Friday 27 July 2012

Saat Kehilangan Ayahanda Tercinta kerana Kanser

Bapak dan emak akak . Gambar ni diambil beberapa bulan sebelom arwah meninggal dunia. .Hisham yg bwk bapak ronda2 Tasik Jitra
Ok skrg baru akak ada kekuatan utk sambung cerita sbb post kali ni amat menyedehkan akak utk terus bercerita. Sewaktu arwah bapak jatuh tangga dirumah adik akak ,Hisham tu,  emak akak sempat berlari dan menahan kepala bapak dari terhantuk di lantai. bayangkan betapa kasihnya emak akak kpd arwah bapak sehingga begitu pantas berlari sebaik mendengar jeritan isteri Sham, Seri bila dia ternampk bapak meluncur jatuh dari tangga rumah mereka. Dekmi yg ada bersama bpk,  segera membawak arwah bapak ke hospital besar dan membuat x ray bagi memastikan tiada kecederaan dalaman...dan alhamdullillah...tiada tulang yg patah atau terseliuh cuma bpk merasa sakit2 badan sahaja kerana jatuh dari tempat yg tinggi . Namun akak mmg kagum dgn bpk akak kerana dari muda  lagi bpk sgt menjaga kesihatan dimana waktu arwah berumur lingkungan 40an, arwah adalah pelanggan tetap Pil garlic. Bila Anlene diperkenalkan, bapak dan emak meminum Anlene setiap hari 2-4 gelas sehari sbb tu tulang bapak dan emak agak kuat kalau dibandingkan dgn org seusia mereka.Kemudian bila diperkenalkan dgn Beauty Umairah dan Umar...mak dan arwah bapak makan berkotak2 (tapi xde sebrg kesan spt yg KakTon tu dok bercerita kat WHI TV3.) Namun satu je yg arwah bapak tak boleh nak tinggal iaitu "ROKOK". Arwah bapak merokok dari umur 20 thn dan sehingga setahun sebelom arwah meninggal dunia. Selain kesihatan arwah bapak jgk sgt  minat membaca..sampai penghujung usia, suratkhabar, buku2 sentiasa ditgn. Mmg sgt rajin membaca...bygkan beberapa minggu sebelom meninggal, bpk masih mengajak kami mencari buku2 yg bapak ingini...bayangkan akak ni pon skrg dah agak malas nak membaca mcm dulu2.


Sedang menunggu tose. Sewaktu sakit bapak sgt suka makan tose, capati dan oats. Makanan yg paling bapak suka pastinya kueteuw!
Arwah bapak akak cuma sekejap aje menggunakan kerusi roda (sewaktu kaki yg luka agak teruk). bila kaki bapak semakin semboh...bapak mula berjalan sendiri dgn agak laju cuma kami x membenarkan bpk memandu. Bahaya....Selama beberapa bulan arwah bapak dapat berjalan dgn sempurna tanpa menggunakan sebarang tongkat,....alhamdullillah.
KakYati pula memainkan peranan sebagai nurse kerana setiap hari dia akan berulang alik beberapa kali dtg kerumah bapak utk mencuci luka mengambil tekanan darah dan tahap gula dalam darah.Selain KakYati, Dekmi jgk akan mengambil tahap gula dalam darah bila dia pulang bercuti. Cuma mereka berdua yg dpt lakukan keje ni sbb anak lain agak penakut. Namun akak puji sikap kakyati   yg sgt setia dtg mencuci luka2 kaki bpk hingga  luka dikaki bpk semboh dgn sempurna. Bygkan kaki yg nak dipotong spt tiada tanda2 pernah luka.   Bapak pon jarang mengeluh sakit cuma bpk sgt suka  mengajak kami anak2 utk  membawanya kehospital dgn berbagai alasan. KakShimahlah anak yg paling setia menemani bapak ke hospital setiap kali diajak.KakShimah jgk adalah anak yg sgt pmurah, setiap masa dtg ke rumah bpk dgn membeli bermcm2 juadah utk semua yg ada di rumah bpk. (semoga Allah murahkan rezeki org2 yg baik mcm Kakshimah ni)
  Akak  pon masa balik menjenguk bapak adalah jgk membawak bpk ke hospital Jitra. Antara anak2 bapak yg paling bapak suka jika pulang menjenguk ialah adik perempuan bongsu akak, Si Nita. Nita ni mmg manja.... dia sgt suka mencium bapak. Bila dgr Nita nak balik bpk mesti kata....."kalau dia balik tu asyik nak cium bpk jer"...so   kita org semua  baru tahu bapak suka anak2 mencium atau memeluk beliau seperti yg Nita lakukan

