Anak sedara, kakak ipar dan adik ipar yg sgt terror buat biskut raya , kek lapis dan berjenis2 kek. Kalau nak tempah kek boleh tempah kat adik ipar akak ni. |
Kakak ipar yg pakar memasak lauk pauk dan western food. |
Ibu mertuaku sewaktu di rumah kakak ipar. Ibu mertua yg sgt terror masak dan kepakaran memasaknya telah diwarisi oleh anak2 dan cucu2nya. serta menantunya..iaitu akak.Hehehe perasan jer. |
Kek hasil tangan adik ipar akak, Roseliza. Hah!Kan akak dah kata mertua, adik dan kakak ipar akak sgt terror memasak. Ini le buktinya. Korang reti ke buat kek secantik ni. Akak mmg surrender awal2 ye. |
Sebaik akak berpindah ke rumah sendiri, akan mula explore mcm2 resepi sbb kakak akak yg no 2.KakYati tu telah membekalkan akak dgn satu buku resepi yg penoh dgn resepi2 hasil tulisan tgn kakYati so kalau nak masak mmg buku tu le jd panduan akak. Suami akak ni jenis yg tak pernah kritik masakan akak..masin ke manis ke dia makan je, kesiankan . .
Semasa akak tinggal kat kuaters tu, ada jiran akak yg sgt baik dan rapat ngan akak...Eton namanya.Si Eton ni kalau masak mmg terror sgt...so satu hari tu dia hntr kat akak daging paprik yg sgt sedap. Fuh.... so akak mintakle resepi. Eton ni mmg tak kedekut ilmu so dia le ajar akak resepi ni. Mmg sedap sbb makmertua, dan kakak ipar pon minta resepi ni dari akak padahal family sebelah suami semuanya terror2 masak. Semuanya bekas2 chef sbb akak ni kalau nak dibandingkan dgn family belah suami mmg tak masuk dek akal...heheheh sebab dia org ni mmg terror tahap chef Wanle.So kalau dia org mintak resepi tu kira mmg sodaple mskn tu!!!
Si Eton berposing pon depan makanan sbb dia ni bkn aje pandai masak tp sgt suka jalan2 cari makan. Tak heran le kalau makanan sedap sampai ke JB pon dia sanggup redah. |
Ok sekarang kita tgk apakah bahan2nya. Akak rasa masakan ni paling mudah, ada sayur dan pedas. So mmg berbaloi. Resepinya ringkas tapi kalau pandai masak konpem sedap tapi kalau tak pandai x yah le masak.... mengabihkan daging jew. Ok bahan2nya ialah.
-
Setengah kilo daging batang pinang( direbus dan dipotong nipis)
-4 labu bawang besar(dipotong 4)
-5 btg cili merah( dihiris nipis)
-10 biji cili padi yg kg tau( kasi pedas)(ditumbuk pecah
- sayur2annya:-
Carrot. kacang panjang dan jagung muda
5 camca besar
Kicap Jalen atau kicap kipas udang
5 camca besar Sos tiram
Sedikit minyak
Air rebusan daging
Daun limau purut
Cara2nya:-
Tumis bawang, cili merah dan cili api. apabila sudah naik bau, masukkan daging yang telah dihiris nipis itu tadi kemudian masukkan sos tiram, kicap dan bila dah sebati masukkan air rebusan daging gula dan sedikit garam. Kemudian bila dah agak lama dan kuahnya telah menjadi pekat, masukkan sayur2an dan daun limau purut, Bila kuah dah sebati, tutup api dan dah...masak satu resepi. Mudah giler kan sedap. pedas ....cubaler mesti akan masak selalu. Nanti akak kasi plk resepi yg makmertua akak kasi iaitu sotong pattaya......
Mcm ni le rupa daging masak paprik yg mcm akak masak. Tapi gmbr ni akak amik dari laman web jer....bila akak masak nanti akak akan masukkan dlm blog ni..hokey yer, |
.
Cubale ye kwn2 semua. Akak sgt berterima kasih pd Eton yg kasi resepi masakan yg sgt mudah dan sedap ni..
Terima kasih berkongsi resepi ni.
ReplyDelete10 Mitos Tentang Kesuburan Yang Perlu Anda Tahu
adilah sama2 kasih.... dah cuba ker...
ReplyDelete