Saturday 2 July 2011

Sekolah Menengah Jitra

Sewaktu tingkatan 1 akak bersekolah di Sek.Men,Jitra. Sewaktu masuk ke tgktn 1 akak kena ambil exam dulu sebelom ditempatkan di kelas2 tgktn 1 mengikut kepandaian. Kelas khas dikhskan utk pelajar yg mendapat 5A dan 4A(tak merasale akak)..kiranya pelajar yg bijak2 je kat kelas khas ni.
  Selepas exam, akak, Tina, Firdaus ,Zalina Hemaroon,,Mini(sepupu Zalina),dan kwn2 ditempatkan dikelas 1Perdagangan(1A1) Wah..kira kelas paling pandaile selepas kelas2 khas tu.Kelas perdagangan baru diwujudkan pada thn akak tu so akak n kwn2 kelas 1A1 kiranya perintisle.Akak pergi sekolah naik basikal bersama Ronnie dan Zarina, siap pakai topi tu.
Ronnie rumahnya kat Taman Pasu manakala Zarina atau Ina plk umah kat kuaters berdekatan sekolah.Bapak Ronnie cikgu Mohd Nor mmg kawan bapak akak dan Pak Non dikenali bapak cuma tidak begitu rapat. Ronnie ni agak pemalu dan Ina plk jenis yg kuat ketawa( sama le ngan akak) .Word yg selalu Ina guna yg x boleh akak lupa sampai skrg ialah "celakakera"..hehehe. Rindunya pd kwn2 lama ni....
Gambar tebaru Ronie, cantikkan sahabat lama akak ni.
Zarina Zainol yg tidak berubah wajahnya, gambar terkini

Firdaus dan isterinya Zarina,.pasangan ni sgt sepadan sbb sama2 baikhati dan penyayang. Duih(nama akak panggil dia) ni adalah antara kawan akak yg paling prihatin.

Akak bersama kawan baik akak ,Tina dan Niza
No Entry..hehehe perasan ramai peminat. Ni akak ngan Tina.
Masa ni akak berkwn baik ngan Niza dan Tina.Kwn yg akak suka sgt bergaduh tentunyer si Firdaus atau akak panggil dia Duih..dia ni mmg kepoh kat kelas. Tapi hati dia baik sbb tu dia selalu membela kwn2 yg lain esp Niza yg berada dikelas 1A2. Kwn baik akak masa ni tina, Zarina dan Niza ler.
Akak bersama kwn lama masa kat SSAT, Suehana yg masih cantik bergaya dan kwn masa kat SMJ, Dr Norliza yg masih maintain cunn..
Sir Naza yg menten hensem
Akak dan Tina menjadi Pengawas Pusat Sumber, Masa ni kami berdua agak nakal, asyik ponteng kelas jer dgn alasan ada tugas di Pusat Sumber.Tapi cikgu yg paling akak ingat ialah cikgu Norehan(dia sgt lemah lembut) dan pernah nyanyikan lagu Gaya Zakri," Sendiri" kat akak dan kwn2,Cikgu wahab(ajar perdgngn),Cikgu Radzi Jusoh, teacher Rohana Sharif Din(pakaian berfesyen2), Sir Nazaruddin(cikgu paling kacak, mahal tang senyuman sbb ada lesung pipit) arwah Cikgu Mohd Mydin(suka usik akak sbb dia jiran akak) dan uztaz ...apaye namanyer.nanti kalau ingat akak masukkan ler.
Gambar terkini KakDillah dan suaminya, Bg Mahadi. Mereka ni bercinta sejak tgktn 5 lagi. Mmg setia betul cinta dia org ni. Bg Mahdi ni jgk abg angkat kwn akak, Masni.
Masa ni akak ada abg angkat nama BadrulHisham, Dia ni jadi ketua rumah Venus. Kiranya antara pelajar paling kacakle. Dia ni dah ada makwe, cun giler le makwe dia nama kakRosnah. Pelajar pagi yg agak terkenal masa ni ialah KakDillah yg  amat sinonim ngan rambut Lady Diana. 
Masa tgktn 2, abg angkat akak selain Badrul ni ialah Shohaimi Pandi, pelajar tgktn 6 yg sgt hensem.(mcm bagusje akak ni, abg angkat semua nak ensem2 je) Kakak sulung akak minat ngan abg angkat akak yg ni(Abg Mie)ni tapi akak masa sekolah xde cintan cintun. kalau abg angkat mmg betul2 anggap abg anggap, xde nak koner kiri kanan ler. Hish...x kuasale nak bercinta2 monyet ni. Bdk2 lagi. (baikkan akak ni)
Gambar terkini Abang Shid. Gelak sentiasa.
Abg Norashid Din sewaktu mendapat PHD. Dah dpt gelaran Dr abg Shid ni!
 Masa akak tgkn 4, akak jadi bendahari Pusat Sumber, Tina jd setiausaha. Kita mmg kerap ke Pusat Sumber. Masa ni cikgu Pusat Sumber namanyer Cikgu Roslee (selalu pakai seluar kaki kembang..boleh masuk 3 org tau), pembantunyer ialah Abg Shid. kami sgt baik ngan Abg Shid ni sbb Abg Shid ni sgt baik dan betul bendul. Kami(akak dan Tina) selalu mengusik abg Shid  suruh cari pasangan sbb dia bujang lagi. Dia selalu tu gelak2 jer. 
Masa tingkatan 5, akak jadi Naib Pengerusi Pusat Sumber, Abg Norashid Din jadi Pemngerusi(akak kalah satu undi je...frust betul) manakala mybest fren Tina jadi bendahari...kami lagi kerap ponteng kelas masa ni walau nak SPM, malas betul tapi ada cikgu yg sgt pandai mengajar spt arwah cikgu Md Isa dan cikgu Yahya Tahrim. kalau dia org mengajar dan kita bagi tumpuan mmg sah2 skor punyer. takyah dok baca2 buku. Cikgu Md Isa mmg sgt2 rajin. Masa SPM  antara subjek yg akak dpt A, sejarah dan perdagangan ler.



No comments:

Post a Comment