Bapak dan emak tetap romantik berpinpim tangan sewaktu  keluar makan dimana bpk sudah semakin sehat dan kaki pon semakin semboh.
Anak lelaki yg paling bapak sayangi, Hisham plk jika balik menjenguk bapak plk rajin membawak bapak meronda2 sbb Hisham tahu bpk sgt jemu terperap dirumah sbb semasa sehat bapak dan emak sgt rajin keluar makan2 di luar dan meronda2 ke Alor Setar . Bpk jgk sgt aktif berpersatuan so bpk rajin menghadiri mesyuarat jadi masa di rumah sgt kurang. Bapak jugak adalah pengerusi @ ketua Kampung Hijrah sejak 30 tahun dulu sehinggalah bapak melepaskan jawatan atas desakan emak kerna kesian melihat tanggungjawab yg bapak pikul terlalu besar.....Selama 22 thn bersara, emak dan arwah bpk mcm belangkas...kemana2 berdua even nak pegi beli suratkhabar pon mesti ajak emak. Begitulah kasih sayang mereka berdua yg anak2 bapak mahu contohi...kasih sayang sampai akhir hayat.
Pabila emak melihat bapak semakin sehat, emak berniat mahu membuat kenduri kesyukuran. Sewaktu majlis kenduri tu bapak kelihatan amat ceria  Sewaktu majlis tu  ada seorg sahabat bpk mengesyorkan sejenis ubat kumur yg dihasilkan oleh USM utk di minum.... kononnya boleh baikkan kanser. Oleh kerana paksaan darinya yg tak henti2 mengikut akak, akak terpaksa mengorder ubat kumur tu. Dia jgk  menyuruh akak order sedozen, nasib baik akak order 3 botol je. 2 hari kemudian sahbatnya dtg menghantar ubat , memberitahu yg sudah beberapa org yg minum dan berkesan. Kami cuma mendengar dan nasib baik bpk tak minum, akak menyuruh emak akak  yg jd ulser dlm mulut supaya kumur dgn ubat tu 3 kali sehari dan  pembaca nak tahu apa yg berlaku....dalam mulut emak akak habis jd ulser dan emak akak tak dpt makan selama 3 hari dan di masukkan ke wad utk dimasukkan air, Fuh...bahaya betul ubat2 yg tiada kesahihan ni...



Kenduri kesyukuran sebulan sebelom bapak meninggal dunia.Waktu majlis ni bapak kelihatan  sgt gembira melayan para tetamu.

Takkala kami menelefon, pasti bapaklah yg mengangkat telefon dan berbual2 dgn kami dahulu sebelom di pastkan kat emak dan kdg2 arwah bapak berleter ttg emak yg sangat suka membuat kerja luar seperti menyapu halaman rumah dan menyiram pokok2. Emak mmg sgt berminat berkebun dan membuat keje2 diluar rumah. manakala arwah bapak plk suka emak sentiasa bersamanya, berbual2 dan menemaninya.Emm...tiba2 teringat plk akak sewaktu sakit bapak sgt suka makan oat bersama susu Anlene, capati, tosai, kueteuw dan sgt menjaga masa untuk memakan ubat.


