Bapak dan emak akak . Gambar ni diambil beberapa bulan sebelom arwah meninggal dunia. .Hisham yg bwk bapak ronda2 Tasik Jitra |
Sedang menunggu tose. Sewaktu sakit bapak sgt suka makan tose, capati dan oats. Makanan yg paling bapak suka pastinya kueteuw! |
KakYati pula memainkan peranan sebagai nurse kerana setiap hari dia akan berulang alik beberapa kali dtg kerumah bapak utk mencuci luka mengambil tekanan darah dan tahap gula dalam darah.Selain KakYati, Dekmi jgk akan mengambil tahap gula dalam darah bila dia pulang bercuti. Cuma mereka berdua yg dpt lakukan keje ni sbb anak lain agak penakut. Namun akak puji sikap kakyati yg sgt setia dtg mencuci luka2 kaki bpk hingga luka dikaki bpk semboh dgn sempurna. Bygkan kaki yg nak dipotong spt tiada tanda2 pernah luka. Bapak pon jarang mengeluh sakit cuma bpk sgt suka mengajak kami anak2 utk membawanya kehospital dgn berbagai alasan. KakShimahlah anak yg paling setia menemani bapak ke hospital setiap kali diajak.KakShimah jgk adalah anak yg sgt pmurah, setiap masa dtg ke rumah bpk dgn membeli bermcm2 juadah utk semua yg ada di rumah bpk. (semoga Allah murahkan rezeki org2 yg baik mcm Kakshimah ni)
Akak pon masa balik menjenguk bapak adalah jgk membawak bpk ke hospital Jitra. Antara anak2 bapak yg paling bapak suka jika pulang menjenguk ialah adik perempuan bongsu akak, Si Nita. Nita ni mmg manja.... dia sgt suka mencium bapak. Bila dgr Nita nak balik bpk mesti kata....."kalau dia balik tu asyik nak cium bpk jer"...so kita org semua baru tahu bapak suka anak2 mencium atau memeluk beliau seperti yg Nita lakukan.
Bapak dan emak tetap romantik berpinpim tangan sewaktu keluar makan dimana bpk sudah semakin sehat dan kaki pon semakin semboh. |
Pabila emak melihat bapak semakin sehat, emak berniat mahu membuat kenduri kesyukuran. Sewaktu majlis kenduri tu bapak kelihatan amat ceria Sewaktu majlis tu ada seorg sahabat bpk mengesyorkan sejenis ubat kumur yg dihasilkan oleh USM utk di minum.... kononnya boleh baikkan kanser. Oleh kerana paksaan darinya yg tak henti2 mengikut akak, akak terpaksa mengorder ubat kumur tu. Dia jgk menyuruh akak order sedozen, nasib baik akak order 3 botol je. 2 hari kemudian sahbatnya dtg menghantar ubat , memberitahu yg sudah beberapa org yg minum dan berkesan. Kami cuma mendengar dan nasib baik bpk tak minum, akak menyuruh emak akak yg jd ulser dlm mulut supaya kumur dgn ubat tu 3 kali sehari dan pembaca nak tahu apa yg berlaku....dalam mulut emak akak habis jd ulser dan emak akak tak dpt makan selama 3 hari dan di masukkan ke wad utk dimasukkan air, Fuh...bahaya betul ubat2 yg tiada kesahihan ni...
Kenduri kesyukuran sebulan sebelom bapak meninggal dunia.Waktu majlis ni bapak kelihatan sgt gembira melayan para tetamu. |
Takkala kami menelefon, pasti bapaklah yg mengangkat telefon dan berbual2 dgn kami dahulu sebelom di pastkan kat emak dan kdg2 arwah bapak berleter ttg emak yg sangat suka membuat kerja luar seperti menyapu halaman rumah dan menyiram pokok2. Emak mmg sgt berminat berkebun dan membuat keje2 diluar rumah. manakala arwah bapak plk suka emak sentiasa bersamanya, berbual2 dan menemaninya.Emm...tiba2 teringat plk akak sewaktu sakit bapak sgt suka makan oat bersama susu Anlene, capati, tosai, kueteuw dan sgt menjaga masa untuk memakan ubat.
