Akak ni kalau tgk pasangan yg lama berkahwin tidak mendpt anak...dalam hati kecil akak turut mendoakan agar pasangan tadi akan segera dikurniakan anak. Akak tak akan sama sekali mencaci-cerca, mengata atau menghina pasangan itu kerana akak faham perasaan mereka. Mereka pasti akan tertekan, kecewa dan sedeh jikalau selalu ditanyakan ttg anak.
Saat bahagia menimang cahaya mata mmg ditunggu oleh semua wanita yg telah mendirikan rumahtangga. |
Saat yg ditunggu oleh setiap pasangan yg mendirikan rumahtangga .Mengandung...bahagia mempunyai zuriat sendiri. |
So sbg masyarakat ug prihatin dan terdidik dgn agama islam yg murni ini....jgn sama sekali kita mencaci atau mengata org yg tiada zuriat. Cuba fikirkan perasaan mereka. Pasti wanita yg tiada zuriat dan pasangannya akan tertekan jika ditanya bertalu2 setiap kali bertemu mereka malah sudah byk akak dgr jika seorang wanita itu tiada anak, dia malas utk pulang ke kampung kerana tidak tahan ditanya dan disindir oleh sanak sedaranya maka pastinya dia meminggirkan dirinya kerana mulut2 celupar kita ini. Sedara akak pon ada mengalami masalah ni...dah berbelas tahun kwin tapi tiada zuriat hingga dia mengambil anak angkat tapi akak tak pernah mahu menanya ttg anak padanya kerna akak faham situasinya. Akak selalu mendoakan agar Allah akan mengurniakan anak yg comel2 padanya satu hari nanti memandangkan suaminya yg bersifat sgt penyayang pd anak angkat mereka tadi. Dibelai bagaikan anak kandungnya.
Pesanan akak pada pasangan yg belom dikurniakan zuriat oleh Allah s.w.t....bersabar, berusaha dan berdoalah selalu. Semoga mereka akan dikurniakan zuriat jgk satu hari nanti. Skrg ni mcm2 produk ada...biodexler, dan mcm2kaedah moden lagi utk mendpt zuriat tapi jgn sewenang2nya mencuba yer, pastikan ada sijil dr kementerian kesihatan...manalah tahu ada rezeki plk nanti.Insyaallah.
Ini akak copy dari blog pakarhowto |
Sebelom tu akak nak citer satu pengalaman yg akak sendiri tgk ttg satu pasangan yg tiada anak ni. Si Suami ni setelah 4 thn berkahwin dan tak dikurniakan anak maka dia telah menceraikan isterinya dan menceritakan pd kwn2 dan tetangga yg isterinya itu mandul. Tak lama kemudian dia berkahwin kali ke 2, begitu jgk bekas isterinya. Tak lama kemudian bekas isterinya yg berkawin lain tadi telah mengandung dan ini membuatkan ego bekas suaminya tercabar lalu tanpa berlengah dia menceraikan isterinya yg ke 2 dan berkahwin utk kali yg ke3 nya demi utk membuktikan kelakiannya malangnya sampai skrg setelah hampir 6 thn berkawin tapi si isteri masih tiada tanda2 mengandung pon makanya pesanan utk si suami, buat check up dulu sebelom menuduh isteri anda mandul. Sikap salah menyalahi antara satu sama lain....tidak akan menyelesaikan masalah malah makin merumitkan keadaan maka utk psgn2 yg tiada zuriat.... berikhtiarlah bersama2, sesungguhnya dgn pertolongan Allah s.w.t. disamping doa yg berpanjangan... insyaallah.....akan menemui kejayaan.
Dan kita masyarakat yg prihatin dan penyayang harus selalulah memberikan sokongan pada pasangan yg tiada zuriat dan dorongan supaya mereka sentiasa pasrah dan berdoa. Sesungguhnya Allah maha mendengar akan doa hamba2nya......