bilik tidur kena selalu bersih dan kemas. Biar suami tenang utk berehat dan tidur/ |
Sebelom akak mulakan dgn carta2 akak.....akak rasa yg ni tak payah lah nak dimasukkan dlm carta akak sbb sebaik diakad nikahkan kita akan diingatkan peri penting menghormati suami .Namun bab menghomati suami ni akak rasa semua isteri menyedari akan hakikat ini. Pada isteri yg lsg tidak menghormati suami ..... kita mesti ingat bahawa syurga kita setelah berkahwin adalah apabila kita selalu diredha oleh suami atas setiap apa yg kita lakukan sebaik sah bergelar isterinya.
Ok sekarang akak perturunkan satu persatu petua akak. Akak bknnya terbaik tapi akan cuba menjadi yg terbaik. Adik2 akak membaca post ni cubaler praktikkan yer....semoga rumahtangga kita sentiasa sejahtera. Insyaallah....
1. Pastikan rumah bersih dan teratur sebelom suami pulang, yg ada anak kecil tu sewaktu suami kat pejabat...biar je anak2 main bersepah walau pon sepah tahap gaban tapi bila suami dah nak balik pastikan rumah cantik dan kemas. Bukan rumah je...bilik tidur paling utama!
2.Diri kita biar sentiasa kelihatan kemas behias. tak cantik takpe...mcm akak ni dah tak cantik,nak berhias sampai cantik alamatnya tak masakle akak. Mengadap cermin 24jam..tu pon cantik belom tentu lagi.....
3.Bila suami mahu pergi kerja, siapkan baju, seluar. seluar dlm, setokin dan kasut .Sewaktu suami sdg mandi sediakan sejadah utk dia bersolat subuh. Sediakan sarapan dan hantar suami hingga ke kereta .salam, cium tgn dan cium pipi suami sewaktu dia mahu melangkah ke dlm kereta. lambai sehingga dia hilang dr pdgn mata( akak buat tiap2 hari selama berpuluh tahun....tak penatle sbb sudah jd rutin akak), petua ni sesuai utk surirumah mcm akak yer, kalau yg berkerja tu adjust2 apa yg patut ler.
Kalau cun mcm ni yg dok melambai suami akak...kang dia tak jadi pegi keje plk......syg nak tinggal isteri cantik. Kalau akak lambai laju je dia bwk kereta!!!! |
3. Bercakap dgn amat lembut dgn suami. Akak kalau bercakap ngan anak2 atau kwn2 sgt berbeza nada suara dgn bila bercakap dgn suami. Bkn propa tp biar suami rasa sejuk dgr percakapan kita.
4. Ketawa apabila suami buat kelakar walaupon apa yg dia buat atau cerita tak kelakar langsung. Akak selalu dah buat mcm ni.... hheheh(nasib baik suami akak malas membaca, sah2 tak baca pyer blog ni)5. Elakkan dari bertengkar kerana dibimbangi bila bertengkar akan mengeluarkan kata2 yg mungkin amat menghiris hati psgn kita dan kata2 itu kekal lekat dihati psgn kita. Nasib baik akak dpt suami yg malas nak bertengkar sbb kalau akak buat dia marah...dia akan diam ajer tapi akak pon sama tau.Akak kalau gian sgt nak bertengkar, anak sulung akak le jd mangsa sbb anak akak tu suka bertekak jgk ngan akak. Suami akak...sorry le tak kuasa dia nak melayan bertengkar2 ni.
Bertengkar mcm ni mmg sah2 tak akan menyelesaikan masalah malahan akan menambah kekusutan dan rasa terhiris di hati psgn kita. Elakkan!! |
7. Kalau jalan dgn pasangan kita selalu le kita jln seiring serta memegang tangannya, jgn srg ke blkg srg ke depan tapi anak2 pasti kan berada di depan. Jgn nak memaut tgn suami...anak2 lari ke sana sini esp kat shopping komplek le...malu oooi...nanti org kata makbpk sibok berkepit, anak2 plk sebok berkejar2an.....so kita kena agak2le kalau nak berkepit pon.
8. Sediakan makanan dgn sempurna serta hidangkan di meja makan.... jgn sesekali biarkan suami mkn nasi ala nasi kandar...lauk pauk cedok dari periuk...tak mau...tak mau buat mcm ni. Bkn lama pon menghidang yg penting keikhlasan. Jika selalu buat mmg tak rasa apa2. Mcm akak, suami akak air pon akak kena pastikan letak di meja makan. Alah bisa tegal biasa Malah kita akan seronok melihat suami kita menjamu selera air tgn kita.
Hidangan yg sempurna dan cantik akan menaikkan selera suami. Tapi kena le sedap, kalau cantik hidangan tapi masakan yg adooo alamatnya jamu kat kucing le nanti. |
10.Elakkan membuat sesuatu yg suami tak suka dan ulangile membuat sesuatu yg suami sgt suka. Contohnya suami akak mahu akak bertudung sentiasa walaupon utk menyidai kain....akak ikut je kerana mmg aurat kita harus sentiasa dijaga, aurat kita adalah tanggungjawab suami jgk.
11.Jangan membandingkan kelebihan lelaki lain dgn suami kita atau suka menceritakan ttg bekas kekasih2 kita yg kononnya lebih kaya atau lebih hensem dr suami kita( kalau lelaki lain mempunyai begitu byk kelebihan ...kenapa pilih lelaki yg byk kekurangan utk menjadi suami kita so sebelom nak bukak citer, fikir 100x dulu.) Selain akan membuat hati suami terguris akan jgk mebuat hati2 yg mendengar ketawa sinis.hehehe
12. Jangan menganggu suami seandai dia sedang tidur(anak2 suruh main kat tempat lain) dan jika ingin mengejutkan suami, jgn plk mengoyang2kan bdnnya bagaikan nak runtuh katil atau jerit kuat2 sampai satu taman dgr....cukup sekadar memicit hujung jari kakinya dan memanggil secara lembut dan perlahan.
Kalau wajah akak secantik Nora Danish...confirm suami akak suruh pakai purdah,,,,,hahahaha |
No comments:
Post a Comment