""Fizah....abang telah dinaikkan pangkat di Cameron Highlands" ungkapan gembira abang buat akak terkedu seketika. Abang kelihatan sangat gembira sbb dia mmg sudah lama memohon untuk ke Cameron..nak tukar angin katanya.. Malam tu mcm2 dibincangkan...abg merasakan bagai satu rahmat plk sbb anak2 pon semua dah besar...tinggal sibongsu je yg akan memasuki tingkatan 1 tahun depan. Anak yg nombor 3 plk akan menduduki SPM tahun ini. Malamnya akak x dpt tido sampai ke pagi dek kerisauan tetapi yg lebih kelakar abang pulak tak dpt tidor sbb terlalu gembira. Cameron Highlands?? Mcm2 bermain di minda akak. Sesuai ke tempat tu dgn akak yg sentiasa kesana kemari berbisnes dan lebih merisaukan bisnes akak sgt berkembang sekarang ni,
Akak gembira abg dinaikkan pangkat tapi sebetulnya akak langsung tak gembira abg ditukarkan ke Cameron Highlands tapi demi menyukakan hati abang akak bersetuju untuk mengikut abg berpindah ke Cameron Highlands tu.almaklumlah tempat isteri disisi suami di kala susah mau pon senang, Poyo je ayat nikan tp ini mmg faktalah...hehehe
Abang mendapat rumah di kuaters TNB...sebuah banglo yg besar dan tidak sesuai utk family akak, Anak pon cuma tinggal sibongsu jer...yg no 2 diUniversiti ,no 3 plk akan memasuki mana2 Universiti pada bulan 6 ni, ins sha Allah...manakala anak sulung sudah pon tamat dan sdg mahu membuat chambering untuk menjadi lawyer bertauliah dan mereka akan balik kerumah yg satu lagi. So banglo tu mmg sgt tidak sesuai pada family sekecil kami. Pada hari cuti akak naik ke Cameron untuk mencari apartment untuk disewa dengan budget sebulan rm1800, Puas kita memusing dari Ringlet hingga ke Tanah Rata tapi hampa sbb kebanyakan rumah adalah dijadikan homestay almaklumlah tempat peranginan. Maka akak pulang ke KL dengan penuh kehampaan,
Setelah sebulan abang tinggal di kuarters TNB.. abang mendapat apartment untuk disewa dengan kadar RM1500 sebulan... alhamdullillah, sangat bersyukur. Akak tak nak rumah besar2 cukuplah sebuah apartment.untuk tinggal sementara. Anak akak yg bongsu plk mendapat Sekolah Menengah Sains Tapah.iaitu. sejam suku dari Tanah Rata ke sekolah anak. Kebetulan pulak akak mintak sekolah sains ni dan anak akak berjaya plk memasuki SBP ini. Alhamdullillah.
Apartment yg kami duduki sangat berdekatan dengan pekan Tanah Rata iaitu lebih kurang satu kilometer atau 7 minit perjalanan.
Banglo TNB yg sepatutnya kami duduki. Jauh dari staff yg lain. Banglo jenis lama ni. Scary ler. |
Apartment di Tanah Rata. |