Friday 23 March 2012

Ranking Sekolah SBP dan MRSM bagi keputusan SPM 2011



Ranking Bagi Semua Sekolah Di Malaysia

Keputusan SPM baru je berlalu baru2 ini , Pada yg berjaya pasti kegembiraan itu dikongsi bersama keluarga dan rakan taulan namun bagi yg tidak berjaya pasti kesedehan turut dirasakan seisi keluarga terutama ibubpk yg selalu mendoakan  kejayaan anak2 mereka . Namun jika gagal mendapat keputusan yg cemerlang bukanlah bagaikan tiada lagi masa depan kerana sekarang ini di Malaysia sudah byk terdapat IPTA dan IPTS. Insyaallah ...ada je peluang utk melanjutkan pelajaran.
Oleh kerana peperiksaan SPM adalah peperiksaan yg agak penting dlm semua peperiksaan yg ada maka ramailah ibubpk yg berlumba-lumba utk menghantar anak2 mereka yg mendapat keputusan yg cemerlang dalam UPSR dan PMR ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) atau Maktab rendah Sains Mara (MRSM) . So ibubpk seboleh2nya mahu memilih sekolah yg berada dalam ranking yg terbaik bagi keputusan SPM 2011 yg lalu...so disini akak ingin share ranking 10 sekolah terbaik di Malaysia. Jika kurang tepat harap dpt beri infomasi nanti yer.


10 Sekolah  Terbaik Bagi Keputusan SPM 2011


1. Kolej Tunku Kursiah - GPS 0.923

2.Sekolah Tun Fatimah- GPS 0.939

3.Sekolah Seri Puteri - GPS 0.984

4.MRSM Tun Ghafar Baba- GPS 1.00

5.MRSM Taiping -GPS 1.06

6.Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya- GPS 1.118

7. MRSM Pengkalan Chepa - GPS 1.12

8.Sekolah Men Tuanku Munawir -GPS 1.18

9.MRSM Kuantan - GPS 1.19

10,MRSM Langkawi - GPS 1.21


Itulah ranking bagi keputusan SPM yg baru berlalu baru2 ini. Dari keputusan diatas jelas ketara 3 sekolah teratas diungguli oleh Sekolah Asrama Penuh yg pelajarnya semua perempuan. Manakala MRSM Tun Ghafar Baba dan MRSM Taiping plk adalah sekolah campur lelaki dan perempuan. Sekolah Alam Shah, Putrajaya plk semuanya lelaki. Ini bermakna pelajar perempuan mmg rajin belajar lebih dari pelajar lelaki. Pelajar lelaki ini otak mereka mmg hebat, bijak tapi  kdg2 mereka ini byk bermain dan leka.....tapi yg pasti guru2 sekolah berasrama penoh ini mmg memainkan peranan yg sgt tinggi demi memastikan para pelajar sekolah mereka mendapat keputusan yg cemerlang,
Bila anak2 kita berada di SBP atau MRSM...kita tak payah pening kepala memikirkan kelas tusyen mana kita nak hntr dan anak2 kita akan menjadi pelajar yg berdikari...insyaallah.
Walaupon sekolah anak akak , Sekolah Alam Shah Putrajaya berada di no ke 6 di dlm ranking ni tapi akak ucapkan tahniah kerana ramai pelajar cemerlang muncul dari sekolah ini.
Para pelajar Sekolah Alam Shah Putrajaya , sekolah terbaik Wilayah Persekutuan gembira menunjukkan keputusan cemerlang SPM masing-masing....alhamdullillah
 Ranking ini mengikut GPS di dlm internet so jika ada yg tidak tepat tolong infokan kpd akak yer..( tapi rasanya tepat kut ).

No comments:

Post a Comment