Tuesday 3 May 2016

Tempat-tempat menarik di Cameron Highlands

Bila sebut Cameron Highlands pasti tergambar difikiran para pembaca sebagai suatu tempat yg beriklim sejuk dan dipenuhi buah strawberi dan bunga-bungaan.Mmg betul kerana Cameron Highlands ni mmg menjadi tumpuan para pelancung dari dalam dan  luar Negara. Cameron bukan hanya mempunyai cuaca yang sejuk nyaman (14-24 drjh  Celcius)tetapi  mempunyai pemandangan alam sekitar semulajadi yang mmg cantik..dgn kwsn hutan, ladang teh dan pokok bunga2an yg cantik .

Pada  tahun 1998. masa tu akak mengandungkan anak no 3... abang membawa akak makan angin di Cameron Highlands. Perjalanan naik melalui Tapah ygg jalannya bagaikan ular kena palu menyebabkan akak muntah sebanyak 8 kali..sampai di Tanah Rata, akak dah lembik keletihan. Serik rasanya...jadi akak berjanji pada diri selepas ini  akak tidak mahu lagi naik ke Cameron Highlands. Tapi pada tahun 2015 iaitu  selepas17 tahun berlalu, takdir Allah telah meletakkan  abg utk bertugas di Cameron Highlands. Takpernah terlintas sedikit pon difikiran namun akak terpaksa mengikut abg ke Cameron. Sekarang ni akak berulang alik dari Cameron ke Tapah dan sebaliknya tanpa pening atau muntah walaupon jalan sgt berliku2. Sekarang ni every week kita berulang alik dr Tapah ke Cameron dan sebaliknya. 

Cameron Highlands mmg sesuai utk percutian seisi keluarga. Pagi2 ajak family berjalan-jalan menyedut udara  nyaman dan sejuk, mmg best. tak terasa penat walaupon kita dah jalan 5-6km. Ok anatara tempat menarik di Cameron ialah Ladang The Boh di Brincang,  Taman rama2, Lavender Park, Cactus Valley, Kea farm, Ladang lebah Ee Feng Gu, Muzium Time Tunnel, Big Red Strawberry Farm , Taman Agro Tech Mardi, Gunung Irau dan byk lagi.


KEA Farm Brincang



Lavender Park
Agro Tech Mardi
Time Tunnel
 Pemandangan Gunung Irau, sgt cantik


Di antara pemandangan cantik yg diambil oleh anak akak yg baru je mendaki 1hb May lepas

Anak  akak si fiffy dah sampai ke Gunung Irau. Nak panjat gunung Irau kena ada semangat yg tinggi serta stamina yg tak cepat pancit. Ok para pembaca boleh layan gambar2 tempat2 menarik di Cameron Highlands n utk info jgk kat Cameron highlands ni byk hotel dan homestay menarik serta mampu diduduki cuma tempat makan je susah sikit sbb akak ni amat cerewet bab2 makan..nak restoran bersih dan makanan wajible sedapkan.. Antara yg menjadi pilihan akak ialah Restoran Abang di Tanah Rata.
Kalau steamboat buffet ada byk pilihan, antaranya Restoran Abang, Restoran Bambu, Restoran fern di Hotel Rosa Pasadena Brincang, Akak rekomen buffet dihotel ni, tukang masak melayu, kuah sup or tomyam pon sedap..byk dan murah. Seorang hanya RM25 dan yang penting halal . Apa2 pon jgn senang2 hati nak masuk restoran yg nmpk wanita bertudung sdg serve makanan sbb byk tokey china mengambil pekerja islam Indonesia... so halal belom tentu lagi..nak jadi darah daging tu. Para pembaca sekelian..berhati2 dan belek betul2  sijil halalnya sebelom menjamu selera ya...

1 comment:

  1. Salam... kebetulan pulak terbaca kisah sis..suami saya pu kerje tnb ulu jelai dan menyewa kt royal lili...

    ReplyDelete