Bpk dan fiify sewaktu bapak mula2 dimasukkan di Hospital Sultanah Bahiyah |
PakcikAq dan keluarganya. Semoga Allah membalas kebaikan meeka yg selalu menyukakan hati arwah bapak dikala bpk masih ada. Mmg kami semua sgt terharu dgn kebaikan keluarga Pakcik Aq. |
Arwah bapak bersama adik2 dan kakaknya semasa majlis dirumah PakcikAq |
2 minggu selepas pulang ke Jitra, suami akak beritahu utk balik ke Jitra lagi kerana dia harus meeting di TNB Gelugor. Akak sgt happy kerana nak balik bertemu bapak lagi. Waktu akak balik dulu emak akak sdg sakit didalam perut dan ini amat merisaukan hati bapak. Bapak tak boleh mendengar emak sakit pasti segera dibwk ke hospital tapi takkala bpk sakit, bapak sedeh kerana hanya mampu melihat emak sakit dan emak plk bkn jenis yg suka kehospital.Atas permintaan bapak, kakShimah , Dekmi dan kakYati membawak bapak dan emak ke Kedah Medical Centre dan bapak dimasukkan selama 2 hari dan disinilah baru kami ketahui sbb musabab emak sakit didlm perut setelah discan di KMC. Rupa2nya terdpt batu karang didalam buah pinggang emak. Bila dah tau punca penyakit, maka emak diberi ubat utk menghancurkan batu karang tersebut. Sebaik keluar dari KMC emak sgt sehat dan ini sgt mengembirakan hati bapak. Tapi sebaik keluar dari KMC bapak kelihatan bertambah lemah.....Kemudian pada hari rabu KakYati membawak bapak ke Hospital Jitra dan bapak terus dimasukkan ke hospital Jitra kerana air dalam buah pinggang hampir kering(??) So air dimasukkan ke dlm badan bapak....bapak jgk tidak dpt makan kerana setiap kali makan bpk akan muntah cuma beberapa kali aje makanan boleh masuk tanpa muntah. Didalam wad bapak dijaga oleh anak bongsu bapak, dekmi tapi pd saat2 akhir emak pon nak menjaga bapak di waktu mlm kerana melihat keadaan bapak yg agak tenat tu.(sebelom tu emak menjaga bpk di hospital siang n malam tapi bila mak kurang sehat, dekmi nak jaga srg je bpk kat hospital)Akak mengajak suami akak balik tapi suami akak menyuruh akak ambil flight ajer kerana dia ada meeting penting pada hari isnin, dan akan balik Jitra jgk pada hari Khamis nanti so akak pon pada pagi ahad tu akak booking tiket MAS utk pulang pada pagi hari isnin. Pada hari sabtu bapak dapat membaca surah yassin hingga habis (alhamdullillah) dan pada hari Ahad pulak keadaan bapak agak lemah. Lepas tu tiba2 akak dpt berita yg bapak semakin teruk pada hari Ahad yakni selepas nurse Hospital Jitra telah menyuntik insulin pd bapak wlau tahap gula dlm darah bapak cuma 10 aje....tika nampak nurse mahu menyuntik bpk, Kakyati segera menghalangnya namun nurse tersebut tetap juga menyuntik insulin pd bapak dan bila Kakyati menyatakan bahawa nanti tahap gula akan turun mendadak nurse tersebut dgn selamba meyuruh Kakyati memberi makan pd bapak selepas dia menyuntik bapak. Mmg tak logik dek akal sbb mmg telah diketahui bapak tak boleh makan dan pankreas bapak pon tak betul berfungsi so mmg gula dlm darah terus drop membuatkan bapak menjadi sgt2 lemah, bila Dr hospital Jitra melihat keadaan bpk, Dr menyuruh bpk dihantar ke HSB Alor Setar, akak kol Hisham dan Nita beritahu keadaan bapak tapi akak plk masih bertangguh... Sham kol akak utk mengajak akak balik bersamanya tapi akak menolak kerana tak sanggup berhimpit2 didlm kereta (masih pentingkan keselesaan diri)sebaik pulang bertemu anak akak di asrama .akak kol MAS utk ubah penerbangan tapi bila akak akan dikenakan penalti kerana mengubah masa penerbangan....akak suruh dia org hold dulu dan akak kol tyer kakYati ttg keadaan bapak. Kata KakYati bapak dah semakin stabil , tekanan darah stabil, semua dah ok so esok Dr nak buat endoskopi. legalah hati akak so akak teruskanlah dgn niat yg asal iaitu utk pulang dipagi esoknya. Akak fikir..ala beberapa jam aje, kalau mlm bertolak pon dah pukul 9.30 mlm...esok pon dah nak bertolak 8 pagi. Sikit je beza masanyer. Insyaallah ok kut....fikir akak masa tu ler.
Besok tu pukul 5.30 pagi akak bertolak ke KLIA dan masa di KLIA menunggu masa belepas....pukul 7.15 Nita kol memberitahu bapak sudah tiada..... akak hampir tiada kata, menangis semahunya semasa di airport. Biarlah org nak tgk pon...biarlah org kehairanan pon. Perasaan menyesal mula bertimpa2 ....Kenapa akak tak tukar flight semlm...kenapa dan kenapa? Sebaik mendarat di Kepala Batas akak terus ambil teksi ke HSB.Sampai disana sebaik melihat jenazah bapak...luluh hati akak tak dpt nak digambarkan lagi ...sedeh, sayu....masyaallah begitu cepat bapak pergi. Kenapa bapak tidak menunggu kami anak2 pulang melihat bapak di hospital...... (tiba2 hati jahat berbisik) masyaallah...astaqfirullahalazim.....sedehnyaaaa....Ya Allah tabahkan hatiku Ya Allah....