Bpk dan fiify sewaktu bapak mula2 dimasukkan di Hospital Sultanah Bahiyah
Akak balik kali terakhir dan dpt bertemu arwah bapak  kala nak menunjukkan kereta  baru yg akak belikan utk anak sulung akak pada bapak (2 minggu sebelom bpk meninggal)....Dapatlah jgk akak membawa bapak ke hospital  menaiki kereta baru itu....lega jgk hati akak.  Anak akak si Fiffy sgt sayangkan atukwannya ini sbb bpk akak pon sgt sygkan Fiffy yg merupakan cucu sulung keluarga kami. . Arwah bpk memanggil Fiffy dgn gelaran cucu tokwan yg paling cantik, paling pandai, bintang filem le, fiffy boleh jd artislah dan mcm2 kata pujian utk Fiffy (yg menyukakan hati Fiffy) Arwah bpk mmg suka menyukakan hati org, menolong org esp anak2 sedara dan kalau mahu menolong org bpk sanggup merendah hujan panas. Bila bpk berjaya menolong seseorg, hati bpk akan senang. Samada org itu ingat atau tidak....bapak x kesah, yg penting Allah tahu nawaitu bapak..Tapi kdg2 kami plk naik geram tgk kebaikan bpk...yelah menolong org susah payah, dahlah x dikenang malah kdg2 lsg x menjenguk bapak yg sdg sakit. Alahai...tapi itulah sewaktu beberapa bulan bpk sakit...rumah kami x putus2 dikunjungi sedara mara dan rakan taulan. Kami pon kagum...ramai mengingati bpk rupa2nya. Dan pengunjung yg paling setia ialah  adik arwah bapak, Pakcik Aq dan isterinya makcikma  serta anaknya Linda dan suaminya Zaidi. Mereka ini mmg selalu mengunjungi bpk dgn membawak bermcm2 juadah.Walaupon Linda dan Zaidi yg bertugas sbgai guru agak sebok namun mereka tetap mencuri masa utk menziarah bpk hampir setiap hari. 

PakcikAq dan keluarganya. Semoga Allah membalas kebaikan meeka yg selalu menyukakan hati arwah bapak dikala bpk masih ada. Mmg kami semua sgt terharu dgn kebaikan keluarga Pakcik Aq.

