Wednesday 14 December 2011

Jiran2 Akak

Hari ni akak nak citer ttg adat berjiran plk. Akak ni mmg sgt2 menjaga hubungan dgn jiran2 akak esp yg dok sebelah umah akak, lagipon akakkan suka bersembang so jiran2 le tempat akak berkongsi cerita..
 Masa akak mula2 kawin akak tinggal ngan ibu mertua akak lepas akak bersalin anak pertama akak terus berpindah ke kuarters TNB . Masa tu jiran akak yg pertama namanya KakShimah atau orang panggil dia "makItam".Akak plk panggil dia kak sebelah..hihihi, sbb dia jiran sebelah umah akak.Dia beranak 6(masa tu ler) Jiran akak yg lain ialah Eton, Rani dan Aiza. Rani ni berbangsa India, tapi india yg berkulit cerah dan cantik jgk dan beranak 3. Suaminya akak panggil Uncle je. Umur rani ni dlm lingkungan 30an. Anak akak Fiffy selalu dijaga oleh Rani dan anak2nya sbb dia org mmg suka kanak2 dan bila Fiffy menangis, anak Rani, Padma akan dtg mengambil Fiffy atau kdg2 akak yg hantar kerna nak memasak. Bila Fiffy berunur setahun lebih dia berkawan rapat dgn anak kak "sebelah", Aziziah. Fiffy panggil kak sebelah ni 'mak'. Ikut mcm Aziziah panggil. Fiffy dan Aziziah masih rapat hingga sekarang...selalu calling2. Bayangkanle betapa lamanya mereka bersahabat!  Mak  atau kak sebelah   ni plk sgt  pandai masak pulut kuning yg menjadi kegemaran Fiffy sampai ke hari ini. Kata Fiffy pulut kuning mak lah yg paling sedap di dunia...hahahahaha 

Gambar Kaksebelah@ kakShimah bersama suaminya Hj Khalid dan anak2. 4 dari kiri ialah Aziziah yg jgk rakan karib Fiffy sejak kecil hingga kini.
 Bila akak berpindah ke atas bukit, jiran akak cuma seorang iaitu Azli dan Azila pasangan baru kwin.
Bila akak berpindah ke rumah sendiri, akak berjiran dgn hasnah, Kak An dan Kak Ana. Hasnah dan Kak Ana mmg sgt pakar masak.  Kak Ana mungkin kerna faktor umur menyebabkan dia agak malas memasak tapi kalau Hasnah mmg sgt rajin almaklumle masih muda dan aktif plk tu.
Akak dan dia saling bertukar juadah tp kalau dia menghulur juadah mmg menjadi rebutan antara akak dan anak2..hahahaha, sbb kami semua dah tau pasti masakan Hasnah sgt sedap. Hasnah ni ada 5 org anak. 2 dah besar tp 3 lagi masih kecil dan agak lasak kerana semuanya lelaki, Naim, Nabil dan Najmi. Semuanya comel2 sgt...akak sgt suka melihat keletah mereka. Mereka pon sebaik pandai bercakap nama akak le yg mula dia org panggil...bangganyer. Akak pernah kasi tahu suami Hasnah, Norman betapa bertuahnya dia beristerikan org cantik dan pandai masak spt Hasnah ni....mmg lucky sesgt le si Norman ni. Okle cukuplah citer pasal jiran nanti kita citer pasal pasangan yg tiada zuriat.

pulut kuning masakan emak angkat Fiffy yg fiffy kata paling sodap di dunia.Fuh!! bayangkan.....

Akak ni jenis yg x suka bertandang ke rumah jiran2. Kalau ada citer2 panaz akak bersembang kat depan umah jer. Tak nakle masuk2 nanti jd berjam2 plk..keje pon x jadi. Akak ni sgt sebok. Tapi akak ada srg jiran ni yg bekerja sbg seorang Manager HR di Port Klang. Dia ni akak panggil Aya jer. Dia tiap2 pagi dlm pukul 7 sebelom pegi keje dia mesti kol dan sembang2 ngan akak dulu. Kalau tak berbual dia rasa x lengkap plk harinya...hahahaha kelakar le plk. Akak pon serasi dgn dia...satu kepala....kalau rasa x puashati terus je hambur , takde simpan2 atau mengata2 belakang. Tak baik tau...dosa besar tu kalau mengumpat walaupon kita rasa kita bkn mengumpat tapi kalau menceritakan hal org lain yg buruk2 mmg dlm kategori mengumpatle takkan dlm kategori berzikir plk....hehehehhe.
Walau apapun jiranle yg paling penting bila kita berjauhan dari family.... mcm akak ni yg adik beradik kebanyakan ada di kedahler dah asal org Kedah. Suami asal org Klang so ramaile sedara mara dia di Klang ni. Ahhh..tak kesahle sbb family suami pon baikhati semuanya.
Wahai rakan2 ku marilah kita bersama2 menjaga siratulrahim dgn jiran tetangga kita, sekiranya hati terguris dgn perlakuan mereka...ketepikan le dan pikirkan le akan siratulrahim yg akan telah lama terjalin antara jiran tentangga....masyaallah.Jiran tetangga itu adalah sedara kita sewaktu susah dan senang.

No comments:

Post a Comment