Didalam apartment yg akak sewa, tapi ini gambar homestay. Mana boleh ambil gambar dlm apartment akak.
Mana ada privasikan.
Tinggal di Cameron sememangnya agak memboringkan tapi akak penuhkan masa dengan membuat blog, memasak berbagai juadah dan mengemas serta menyusun atur perabut.Walau pon tiada siapa dirumah melainkan anak no 3 yang sedang menunggu panggilan masuk ke mana2 Universiti tapi anak akak ni memang suka makan so... apa lagi mamanya yang keboringan ni masak ajele.Nasib baik tinggal di apartment di Tanah Rata, happening la jgk. Walaupon kecil je apartment ni tapi akak rasa selesa jugak. sesuaile dengan 3 orang je kat rumah ni.
Kelebihan tinggal di Cameron ni adalah cuacanya yang sejuk serta nyaman, kaya dengan sayur2an dan ladang teh yg cantik saujana memandang dan jugak tiada traffic jem yg teruk pada hari bekerja seperti diKL cuma Cameron akan jem yang teruk pada hari cuti sekolah, cuti hujung minggu atau cuti umum. Tapi akak tgk, homestay kat apartment akak ni sentiasa aje dikunjungi orang cuma tidaklah seramai musim cuti. Ramai kawan2 akak mengatakan mereka serik untuk datang bercuti ke Cameron memandangkan mereka telah merasai pengalaman meredah jem berjam2 untuk sampai ke Tanah Rata.
Sebenarnya bukan senang mendapat rumah sewa bulanan di Cameron ni dan akak merasa amat bertuah kerana mendapat rumah sewa di pekan Tanah Rata yang memang menjadi tumpuan para pelancung. Pemilik apartment lebih suka menjadikan rumah mereka sebagai homestay memandangkan keuntungan berlipat kali ganda jika dijadikan homestay.Walau apapon akak memang bersyukur dapat apartment disini kerana jika dibandingkan dengan rumah banglo TNB di Station Jor, memang sepuluh kali best disini. Tak payah le rumah besar2 kalau cuma 3 org je yang ada....kalau anak no 3 masuk U, tinggallah akak ngan abang je kat rumah ni.Rumah kecil ni kelebihannya, dapor dan bilik berdekatan semuanya...hahaha. tak penat nak berjalan naik tangga mcm rumah akak kat bwh tu. Syukur alhamdullillah.
Walaupon berada di Cameron, bisnes akak tetap berjalan seperti biasa tetapi kali ini..designer yg tolongkan semua. Setiap kali balik KL akak akan cari material dan batu2 kristal serta pergi hantar ke rumah customer2 dan mengepos pada regular customer kerana bisnes tudung ni mmg tiada full stopnya selagi ada permintaan.Yg penting kualiti tudung yg bermutu maka permintaan tetap akan berterusan..sekali lagi syukur alhamdullillah.
Nanti dikisah yang akan datang akak akan menceritakan tempat2 menarik di Cameron Highland, tempat menarik serta tempat strawberry,jagung dan keledek yang murah dan segar untuk para pembaca jadikan panduan apabila bercuti ke Cameron ni. Okey dah setahun akak tak berblog dek kesebokan berbisnes so ayat2 berterabur tu maafkan yer.
Coretan ini ditaip dari tahun lepas sebelom anak exam UPSR dan srg lagi exam SPM sampai le ke tahun ini anak2 dah masuk sekolah asrama dan menunggu result masuk ke mana2 U. Punya ler sebok tahun lepas tapi tahun ni...barulah chillex sikit...hehehe
|