Arwah bapak bersama adik2 dan kakaknya semasa  majlis dirumah PakcikAq
2 minggu selepas pulang ke Jitra, suami akak beritahu utk balik ke Jitra lagi kerana dia harus meeting di TNB Gelugor. Akak sgt happy kerana nak balik bertemu bapak lagi. Waktu akak balik dulu emak akak sdg sakit didalam perut dan ini amat merisaukan hati bapak. Bapak tak boleh mendengar emak sakit pasti segera dibwk ke hospital tapi takkala bpk sakit, bapak sedeh kerana hanya mampu melihat emak sakit dan emak plk bkn jenis yg suka kehospital.Atas permintaan bapak, kakShimah , Dekmi dan  kakYati membawak bapak dan emak  ke Kedah Medical Centre dan bapak dimasukkan selama 2 hari dan disinilah baru kami ketahui sbb musabab emak sakit didlm perut setelah discan di KMC. Rupa2nya terdpt batu karang didalam buah pinggang emak. Bila dah tau punca penyakit, maka emak diberi ubat utk menghancurkan batu karang tersebut. Sebaik keluar dari KMC emak sgt sehat dan ini  sgt mengembirakan hati bapak. Tapi sebaik keluar dari KMC bapak kelihatan bertambah lemah.....Kemudian pada hari rabu  KakYati membawak bapak  ke Hospital Jitra dan bapak terus  dimasukkan ke hospital Jitra kerana air dalam buah pinggang hampir kering(??) So air dimasukkan  ke dlm badan bapak....bapak jgk tidak dpt makan kerana setiap kali makan bpk akan muntah cuma beberapa kali aje makanan boleh masuk tanpa muntah. Didalam wad bapak dijaga oleh anak bongsu bapak, dekmi tapi  pd saat2 akhir emak pon nak menjaga bapak di waktu mlm  kerana melihat keadaan bapak  yg agak tenat tu.(sebelom tu emak menjaga bpk di hospital siang n malam  tapi bila mak kurang sehat, dekmi nak jaga srg je bpk kat hospital)Akak mengajak suami akak balik tapi suami akak menyuruh akak ambil flight ajer kerana dia ada meeting penting pada hari isnin, dan akan balik Jitra jgk pada hari Khamis nanti so akak pon pada pagi ahad  tu akak booking tiket MAS utk pulang pada pagi  hari isnin. Pada hari sabtu bapak dapat membaca  surah yassin hingga habis (alhamdullillah) dan pada hari Ahad pulak keadaan bapak agak lemah. Lepas tu tiba2 akak dpt berita yg bapak semakin teruk pada hari Ahad   yakni selepas nurse Hospital Jitra telah menyuntik insulin  pd bapak wlau tahap gula dlm darah bapak cuma 10 aje....tika nampak nurse mahu menyuntik bpk, Kakyati segera menghalangnya namun nurse tersebut  tetap juga menyuntik insulin pd bapak dan bila Kakyati menyatakan bahawa  nanti tahap gula akan turun mendadak nurse tersebut  dgn selamba meyuruh Kakyati memberi makan  pd bapak selepas dia menyuntik bapak. Mmg tak logik dek akal  sbb mmg  telah diketahui bapak tak boleh makan dan pankreas bapak pon tak betul berfungsi so mmg gula  dlm darah terus drop membuatkan bapak  menjadi sgt2 lemah, bila Dr hospital Jitra  melihat keadaan bpk, Dr menyuruh bpk dihantar ke HSB Alor Setar, akak kol Hisham dan Nita beritahu keadaan bapak tapi  akak plk masih bertangguh... Sham kol akak utk mengajak akak balik bersamanya tapi akak menolak kerana tak sanggup berhimpit2 didlm kereta (masih pentingkan keselesaan diri)sebaik pulang bertemu anak akak di asrama  .akak kol MAS utk ubah penerbangan tapi bila akak akan dikenakan penalti kerana mengubah masa penerbangan....akak suruh dia org hold dulu dan akak kol tyer kakYati  ttg keadaan bapak. Kata KakYati bapak dah semakin stabil , tekanan darah stabil, semua dah ok so esok Dr nak buat endoskopi. legalah hati akak so akak teruskanlah dgn niat yg asal iaitu utk pulang dipagi esoknya. Akak fikir..ala beberapa jam aje, kalau mlm bertolak pon dah pukul 9.30 mlm...esok pon dah nak bertolak 8 pagi. Sikit je beza masanyer. Insyaallah ok kut....fikir akak masa tu ler.
Besok tu pukul 5.30 pagi akak bertolak ke KLIA dan masa di KLIA menunggu masa belepas....pukul 7.15 Nita kol memberitahu bapak sudah tiada..... akak hampir tiada kata, menangis semahunya semasa di airport. Biarlah org nak tgk pon...biarlah org kehairanan pon. Perasaan menyesal mula bertimpa2 ....Kenapa akak tak tukar flight semlm...kenapa dan kenapa? Sebaik mendarat di Kepala Batas akak terus ambil teksi ke HSB.Sampai disana sebaik melihat jenazah bapak...luluh hati akak tak dpt nak digambarkan
lagi ...sedeh, sayu....masyaallah begitu cepat bapak pergi. Kenapa bapak tidak menunggu kami anak2 pulang melihat bapak di hospital...... (tiba2 hati jahat berbisik) masyaallah...astaqfirullahalazim.....sedehnyaaaa....Ya Allah tabahkan hatiku Ya Allah....
Semua anak2 kecuali Dekmi  dan emak yg menjaga bapak dihospital  manakala, kami yg lain  tidak sempat bertemu bapak tika bapa menghembuskan nafas terakhir. Hisham hampir pitam melihat jenazah bapak kerana sesiapa pon tak memberitahu dia ttg kematian bapak. Dia  yg selalu pulang menjenguk bapak, tidur bersama bapak, berbual dgn bapak, membawa bapak ronda2 dan makan2 dikedai  tapi tak sempat  jgk bertemu pada saat2 akhir bapak....kakshimah dan kakyati pon tak sempat bertemu bapak. Sedehnya kami......cuma tuhan saja yg tahu.  
Jenazah bapak kelihatan amat tenang, bagai tidur dgn wajah berseri dan tersenyum. Alhamdullilllah bapak pergi dgn mudah, Dekmi yg membacakan talkin utk bpk, mengimamkan 2 mlm sembahyang tahlil di dewan Kampung.  Itu yg arwah bapak inginkan ,anak yg soleh". Bapak berjaya memujuk Dekmi utk kesekolah agama, kemudian ke UIA dalam bdang Law UIA (syariah) dan kini Dekmi telah pon berjaya menjadi Hakim Syarie...anak yg sgt bapak bangga2kan....alhamdullillah cita2 bapak tercapai jgk.  Sampai skrg pon  Dekmi sgt rajin membaca quran utk di sedekahkan pd arwah bapak.
Namun yg pastinya selepas ini rumah  kami di Kampung Hijrah akan hambar dan sepi. Tiada lagi gurau senda bapak memanggil cucu2 dgn bermacm2 gelaran,,,,Aiman tekimang3, Haziq body builder, Harif pembaris, Fiffy yg cantik,, Aatif kotif2 dan Damia putih gebu. Tiada lagi kedengaran suara menyuruh cucu2 mengambil air ais utk tokwan. Tiada lagi nyanyian jenaka lagu saya ada seekor kucing, dilehernya ada loceng....saya gelar nama cing cing. Tiada lagi ayat2 balakosheq dan ok oklah yg sgt suka bapak gunakan. Tiada lagi suara leteran kasih  bapak kepada emak.  Kami semua pasti rindu suara dan wajah itu.. .. Kami mengharapkan Syawal nanti dpt dirayakan bersama bapak tapi takdir mengatasi harapan kami. Siapa kami utk mempertikaikan takdir Allah...
Teringat kata2 Hisham dalam fbnya, bapak pemergian mu kutangisi, kasih sayangmu ku hargai,..kau akan kurindui.... ya mmg kami semua skrg amat2 merindukan bapak. Sampai saat ini  emak masih ternampak2 bapak berbaring di bilik belakang menonton tv...akak dan Nita  plk masih termpk2  wajah gembira bapak kala aircon bilik bapak ditukar baru....masyaallah....kuatkan hati kami Ya Allah.
Raya teraakhir kami dgn arwah bapak pada tahun lepas. Pasti berbeza Syawal kali ni.....
Pasti Syawal kali ini adalah Syawal airmata....
Akak ni  nak menyambung kesah arwah bapak akak pon dgn penuh rasa kesedehan. Utk becerita kali ni mmg memerlukan kekuatan mental yg kuat dan hebat. Untuk mengimbau kenangan manis bersama arwah bpk...mmg akak tak dpt menahan tangis, menahan rasa sedeh dan merasa satu ruang kosong dalam hati kami semua....semenjak arwah bpk pergi menghadapi yg Esa...emak pon sampai saat ini masih sugul dan sedeh. Sudah beberapa minggu tak begitu berselera nak makan. Kami redha pemergian bapak....namun kesedehan tetap bertandang dihati kami semua kerana bapaklah penghibur kami. Arwah bapak adalah contoh bapak terbaik pada kami. Semoga roh ayahanda tercinta kami ditempatkan dikalangan org2 yg beriman dan beramal soleh....
Inilah post paling panjang didlm blog akak ini...cuma disini saja yg dpt akak luahkan segala apa yg terpendam dihati. Arwah bapak akan kekal lekat dhati kami semua. Kasih bapak ke akhir hayat....
   http://youtu.be/GlaPiPv9wMA
  

