Thursday 9 January 2014

Tudung eksklusif crystal Fizz Colllection

          Uishhh lama betul akak tak menulis di blog akak ni. Ini disebabkan sekarang ni akak double triple sebok semenjak akak menceburi bidang bisnes online ni. Ni pon mlm2 baru cuba mengadap laptop. Alkisahnyer akak ni terterjun dlm bidang ni sbb akak pon x sangka akak akan tetiba rasa mcm nak bisnes plk. Akak ni mulanya dulu mmg tak terfikir hendak berbisnes sehinggalah kwm akak Suzana yg mencadangkan akak menjual cadar Laurea sebaik sahaja kami menjadi ahli. Bila akak masukkan ke fb...wow sambutan mmg memberangsangkan tapi akak pulak rasa ingin mengembangkan bisnes lain pulak....n bisnes tu tentu brgn yg mmg menjadi permintaan ramai maka terfikirlah akak untuk berniaga tudung eksklusif yg mmg memerlukan minat dan tumpuan yg tinggi. Akak melihat kwn akak Su mengayakan tudung bercrystal yg berharga rm250. So bila akak nak berbisnes, akak terfikir utk menjual tudung yg bercrystal.. Maka akak meletak satu gmbr di fb dgn harga rm 240 dan mmg akak cuba test market dulu. Ye ler tudung mahal mcm tu..adakah ada permintaan?? Kat bwh ni akak tunjukkan gmbr pertama yg akak masukkan ke fb.....
Gambar pertama yg di masukkan ke fb...



Alangkah terkejutnya akak kerana sebaik gambar dan harga dimasukkan, 2 org sahabat fb  dari Perak dan Kuantan ingin membuat tempahan. Rakan fb akak dari Kuantan telah menempah 6 helai tudung dan dari Perak pulak menempah 3 helai tudung eksklusif...akak mmg terkejut. Dan kemudian dari Singapore pulak selepas mendapat tudung2 yg di ordernyer..dia mula menambah order dan tambah mengejutkan serta membuatkan akak begitu teruja adalah pabila dia menempah tudung eksklusif dari akak untuk pengantin iaitu anak sedaranya. Masa tu akak sgt terharu. Sejak dari saat itu..setiap hari ada saja order dari pelanggan segenap negeri namun dari Kuantanlah yang paling byk sekali. Mungkin kerana tudung2 akak sgt eksklusif . kain chiffon bermutu tinggi, crystal mmg berat dan bersinar malahan akak menempah tudung mengikut warna dan labuh yg pelanggan kehendaki , contohnyer baju pelanggan akak hijau plus krim..maka tudung dan kristal pasti mengikut baju pelanggan tersebut maka pelanggan akak akan merasa sgt yakin diri kerana mereka pasti dan yakin bila kemana2 majlis pon tiada tudung yg akan sama dgn tudung yg mereka tempah dr akak...kira special orderler. Seseorang customer plk kalau order pasti lebih dari sehelai dan salah seorang customer yg mempunyai sebuah restoran terkenal di Pahang...jika beliau order pasti 10 helai dan ke atas dan beliau plk memberi sepenuh kepercayaan kpd akak untuk memilih 10 kaler yg cantik2 utk tudungnyer. Pembaca bayangkan sehelai tudung adalah antara rm150 sehingga paling mahal rm380. Kadang2 dia order sampai RM 5 ribu dan bayar tanpa banyak soal... Mmg seronok berbisnes dgn org2 spt taukey restoran tu.


Salah seorang customer akak bergaya dgn tudung jenama akak

Wanita cantik ini jgk salah srg peminat tudung akak,  order tudung tanpa menggira harga!!


Kak Ogy dengan tudung keluaran akak sebelom bersiaran dalam proram Bintang Mencari Bintang


Sewaktu Anugerah Melodi Raya, kak Ogy tetap yakin dgn tudung jenama akak!

Kak Ogy dalam program Bintang Mencari Bintang, cantik dgn tudung jenama Fizz Collection.


