkan nasi sy camtu je. Sejak tu sy dah xbercampur ngan jiran2. Sbb sy sedih ngan sikap dieorg. Drpd dieorg kutuk lbh baik dieorg doakan sy. Lgpun seronok ke dieorg kutuk2 org? Cuba letakkan diri dieorg kat tmpt sy...br dieorg rasa apa yg saya rasa.

    Maaflah kak sbb meluahkan rasa kat blog akak plak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Byk typo error lak...sowi ya 

      Delete
    2. Salam Mimi syg...4 tahun bkn jangka masa yg sgt lama tp yg menunggu merasa bagai berpuluh tahun menunggu zuriat. Akak sgt2 faham perasaan org yg tiada zuriat sbb kakak akak pernah melaluinya..selama 6 thn dan kemudian dia dikurniakan zuriat setahun lepas setahun berturut, 2 org cahayamata. jadi akak mudah tersentuh dgn org2 spt Mimi...
      Mimi jgn mudah mengalah, ikhtiarlah dan jumpalah doktor... jika tiada, pasrah dan redha pasti ada hikmah ujian yg Allah beri pd Mimi , jika satu hari nanti Allah kurniakan zuriat..alhamdullillah, jgn pernah putus asa sbb skrg mcm2 kaedah dpt dilakukan. IVF pon bermenafaat jgk...
      Tiub tersumbat tu ada penyelesaiannya jgk Mimi, jumpa dotor pakar sakit puan...doktor akan baki tiub yg tersumbat tu.
      Akak sebenarnya sedeh baca kisah Mimi...byk dugaan tapi pd akak Mimi srg yg sgt sabar dan tabah. Mmg manusia yg mcm makcik Mimi tu...suatu hari nanti dia akan tahu apa yg dia kata tu amat menyakitkan hati org, tidak kena pdnya...anak2 dia pon ada lagi..setiap kata2 skrg ni Allah bayar cash..Akak mcm nak suruh dia beringat sikit, jgn celupar sgt.. tapi Mimi biarlah dia. Mimi maafkan ajer dia dan anggaplah kata2nya tu sbgai satu dorongan utk Mimi dan suami berusaha...gemok bkn satu kekurangan malahan akak tgk skrg ni ramai wanita gemok kelihatan lebih seksi dr org bdn kurus mc akak ni.
      Akak dah pernah jumpa org celupar mcm jiran tetangga Mimi tu n pd akak org mcm ni kena cilikan je mulut dia (geram ni). Akak gurau jer..jgn plk mimi pegi cilikan mulut dia..kang org tyer sapa suh cilikan mulut si celupar tu..Mimi jwb kakFizah plk...kan susah kakfizah nanti..hahahah ,
      Mimi syg...jgn risau..satu hari nanti Allah akan beri sinar kebahagian pd Mimi, kalau bkn dgn zuriat tapi yg mendtg kita pon tak tahu...apa2 pon akak akan doakan yg terbaik buat Mimi dan suami dan akhir kalam akak akan doakan Mimi akan dpt jgk zuriat sendiri nanti.sabar je yg penting syg. Jgn putus asa yer, Amalkan apa yg akak tulis di blog akak tu. Tiada zuriat bknlah hukuman gantung utk kita...masih ada lagi kebahagian utk Mimi..percayalah.

      Delete
  10. Terima Kasih kerana coretan ini..terubat ht bila membacanya..kurang yang berfikiran seperti hafizah dan memahami insan2 yg belum dikurnikan zuriat ni..sy juga dah 6 tahun lum ada zuriat...saya terima dugaan Allah ini...saya sentiasa yakin bahawa Allah akan beri bila smpi masanya nanti...Dia menguji org yg mampu mengharunginya..

    Walaupun berbagai kata2 telah dilemparkan
    "x pandai buat anak"
    "x subur"
    "ko ada masalah apa smpi susah sngt dpt anak?"
    dan macam2 lagi...

    saya redhakan kata2 mereka...dan sy x balas sbb bagi sy mereka kurang ilmu bahawa segala yang terjadi di dunia ini adalah dengan izin Allah S.W.T...biarlah..walau hati pedih..saya maafkan mereka...

    saya juga telah mencuba berbagai kaedah tp belum rezeki lagi...xpe,masanya akan tiba jua...Allah lebih mengetahui..

    Apapun, terima banyak2 atas tulisan ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sue...salam kasih dari akak...bersabar..besar ganjaran Allah utk org spt Sue...ins sha Allah adalah rezeki nanti...

      Delete
  11. Seronoknya kalau semua org di sekeliling sy berfikiran mcm akak. Terubat hati baca tulisan akak... Thanks :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq dear raihana..rajin2 le melwt blog akak yer

      Delete
  12. Assalamualaikum, bestnya baca post akak ni..terima kasih kak kerana memahami kami..salam perkenalan :)

    ReplyDelete
  13. Waalaikumsalam Rini, salam perkenalan utk rini jgk...tq kerana sudi baca blog akak. Sabart dan berusaha yer
    Sesungguhnya Allah maha Pengasih lagi maha penyanyang...

