Thursday 16 February 2012

Resepi sotong Pattaya

Uish...dah lama betul akak tak menaip kat blog ni....sebok bebeno, ye ler ..pihak NGO dari Desa Latania telah meminta tolong akak mencari sumbangan baju2 lama untuk anak2 yatim dan orang2 tua. Akak pon sgt berminat utk melibatkan diri dalam perkara kebajikan ni. Bukan selalu kita nak memberi sumbangan kpd yg memerlukan so jika berkesempatan, biarlah kita melakukan dgn bersungguh2 dan setulus hati.
 Walaupon sebok, akak tetap cuba memasak utk anak2 dan suami akak tapi kat rumah pon cuma tinggal akak, suami akak Haziq dan baby( Harif)...nak masak simple2 pon boleh tapi anak akak Haziq ni kdg2 sedikit demand. Haziq ni sgt2 suka nasi minyak dan ayam masak merah..uhuiii masakan yg paling cepat dan mudah.Anak2 akak yg lain iaitu Hanif dan Fiffy dok kat asrama merekalah. Akak ni cuma cuti memasak pd hari sabtu dan ahad tapi kalau ada permintaan dari anak2 yg dok kat asrama tu akak cuba jgk memasak. Letihle eden kalau hari2 masak..so hari cuti, akak pon  nak cuti jgk tapi skrg ni kerap jgk makan kat luar  pd hari persekolahan dgn anak2 sbb tak sempat nak masak....byk sgt hal2 luar yg akak kena settle.\terutama nak mencari Mi-fi di kedai2 Celcom. jenuh jgk tapi masih x dapat2...asyik habis stok je.


Haziq kalau makan mmg best tgk sbb tu akak tak gamak kalau dia request masakan favourite dia mesti akak akan cuba masak.Kalau keluar makan pon akak mesti suruh dia tambah2...


Kali ni akak nak kongsi resepi yg sgt enak resepi dari emak mrtua akak. Kata makmertua akak...dia dpt resepi ni dari chef Wan....mmg best masakn ni sbb tu emak mertua nak share ngan akak. Akak mmg kerap jgk masak sotong ni, nama resepi tu ialah  Sotong Goreng Pattaya...bkn mcm nasi goreng pataya tau sbb xde balut2 ngan telur mcm nasi goreng tu..nama je lebih kurang sama tapi jauh berbeza tau. Ok kita tengok dulu bahan2nya.

Sekilo sotong yg dicuci bersih dan dipotong biasa (gaulkan dgn sos tiram, perap sebentar).

4 sudu besar rempah kari ikan

2 labu bawang besar

Dipotong dadu atau memanjang mengikut suka hati kita ler...
2 biji capsicum (cili beggala hijau dan merah)

3 helai daun limau purut
4 sudu sos tiram

 Cara2nya.

Mula2 tuang 3 sudu minyak masak pastu  tumis bawang besar, bila dah naik bau., masukkan rempah kari. Masak hingga rempah betul2  garing lepas tu terus masukkan sotong yg digaul dgn sos tiram tadi.Bila sotong dah sebati ngan rempah, masukkan sedikit air,gula dan garam. Bila semua dah nampak sehati sejiwa,  maksud akak dah sebati, masukkan capsicum yg dipotong dadu bersama daun limau purut,
Biarkan seketika, bila dah masak, hidangkan je ler takkan nak biarkan dalam kuali pulak...heheheh
Dah siap satu resepi yg sangat mudah. Akak ni mmg suka kongsi resepi yg mudah2 dan x banyak bahan sbb akak tahu kalau wanita yg bekerja ni tidah begitu suka untuk memasak masakan yg renyah2 ni. Bila sudah makan akak pasti ramai yang akan mengemarinya. kalau x sedap takkan makmertua akak nak share resepi ni dgn akak....
 Image masakan belom dimasukkan sbb tak masak lagi resepi ni, kalau akak masak nanti mmg sah2 akak masukkan kat blog ni. Tunggu dgn sabar ye rakan2...

2 comments:

  1. makcik guna sotong dakwat ke??nak cuba la nanti...rempah kari tue nak gaul dgn air ke or masukkan jer terus dlm kuali??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Liyana...mmg makcik guna sotong dakwat tapi cuci sampai putih ler...rempah kari mesti gaul dgn air..baru masak cantik. Kalau masukkan rempah terus ke minyak , kena jaga2 sebab cepat garing dan hangit. Tapi masakan ni mmg kena gaul kan dgn air tau....selamat mencuba resepi yg makcik dapat dr atok.

      Delete