Wednesday 27 April 2016

Mencari rumah sewa di Cameron Highlands



 ""Fizah....abang telah dinaikkan pangkat di  Cameron Highlands" ungkapan gembira abang buat akak terkedu seketika. Abang kelihatan sangat gembira sbb dia mmg sudah lama memohon untuk ke Cameron..nak tukar angin katanya.. Malam tu mcm2 dibincangkan...abg merasakan bagai satu rahmat plk sbb anak2 pon semua dah besar...tinggal sibongsu je yg akan memasuki tingkatan 1 tahun depan. Anak yg nombor 3 plk akan menduduki SPM tahun ini. Malamnya akak x dpt tido sampai ke pagi dek kerisauan tetapi yg lebih kelakar abang pulak tak dpt tidor sbb terlalu gembira. Cameron Highlands?? Mcm2 bermain di minda akak. Sesuai ke tempat tu dgn akak yg sentiasa kesana kemari berbisnes dan lebih merisaukan bisnes akak sgt berkembang sekarang ni,

Akak gembira abg dinaikkan pangkat tapi sebetulnya akak langsung tak gembira abg ditukarkan ke Cameron Highlands tapi demi menyukakan hati abang akak bersetuju untuk mengikut abg berpindah ke Cameron Highlands tu.almaklumlah tempat isteri disisi suami di kala susah mau pon senang, Poyo  je ayat nikan  tp ini mmg faktalah...hehehe

Abang mendapat rumah di kuaters TNB...sebuah banglo yg besar dan tidak sesuai utk family akak, Anak pon cuma tinggal sibongsu jer...yg no 2 diUniversiti ,no 3 plk akan memasuki mana2 Universiti pada bulan 6 ni, ins sha Allah...manakala anak sulung sudah pon tamat dan sdg mahu membuat chambering untuk menjadi lawyer bertauliah dan mereka akan balik kerumah yg satu lagi. So  banglo tu mmg sgt  tidak sesuai pada family sekecil kami.  Pada hari cuti akak naik ke Cameron untuk mencari apartment untuk disewa dengan budget sebulan rm1800, Puas kita memusing dari Ringlet hingga ke Tanah Rata tapi hampa sbb kebanyakan rumah adalah dijadikan homestay almaklumlah tempat peranginan. Maka akak pulang ke KL dengan penuh kehampaan,

Setelah sebulan abang tinggal di kuarters TNB.. abang mendapat apartment untuk disewa dengan kadar RM1500 sebulan... alhamdullillah, sangat bersyukur. Akak tak nak rumah besar2 cukuplah sebuah apartment.untuk tinggal sementara. Anak akak yg bongsu plk mendapat Sekolah Menengah Sains Tapah.iaitu. sejam suku dari Tanah Rata ke sekolah anak. Kebetulan pulak akak mintak sekolah sains ni dan anak akak berjaya plk memasuki SBP ini. Alhamdullillah.

Apartment yg kami duduki sangat berdekatan dengan pekan Tanah Rata iaitu lebih kurang satu kilometer atau 7 minit perjalanan.





Banglo TNB yg sepatutnya kami duduki. Jauh dari staff yg lain. Banglo jenis lama ni. Scary ler.



Apartment di Tanah Rata.
Didalam apartment yg akak sewa, tapi ini gambar homestay. Mana boleh ambil gambar dlm apartment akak.
Mana ada privasikan.   

Tinggal di Cameron sememangnya agak memboringkan tapi akak penuhkan masa dengan membuat blog, memasak berbagai juadah dan mengemas serta menyusun atur perabut.Walau pon tiada siapa dirumah melainkan anak no 3 yang sedang menunggu panggilan masuk ke mana2 Universiti tapi anak akak ni memang suka makan so... apa lagi mamanya yang keboringan ni masak ajele.Nasib baik tinggal di apartment di Tanah Rata, happening la jgk. Walaupon kecil je apartment ni tapi akak rasa selesa jugak. sesuaile dengan 3 orang je kat rumah ni. 
Kelebihan tinggal di Cameron ni adalah cuacanya yang sejuk serta nyaman, kaya dengan sayur2an dan ladang teh yg cantik saujana memandang dan jugak tiada traffic jem yg teruk pada hari bekerja seperti  diKL cuma Cameron akan jem yang teruk pada hari cuti sekolah, cuti hujung minggu atau cuti umum. Tapi akak tgk, homestay kat apartment akak ni sentiasa aje dikunjungi orang cuma tidaklah seramai musim cuti. Ramai kawan2 akak mengatakan mereka serik untuk datang bercuti ke Cameron memandangkan mereka telah merasai pengalaman  meredah jem berjam2 untuk sampai ke Tanah Rata.
Sebenarnya bukan senang mendapat rumah sewa bulanan di Cameron ni dan akak merasa amat bertuah kerana mendapat rumah sewa di pekan Tanah Rata yang memang menjadi tumpuan para pelancung. Pemilik apartment lebih suka menjadikan rumah mereka sebagai homestay memandangkan keuntungan berlipat kali ganda jika dijadikan homestay.Walau apapon akak memang bersyukur dapat apartment disini kerana jika dibandingkan dengan rumah banglo TNB di Station Jor, memang sepuluh kali best disini. Tak payah le rumah besar2 kalau cuma 3 org je yang ada....kalau anak no 3 masuk U, tinggallah akak ngan abang je kat rumah ni.Rumah kecil ni kelebihannya, dapor dan bilik berdekatan semuanya...hahaha. tak penat nak berjalan naik tangga mcm rumah akak kat bwh tu. Syukur alhamdullillah.

Walaupon berada di Cameron, bisnes akak tetap berjalan seperti biasa tetapi kali ini..designer yg tolongkan semua. Setiap kali balik KL akak akan cari material dan batu2 kristal serta pergi hantar ke rumah customer2 dan mengepos pada regular customer kerana bisnes tudung ni mmg tiada full stopnya selagi ada permintaan.Yg penting kualiti tudung yg bermutu maka permintaan tetap akan berterusan..sekali lagi syukur alhamdullillah.

Nanti dikisah yang akan datang akak akan menceritakan tempat2 menarik di Cameron Highland, tempat menarik serta tempat strawberry,jagung dan keledek  yang murah dan segar untuk para pembaca jadikan panduan apabila bercuti ke Cameron ni. Okey dah setahun akak tak berblog dek kesebokan berbisnes so ayat2 berterabur tu maafkan yer.

Coretan ini ditaip dari tahun lepas sebelom anak exam UPSR  dan srg lagi exam SPM sampai le ke tahun ini anak2 dah masuk sekolah asrama dan menunggu result masuk ke mana2 U.  Punya ler sebok tahun lepas tapi tahun ni...barulah chillex sikit...hehehe