    ReplyDelete
  14. ape pun fikir senang jew...anak tu urusan Allah..so kite manusia ni yang sememangnye tak sempurna,x yah nk pertikaikan urusan Allah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau semua fikir mcm Azwa wawa ....takde le akak buat tajuk mcm ni utk melegakan perasaan psgn2 yg tiada zuriat pastu ditindas secara halus oleh masyarakat sekeliling...Allah maha mengetahui...ins sha Allah berkat kesabaran..tinggi ganjarannya nanti

      Delete
  15. ape pun fikir senang jew...anak tu urusan Allah..so kite manusia ni yang sememangnye tak sempurna,x yah nk pertikaikan urusan Allah...

    ReplyDelete
  16. "Bunga Orkid di tepi perigi,
    Kuning warnanya nan sentiasa wangi,
    Andai ada rezekiNya untuk kami,
    Akan berpuasalah kami tanda mensyukuri...Amin"

    ReplyDelete
    Replies
    1. indah pantun tu tapi akak tak pandai berpantun mantun ni...ins sha Allah...berdoa dan bersabar

      Delete
  17. Menitis air mata sy bila bc tulisan kak ijah....apa yg ditulis mmg berkaitan dgn diri sy...dah 10thn sy kawin, msh belum ada zuriat...sy dh 2 kali keguguran....5 thn yg pertama mmg tak terasa apa2 sbb sy sambung study,,,tp, bila dh msk 10thn, sy sudah semakin sensitif....sy tak suka balik kampung bila ada kenduri...pasti soalan n sindiran yg sama akan diterima...teriima kasih kak kerana memahami perasaan kami....

    ReplyDelete
  18. Puteri Isniza...akak dpt selami perasaan org mcm puteri..akak mmg sgt x suka org2 keliling sebok bertanyakan ttg rezeki anak sbb rezeki yg lain kita boleh cari tapi rezeki anak ni semata2 adalah kurniaan Allah... apa2pon akak doakan yg terbaik buat puteri, Jgn terlalu memikirkan sgt yer...

    ReplyDelete
  19. Jgn kecewa,Suami/isteri yg tidak mempunyai zuriat,rasullullah saw akan menunggu mereka di Pintu syurga nnti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. SEMBANG AY
      betul tu so bykkan berdoa dan terus berdoa supaya dilimpahi rahmatnya dalam setiap tindakan... sesungguhnya .Allah s.w.t adalah sebaik2 perancang....

      Delete
  20. Saya pn msg blm ada zuriat.. Rasasedih sgt.. Esp bila nk raya.. Rasa mls sgt 😢

    ReplyDelete
    Replies
    1. kampung girl...jgn mcm tu..sabar selalu...ins sha Allah nanti Allah akan beri ganjarannyerMaaf le baru buka blog ni..akak bz sgt2 ngan bisnes tp akak sentiasa mendoakan yg baik2 utk kampung girl dan insan2 yg sedeh tak dpt zuriat..akak sgt simpati. Doa akak utk adik2 akak disini

      Delete
  21. Ya Allah..terharu sy bc penulisan akk...
    sy jg antara wanita berkahwin yg msih belom dikurniakan zuriat...tp sy redha...sesungguhnya perancangan Allah itu adalah yg terbaik utk hamba nya..tiada siapa yg berhak mempersoalkannya....
    dulu sy mmg sgt tetekan dgn situasi ni...yela...kwn sendri pon. bl bckp soal zuriat ni lansung xfikir perasan sy..sy hy mampu besabar wlupon dlm hati Allah sj yg tahu betapa sedihnya hati ni...Smg 1hari nnt ada rezeki utk memliki zuriat sndri...aamiin

    ReplyDelete
  22. Walau Allah belum beri rezeki zuriat, tp dia beri suami yg sgt penyabar, positif,baik sgt, selalu nasihat, bimbing....Allahurabbi...apa lah sgt setakat diuji lmbt dpt zuriat ni, kalau nk dibandingkan dgn kebahagiaan yg DIA beri ni... 💑 😍😍😍😍 sgt beruntung n bersyukur 😍😍😍😍

    ReplyDelete
  23. bila terbaca tulisan blog ni sedap sikit rasa hati.. tapi setiap bulan pasti menunggu dengan penuh harapan, bila rezeki tu xsampai sedihnya tu Allah SWT sahaj yg tau. kadang mesti terasa mcm di mana silap nye... tapi Allah dah ckp setiap manusia akan diuji dgn bermacam2 ujian. Penantian ini juga adalah satu ujian.semoga saya dan suami tabah menghadapi

    ReplyDelete