Datin manis ini  menjadi antara pelanggan tetap Fizz Collection


Pelanggan di menempah tudung mengikut warna bajunyer



Tudung2 untuk dihantar pada seorang pelanggan tetap... bayangkan betapa byknya!
Kecantikan tudung keluaran akak mula menjadi bualan kwn2 customer akak dan bermula dari situ..mulalah ramai datin mula menempah tudung akak. Ada datin yg selalu membeli  tudungnya dibutik tudung terkenal pon mula beralih arah pd tudung2 kluaran akak...Fizz Collection....wowwww bestnyer sbb akak dah ada tudung jenama sendiri yg eksklusif dan menjadi rebutan ramai. Jika menempah tudung akak kenalah bersabar sehingga 2 ke 3 minggu so mmg larizzz mcm goreng pisang panazlah. Customer akak ni dari berbagai status, Datin, Datin Seri .Puan Sri dan org2 biasa pon ramai jgk. Org2 yg mementingkan kecantikan tanpa memperdulikan harga2 tudung yg beratus2 ringgit ni akan order tanpa memperdulikan RM yg perlu dibayar nanti. Alhamdullillah...  

Ada datin2 yg tak pernah membeli secara online tp sejak melihat kwn2 mereka  memakai tudung akak maka mereka mencuba add akak di fb atas nama Fizz Laurea dan mula menempah tudung akak plk dan akak plk atas kapasiti nama Fizz Laurea mahu menunjukkan reputasi yg baik dlm biz online ni kpd datin2 tersebut membuatkan akak menghantar tudung kpd mereka dan bila brg sampai barulah akak memintak bayaran.(Tapi akak dah siasat detail ttg datin2 tersebut melalui customer tetap akak so kalau mmg boleh percaya baru akak proceed)Cara akak itu membuatkan datin2 dan org2 yg berduit ni mula start menempah tudung dgn akak dgn jumlah order yg sgt tinggi utk seseorg. Demi menjaga hubungan dgn pelanggan akak jugak rajin membuat panggilan telefon dan berbual2 dgn mereka (setiap bulan bil telefon mencecah rm700 lebih) tp cara akak sgt berbaloi kerana pelanggan2 mula memberi penuh kepercayaan pd akak untuk membuat tudung mereka pd majlis2 penting.Ramai customer2 akak mula menjadi kwn baik akak dan mula berani meluahkan masalah peribadi mereka.(bermakna mereka mula menaruh kepercayaan yg tinggi atas pershbtn yg terbina dlm rangkaian perniagaan online sahaja)Cumanya skrg ni ramai yg sudah cuba meniru atau menciplak fesyen tudung akak tapi akak tak risau..pelanggan akak tetap setia dgn akak kerana mereka tahu akan kualiti kain dan batu crystal yg akak gunakan mmg yg terbaekklah.
Pernah  sewaktu bershopping, akak mencuba jgk utk memperkenalkan pd rakan yg baru dikenali dan alangkah bertuahnya akak kerana org yg akak approach tu ialah seorang Datin , isteri kepada antara org terpenting di Polis Diraja Malaysia. alhamdullillah dan kini Datin tersebut menjadi antara kwn baik akak jgk. Sesungguhnya dalam bisnes ini kita harus jujur dan bersungguh2... Insya Allah besar lagi ganjaran utk org yg berkeja keras seperti akak ni.





Tiga dari mereka di atas iaitu Datin Kam, Datin Ana dan Manja Solie menggayakan tudung2 akak.

Pada mula akak berbisnes, suami tidak begitu memberi sokongan kerana dia sudah terbiasa dilayan dari A to Z tapi bila akak start berbisnes akak agak letih dan bila malam...sebaik meletakkan kepala di bantal..pasti terus tertidor, tiada lg urutan  kaki utk suami..( akak pon letih seharian mencari material dan crystal kemudian dihntr plk kepada designer) Tapi apabila suami akak melihat sambutan yg amat mengalakkan dia memberi sepenuh dorongan dan sokongan utk akak menjalankan bisnes ini.

Kemuncak pada kegembiraan akak berbisnes ini apabila isteri seorang Menteri ingin menempah tudung utk majlis anaknya berkahwin dgn designer yg sgt terkenal iaitu anak Datuk Seri Ismail Sabri dan Datin Muhaini, Nina dan  Jovien Mandagie satu nama besar dlm industri fesyen. Akak mmg sgt teruja kerana datin dan kakak iparnya menempah berpuluh helai untuk majlis perkahwinan itu utk diri Datin seri dan ipar duainya. Kakak iparnya datin Hasnah jgk begitu gembira dan teruja apabila melihat contoh2 tudung akak dan beliau jgk tanpa byk soal menempah beberapa helai untuk majlis perkahwinan itu.Datin Seri Muhaini jgk memintak akak membuat tudung untuk majlis khatam Nina dan bg majlis tersebut akak menyerahkan kapakaran Anis dan Lynn (designer akak) untuk mereka tudung bg majlis yg gilang gemilang itu.