 

9 comments:

  1. Replies
    1. terima kasih tapi mmg luahan dari hati....sambil bercerita sambil menangis....

      Delete
  2. assalam...

    sayu nyer hati.... saya sendiri dalam kerunsingan ni. bapa mertua saya di hospital sg petani, br disahkan kanser pankreas... dah seminggu lebih ditahan dengan pelbagai komplikasi.. br smlm operation jumpa ada kanser dalam pankreas... sangat susah hati skg ni... masih belum tau tahap berapa lg... saya baca post ni buat rujukan diri sendiri...info utk kami juga...ntah mcmana pula syawal kami tahun ini. Wallahualam. Mohon nya masih diberi masa.

    ReplyDelete
  3. Waalaikumsalam Ayu Yusoff.

    Masyaallah akak kagum sbb walaupon cuma sbg menantu, Ayu sgt prihatin malah risau sgt kesihatan bapak mertua. Utk pengetahuan Ayu, kanser pankreas sgt susah dikesan dan kalau dikesan sudah pd tahap 4 spt bpk akak, steve job, pelakun shukri hashim dan pelakun hollywood Patrick Swayze. selalunya kanser ini disbbkan oleh diabetes. Ini info akak tolong copy paste utk Ayu
    Untuk pengetahuan orang ramai, penyakit kanser pankreas ini selalunya lambat dikesan dan ia pula amat cepat bergerak di dalam badan menyebabkan ia antara kanser yang amat digeruni ramai. Disebabkan penyakit ini selalunnya Untuk pengetahuan orang ramai, penyakit kanser pankreas ini selalunya lambat dikesan dan ia pula amat cepat bergerak di dalam badan menyebabkan ia antara kanser yang amat digeruni ramai. Disebabkan penyakit ini selalunnya disertai dengan me...tastasis (pergerakan sel kanser ke tempat lain), kurang daripada 10 peratus individu yang menghidap penyakit ini sesuai untuk menjalani pembedahan radikal yang membuang tisu pankreas keseluruhannya, kerana metastasis sesuai menggunakan kemoterapi.

