Monday 11 July 2011

Kakak2 akak.....

Akak ada 2 org kakak, kakshimah dan kakyati. Dua2 ni mmg jauh berbeza sungguh perwatakan mereka, mcm langit ngan bumi. KakShimah mmg  lemah lembut ala2 pompuan melayu terakhir gitu dan kakyati plk...masyaallah, garang mcm singa. Tapi kelbihan kakYati...dlm ramai2 nak Pakhashim, Kakyati dan Dikmiele yg x pernah melawan emak ngan bapak. kalau KakShimah, dia mmg tak melawan mcm akak tapi dia kalau kena marah akan tunjuk protes...iaitu berdiam diri jer. Kalau akak plk, jenis yg kalau x puashati terus aje cakap. takada nak simpan2 dalam hati. Org putih kata"outspoken". Tak kira le emak ke, bapak ke, kakak ke....kalau x puashati terus aje bersuara.
kakak ku yg sulung, Norhashimah. Awet mudakan walau dah 5 series.
Kakshimah bersama bapak mertuanya. kakshimah ni mg disygi semua

KakShimah sekarang dah ada anak 4 manakala kakYati dah ada 2 org anak.KakShimah ni mmg jenis berdikari, keje sejak muda lagi lepas tu baru lanjut pelajaran ke maktab selepas menjadi guru sementara agak lama. Dia jadi teacher sbb dia ni dulu aliran Inggeris.Suami KakShimah,  Roslan jadi inpektor kesihatan kat MPAS.Anak kakShimah ni mmg menjadi rebutan semua emak saudara sbb anak2 kakshimah ni boleh berkawan ngan semua sepupu. Anak akak pon rapat ngan anak2 Kakshimah.
Mamat anak sulng kakshimah, tinggi 6 kaki agaknya!
Anak KakShimah ,Mamat pernah duduk sebulan dgn akak masa bulan puasa. Setiap minggu akak bawak bukak puasa kat Hotel, pastu paksa SiMamat ni makan sbb dah bayar mahal.(kalau mkn sikit rugi ler)...bila balik Jitra, semua terkejut tgk perubahan yg berlaku pada Si Mamat ni....hahaha, Mamat dah gemuk. Masa tu Mamat darjah 6. Kegemukkan siMamat tu berkekalan sampai dia tgktn 5..kesian Mamat. Jangan le dia salahkan ibu saudara dia atas kegemukan yg berlaku terhdpnyer. Dah takdir......



Suami akak dikerumuni anak2 dan anak2 saudara.Nana, Ikhwan, Aiman, Baby ,Haziq dan Dina.
Anak2 Hisham, Zafri. Afnan, Aiman dan Baby bergambar di depan rumah bapak akak.

Anak kakshimah yg lain, si Nana, Ikhwan dan Aiman sangat lasak. KakShimah ni awet muda sebab akak rasa kehidupan dia sgt mudah. Dia sangat suka akan kerjayanya sebagai cikgu di SSAT. Komitmen terhdp kerjayanya mmbuatkan dia terpilih sebagai guru cemerlang 2 tahun lepas. Dia x payah risau utk masak kpd familynya, tak pernah risaukan pelajaran anaknya mcm kita2 ni, x pernah mengongkong anak atau suaminyer.Fuh!! mmg tak heranle dia awet muda. Kita ni mana nak pikir pelajaran anak2, makan pakai suami, nak iron baju dan kemas rumah,menu nak masak hari2...bla bla bla tapi semua tu tak termasuk dlm agenda kakShimah. Yg best tu suami dia pandai masak, anak2 akak esp siFiffy sgt suka makan masakan abgLan ni .AbgLan pakar masak kari kepala ikan, mee udang atau mee kicap. Kalau abgLan ni masak, dgn pinggan2 sekali kami jilat!! 
Gambar sewaktu hariraya baru2 ini  bapak dan emak tersyg, kakyati, akak dan adik akak yg plg cun, Nita,

Kakyati plk dari tgktn 2 lagi dah terserlah kepakaran memasak dan menjahitnyer. Suami kakyati cikgu di Sek Men di sini. Anak dia cuma dua org iaitu Shakirin(kakyang) dan shakirah(ababy).Kakyati ni surirumah sepenuh masa walau masa sekolah dulu dia agak bijak tetapi demi suami tercinta, dia sanggup korbankan segalanyer utk berbahagia disamping suaminyer....dulu kakYati ni rajin masak tetapi oleh kerna suami kakYati selalu mkn kat luar maka kami (akak dan Nita)sudah boleh menandingi kepakaran memasaknyer.Bukan nak angkat bakul le tapi akak ni kalau masuk master chef sah2 boleh kalahkan CikWan...oppps...jgn silap, bkn chef Wan tau tapi Cik Wan jiran akak.... Kakyati plk skrg ni sgt malas memasak dek kerna tiada sambutan dari anak2 dan suami. Yg bertuahnyer kakYati n kakShimah ni, emak akak kalau masak lebih sure kol suruh dtg mkn.Ish...naper le akak duk jauh dari emak akak, kalau tidak akak dan family dah bertunggu tangga kat umah makbpk akak tu. Time makan je ler, mlm balik rumah...eee...bestnyer kalau boleh buat mcm tu ...jimat duit dapor akak tetapi akak dok jauh sgtler(Allah maha mengetahui:))
Skrg kakYati mengambil tempahan membuat langsir dgn harga yg sangat murah. KakYati ni pandai masak byk2(bab ni kami surrender no) so kalau ada tempahan utk sekolah, dia boleh masakkan.Iuler antara kelebihan kakak2 akak. kekurangan pon byk tapi kalau citer kat blog ni ...mau makan selipar nanti akak(kan akak ckp kakyati tu garang). Ok nanti akak citer about my adik2 plk.

No comments:

Post a Comment