.


Nina Datuk Seri Ismail sewaktu majlis berkhatam cantik mengayakan tudung jenama akak






Datin Seri mengayakan tudung jenama akak di majlis bersiram Nina


Persahabtan  antara akak dan Datin Seri Muhaini menjadi agak akrab kerana akak sering ke rumahnya menyebabkan akak jgk menjadi antara tetamu untuk majlis gilang gemilang yg berlansung selama 4 hari 3 malam itu. Kata datin Seri Nani , bila dia memakai tudung akak dia merasa yakin dan perfect sgt sbb tiada sesiapa yg akan memakai tudung sama sepertinya. Bila ke majlis perkahwinan menteri2 , katanya ramai menegur kecantikan tudung Fizz Collection tu (bangganya akak)

Kad undangan ke majlis kahwin anak Datuk Seri Ismail Sabri

Bersama Datin Seri Nani di majlis perkahwinan Nina dan Jovien Mandagie


Bersama artis jelita, Nor Fazura di majlis perkahwinan tersebut.


Jovien dan Nina di pelamin yg sgt indah hasil rekaan Jovien.

               Perniagaan tudung yg dari suka2 kini menjadi satu kerjaya untuk akak. Seronok berbisnes tudung ini kerana akak jgk mendpt ramai kawan2 yg berbagai status dan tidak sombong spt Datin Seri Muhaini  Datuk Maria Menado , Datin Rohana Ahmad, Datin Zila, Datin sally, Datuk Rosnah, Datin Qistina dan ramai lagi.... Order tudung akak jgk sebulan kadang2 melebihi 200 helai so nasihat akak utk org yg ingin memulakan perniagaan online ni, bersabar selalu...PR harus bagus..pandai mengambil hati pelanggan, kerana tudung akak jgk punya guarantee jika crystal terjatuh kami akan mengantikan tanpa charge tambahan malahan kos pos jgk ditanggung akak. Akak jgk tak lokek memberi hadiah kepada pelanggan2 yg membeli dgn kuantiti yg banyak dan ini bagaikan satu dorongan utk mereka menambah order.. Yg penting kita pandai menjaga hati pelanggan dan walau apapon selalu sematkan dihati "pelanggan sentiasa betul". Itu motto akak yg membolehkan akak berbisnes dgn selesa. Ok selamat berbisnes untuk pembaca yg baru mahu memulakan bisnes dgn pesanan usaha tangga kejayaan..tanpa usaha yg gigih, siapalah kita. .Dan yg PENTING, berbisnes..bisnes jgk...ilmu akhirat pon kita kena selalu pegang..biar seimbang dunia dan akhirat. Jgn kejar dunia sahaja kerana akhirat itu yg kekal ....ingat ye wahai pembaca...seimbang... 

Akak jgk sudah pandai membahagikan masa antara bisnes dan rumahtangga. Akak akan selesaikan hal bisnes sewaktu suami berkerja, petang, akak panggil ustazah datang ajar mengaji quran dan malam adalah waktu bersama keluarga. Mungkin atas sebab ini jgk suami sentiasa berada di belakang memberi 100 peratus sokongan untuk akak berbisnes.. alhamdullillah...syukur atas segala2nya.

Alkesahnya nak habiskan nukilan ni mengambil masa 2 minggu jgk...hahahah. Layan yer nukilan akak ni.








6 comments:

  1. Fuhhh caya2.... terutama gambar dgn fazura tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..mmg sah anda peminat tegar fazura...neelofa dan sewaktu dgnyer...

      Delete
  2. salam, saya syikin dr trg. macam mana nk dapatkan koleksi tudung akak? tq

    ReplyDelete
  3. Sorry Syikin for d late reply, syikin boleh add fb akak Fizz laurea. Terima kasih kerana berminat. Tq Noorasyikin Kamaruddin.

    ReplyDelete
  4. Tahniah sahabatku di atas kejayaan rekaan tudung mengikut kehendak pelanggan..unik gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq my dearest fren....tq tq
      Not bila nak try tudung eksklusif ni...hihihihi

      Delete