    Sekiranya didapati sesuai, kanser yang duduknya di kawasan kepala pankreas boleh dibuang melalui teknik Whipple's. Teknik ini membuang kepala pankreas dan menggabungkan semula salur hempedu, baki pankreas dan usus dengan susunan yang teratur.

    Gambar Prosedur Whipple's dari: mydrmom.blogspot.com

    Kesakitan yang amat sangat sering dirasai oleh penghidap penyakit ini. Oleh sebab itu, doktor doktor menggunakan dadah opiates (Morphine) kepada pesakit. Celiac plexus juga dikenakan alkohol bagi meredakan kesakitan sewaktu pembedahan.

    Prognosis
    Secara purata, pesakit kanser pankreas hanya mempunyai kemungkinan untuk hidup kurang daripada 6 bulan. Individu yang terselamat setelah 5 tahun dikesan menghidap kanser ini hanyalah sebanya 2% daripada keseluruhan pesakit, itupun setelah menjalankan pembedahan Whipple's seperti yang dinyatakan di atas. Walau bagaimanapun, pemerhatian mendapati bahawa, individu yang menghidap kanser pankreas jenis sel Islet (Islet cell tumor) dan kanser ampula (ampullary tumor) mempunyai keputusan yang jauh lebih baik berbanding yang mempunyai kanser jenis ductal (kanser pada saluran pankreas)


    Read more: http://www.blog.kesihatanonline.com/2011/10/kanser-pankreas-carcinoma-of-pancreas.html#ixzz22JZ24X77

    ReplyDelete
  4. Apa2pon Ayu akak harap Ayu dan family tabah menerima dugaan ini dan akak harap Ayu dan family dapat berhariraya dgn bpk mertua pd syawal kali ni...pesan akak jgn percaya ubat2an tradisional. Kesian bapak merua Ayu nanti...

    ReplyDelete
  5. assalam... sayu hati saya baca. akk sy baru d sahkan ada kanser pankreas. tue pon sebab mata dia kuning. nasib baik dia buat pemeriksaan lanjut. kalau tak..mgkn smpai skrg dia tak tahu dia ada penyakit lain. usia akk sy baru 29thn. baru mempunyai seorg anak berusia sethn. kami sekarang tengah berusaha untuk dia. doktor suruh jalani pembedahan..tapi akk belum sedia.sebab sekali dah bedah mgkn akan ganggu organ lain. sebab hati kakak semua dah membengkak. kami semua dalam kesedihan skrg nie. kos pembedahan amat tinggi ...... moga allah beri petunjuk pada kami.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Yana Aina, akak amat bersimpati dgn nasib kakak Yana...masih terlalu muda....dia mengidap kencing maniskah. Apa2pon bersabarlah dah selagi daya..cubalah berubat, mana tahu bertemu penawarnya. Ramai jgk pesakit kanser yg dah sembuh hasil sokongan keluarga dan melalui gaya hidup sehat esp menjaga pemakanan. Sabar ye Yana...

      Delete
  6. terima kasih krn akak berkongsi bersama2 kisah yg akak lalui. Ia mengingatkan sy tntang pemergian arwah abah sy 2 tahun lepas... baca cerita akak buat sy lg sedey.

    semoga kisah ini dpt dijadikan sbg teladan utk semua supaya menghargai ibu bapa mrk, dan tidak menggunakan sebarang produk kesihatan yang mgkin akan memudaradkan..

    tq info gout xley amek produk gamat ... of course sbb gamat tggi dgn protien.

    Semoga Roh bapak di cucuri rahmat di sana. Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Shahidah Cda, terima kasih kerana sudi membaca entri yg panjang lebar luahan hati akak ni...
      Mmg betul produk gamat tidak sesuai utk pesakit gaut tapi kdg2bila org suggest, mmg x dpt menolak mcm kes akak beli ubat kumur tu...
      Terima kasih jgk kerana mendoakan arwah bpk akak disana... amin....

      Delete