Besok tu pukul 5.30 pagi akak bertolak ke KLIA dan masa di KLIA menunggu masa belepas....pukul 7.15 Nita kol memberitahu bapak sudah tiada..... akak hampir tiada kata, menangis semahunya semasa di airport. Biarlah org nak tgk pon...biarlah org kehairanan pon. Perasaan menyesal mula bertimpa2 ....Kenapa akak tak tukar flight semlm...kenapa dan kenapa? Sebaik mendarat di Kepala Batas akak terus ambil teksi ke HSB.Sampai disana sebaik melihat jenazah bapak...luluh hati akak tak dpt nak digambarkan lagi ...sedeh, sayu....masyaallah begitu cepat bapak pergi. Kenapa bapak tidak menunggu kami anak2 pulang melihat bapak di hospital...... (tiba2 hati jahat berbisik) masyaallah...astaqfirullahalazim.....sedehnyaaaa....Ya Allah tabahkan hatiku Ya Allah....
Semua anak2 kecuali Dekmi dan emak yg menjaga bapak dihospital manakala, kami yg lain tidak sempat bertemu bapak tika bapa menghembuskan nafas terakhir. Hisham hampir pitam melihat jenazah bapak kerana sesiapa pon tak memberitahu dia ttg kematian bapak. Dia yg selalu pulang menjenguk bapak, tidur bersama bapak, berbual dgn bapak, membawa bapak ronda2 dan makan2 dikedai tapi tak sempat jgk bertemu pada saat2 akhir bapak....kakshimah dan kakyati pon tak sempat bertemu bapak. Sedehnya kami......cuma tuhan saja yg tahu.
Jenazah bapak kelihatan amat tenang, bagai tidur dgn wajah berseri dan tersenyum. Alhamdullilllah bapak pergi dgn mudah, Dekmi yg membacakan talkin utk bpk, mengimamkan 2 mlm sembahyang tahlil di dewan Kampung. Itu yg arwah bapak inginkan ,anak yg soleh". Bapak berjaya memujuk Dekmi utk kesekolah agama, kemudian ke UIA dalam bdang Law UIA (syariah) dan kini Dekmi telah pon berjaya menjadi Hakim Syarie...anak yg sgt bapak bangga2kan....alhamdullillah cita2 bapak tercapai jgk. Sampai skrg pon Dekmi sgt rajin membaca quran utk di sedekahkan pd arwah bapak.
Namun yg pastinya selepas ini rumah kami di Kampung Hijrah akan hambar dan sepi. Tiada lagi gurau senda bapak memanggil cucu2 dgn bermacm2 gelaran,,,,Aiman tekimang3, Haziq body builder, Harif pembaris, Fiffy yg cantik,, Aatif kotif2 dan Damia putih gebu. Tiada lagi kedengaran suara menyuruh cucu2 mengambil air ais utk tokwan. Tiada lagi nyanyian jenaka lagu saya ada seekor kucing, dilehernya ada loceng....saya gelar nama cing cing. Tiada lagi ayat2 balakosheq dan ok oklah yg sgt suka bapak gunakan. Tiada lagi suara leteran kasih bapak kepada emak. Kami semua pasti rindu suara dan wajah itu.. .. Kami mengharapkan Syawal nanti dpt dirayakan bersama bapak tapi takdir mengatasi harapan kami. Siapa kami utk mempertikaikan takdir Allah...
Teringat kata2 Hisham dalam fbnya, bapak pemergian mu kutangisi, kasih sayangmu ku hargai,..kau akan kurindui.... ya mmg kami semua skrg amat2 merindukan bapak. Sampai saat ini emak masih ternampak2 bapak berbaring di bilik belakang menonton tv...akak dan Nita plk masih termpk2 wajah gembira bapak kala aircon bilik bapak ditukar baru....masyaallah....kuatkan hati kami Ya Allah.
Raya teraakhir kami dgn arwah bapak pada tahun lepas. Pasti berbeza Syawal kali ni..... |
Pasti Syawal kali ini adalah Syawal airmata.... |
Akak ni nak menyambung kesah arwah bapak akak pon dgn penuh rasa kesedehan. Utk becerita kali ni mmg memerlukan kekuatan mental yg kuat dan hebat. Untuk mengimbau kenangan manis bersama arwah bpk...mmg akak tak dpt menahan tangis, menahan rasa sedeh dan merasa satu ruang kosong dalam hati kami semua....semenjak arwah bpk pergi menghadapi yg Esa...emak pon sampai saat ini masih sugul dan sedeh. Sudah beberapa minggu tak begitu berselera nak makan. Kami redha pemergian bapak....namun kesedehan tetap bertandang dihati kami semua kerana bapaklah penghibur kami. Arwah bapak adalah contoh bapak terbaik pada kami. Semoga roh ayahanda tercinta kami ditempatkan dikalangan org2 yg beriman dan beramal soleh....
Inilah post paling panjang didlm blog akak ini...cuma disini saja yg dpt akak luahkan segala apa yg terpendam dihati. Arwah bapak akan kekal lekat dhati kami semua. Kasih bapak ke akhir hayat....
http://youtu.be/GlaPiPv9wMA
Inilah post paling panjang didlm blog akak ini...cuma disini saja yg dpt akak luahkan segala apa yg terpendam dihati. Arwah bapak akan kekal lekat dhati kami semua. Kasih bapak ke akhir hayat....
http://youtu.be/GlaPiPv9wMA